Thursday, 11 February 2021

Malang tak berbau

 Pagi tadi hujan, setelah lama sangat tak hujan sini. Alhamdulillah. Syukur. Saya pun tak perlu siram pokok. Jadi, saya terus jogging dalam rumah. Sarapan pun saya tak sediakan, sebab suami akan beli sarapan masa dia balik kerja pukul 8 pagi.

Saya dah jogging lebih 3 km, bila saya terima panggilan dari suami saya, yang dia accident. Jatuh motor. 

Saya terus salin pakaian, dan ajak Abang Long pergi ambil bapaknya. Abang Long ada lesen L untuk motor. Boleh ler bawa motor balik.

Sampai di tempat kejadian, saya cari suami saya. Mana dia? Tu ha, dok termenung di bahu jalan, sorang-sorang. Motor dah tegak.

Serentak saya bawa kereta mendekati suami, kereta ofismate suami pun berhenti juga. Dia ada call minta tolong, rakan kerja yang sama shif, yang baru habis kerja juga.

Suami saya tak boleh jalan. Dia berdiri pun jatuh, 2-3 kali. 

Dengan bantuan rakan kerja suami, bawa suami masuk kereta, dan saya pergi kecemasan hospital pantai manjung. 

Abang Long bawa balik motor balik ke rumah. 

Sampai di emergency, saya minta tolong orang hospital, bagitau keadaan suami, dan dia bawa keluar wheel chair. 

Saya park kereta dulu di tempat parking, dan urus pendaftaran suami.

Suami kena masuk periksa, saya tunggu luar.

Sementara tunggu, saya order foodpanda, untuk sarapan anak-anak di rumah. Suami tak sempat beli nasi tadi, dia dah jatuh motor dulu.

Jalan licin pagi tadi. Hujan renyai masa saya ambil suami di tempat kejadian awal tadi.

So, lepas order foodpanda, dan tinggal pesan kat anak-anak, saya sambung tunggu.

Lebih kurang sejam kemudian, nurse panggil masuk. Doktor dah x-ray, suami punya kaki tak patah. Tapi ada cedera, mungkin di ligamen, atau tissue, atau urat. Kena tengok keadaan camana. Kaki suami saya bengkak sebelah, di bahagian lutut. 

Suami saya tak sakit kaki, tapi dia kata, kebas. Tak rasa kaki, bawah lutut.

Doktor tanya, nak duduk hospital atau balik rumah.

Suami nak balik. Lepas settle billing dan ambil ubat, saya pun balik rumah dengan suami.

Kena tunggu camana, doktor kata, kalau by Sunday,  masih tak baik, kena datang balik on Monday, buat MRI.


Tolong doakan keadaan suami saya makin baik.

Tolong doakan saya punya kekuatan untuk harungi semua ni. 

Kaki suami tak fungsi, jadi saya kena jadi kaki dia.

Lepas zohor tadi, lepas rehat sekembali dari hospital, atas nasihat bos suami, kami pi balai polis, buat report. Sebab kejadian berlaku masa dia pulang dari kerja. Jika ada kesulitan di masa hadapan, boleh claim perkeso. 

Masa pi balai, polis kata, kena ada motor. Alamak, saya mana reti bawa motor. Suami nak jalan pun payah, camna nak bawa motor. Abang Long tak berani bawa motor ke balai polis, sebab dia tak pernah lalu jalan besar yang banyak traffik. Adoi. Tapi encik polis tu buat juga report, lain kali dia mai rumah untuk ambik gambar motor. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Apa-apa, saya update sini. 

Riadah hari ini: 3.58 km sahaja, masa 42 minit.

Saya berdoa semoga hamba Allah yang tolong suami saya masa dia baru jatuh motor tu, supaya diberi kesenangan dunia dan akhirat. Suami saya cakap, orang indonesia. Dia tolong bawa motor ke tepi dan berdirikan motor. Tapi dia tak larat angkat suami saya. Suami saya mengesot ke tepi. Baju dan seluar suami kotor, makna dia terbaring atas jalanraya.

Saya bersyukur suami saya ok. Saya tenang je. Saya fikir benda baik-baik. Saya ok. Semoga kaki suami ok.

22 comments:

  1. Alhamdulillah. Nur dapat tangani situasi dengan baik. Nur nampaknya tenang-tenang saja, itu yang penting walaupun mungkin terkejut, in shaa Allah segalanya akan lancar. Suami Nur selamat, itu paling utama. Syukur lhamdulillah. Moga segala urusan dipermudahkan. Mudah-mudahan suami Nur akan pulih seperti sediakala. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terkejut dan dalam hati, Tuhan je yang tahu, Amie. Ye, itu paling penting. Suami selamat. Alhamdulillah. Amin.

      Delete
  2. Didoakan agar suami puan cepat sembuh dan tiada apa2 kecederaan dalaman yang serius.

    ReplyDelete
  3. Semoga tiada perkara buruk berlaku. Lega juga kata tiada patah. Mungkin sebab bengkak sahaja tidak dapat jalan. Harap itu sahaja. Amin.

    ReplyDelete
  4. Allahhuakhbar...
    Semoga dipermudahkan segala urusan ye...
    Harap semua pun baik-baik aje.

    ReplyDelete
  5. Allah.. berita mcm ni mmg buat jantung stop..
    Alhamdulillah tak ada patah2.. get well soon

    ReplyDelete
  6. semoga suami puan akan kembali pulih dan boleh buat kerja harian spt biasa....

    ReplyDelete
  7. Moga suami puan cepat sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
  8. Allahu
    Semoga suami Kak Nur cepat kembali pulih dan semoga Kak Nur terus kuat ye. Semoga dipermudahkan segala urusan Kak Nur sekeluarga. Aaminnn

    ReplyDelete
  9. Eza nak nangis pulak baca entry ni. Semoga husband kak Nur diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segal urusan Kak Nur sekeluarga. Kak Nur terus kuat ya. InsyaAllah tak ada apa-apa yang serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, yarabbal Alamin. Mekasih, Eza. Akak bersyukur, suami selamat.

      Delete
  10. semoga suami akak cepat sembuh seperti sebelumnya

    ReplyDelete
  11. ooh., sorry ye cikkak baru terbaca entri psl pakcik jatuh motor ni., nk operate kaki erk., semoga dipermudahkan ., aminn

    ReplyDelete