Sunday, 7 February 2021

Malas pun lari

 Memang malas. Dah bosan lari dalam rumah. Oleh sebab itu, saya layan rancangan realiti Korea dan saya jogging setempat hari ni.


Saya tengok rancangan Run. Dia lari kat Florence, Italy. Wah, bestnya lari tempat sejuk. Rancangan ni, dia orang lari di banyak tempat, dan join marathon di negara orang.

Credit photo: Wikipedia

Ler, tahukah anda, dia shoot penggambaran rancangan ni, kurang sebulan dari tarikh marathon tu. Kita training berbulan, bertahun. Tapi dia orang ni memang lari laju pun.


Besarnya langkah dia berlari. Tapi heel strike. Saya lari, langkah kecik-kecik je, dalam rumah katakan. Tapi kat luar pun, langkah saya kecik. 
Tambah semangat untuk berlari tengok rancangan Run ni.

Lepas habis Run, saya tengok yang ini pulak...


3 Meals A Day. Rancangan realiti di mana dia orang duduk di kampung atau perkampungan nelayan, dan guna segala sumber untuk sediakan 3 jenis hidangan setiap hari. Yang saya tengok pagi tadi, mereka di Jeongseon Village.



Sebab malas, saya cuma jogging setempat sejauh 5 km hari ni. 
Masa jogging: 1 jam 2 minit
Jumlah kalori terbakar: 488

Ish, heart rate boleh tinggi pulak hari ni. Padahal saya tak minum kopi pun.


Ini adalah contoh heart rate tinggi, sampai zone 5. Padahal riadah dalam rumah. Padahal pasang aircond, tengok tv. Lari setempat pulak. Sesuatu yang merah adalah bahaya. Yang biru dan hijau selamat.
Harap takde apa la. Sebab saya ada derhaka makan dos ubat tiroid. Adalah ceritanya, tapi tak yah cerita sini la. Walaupun heart rate tinggi, saya rasa ok. Harap takde apa-apa.

Ok la, jumpa lagi ye.

20 comments:

  1. Adoiii ok kita amek semangat awak la lari setempat dalam rumah mulai esok hikkhikk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah, nah... saya tengah passing semangat lari ni, untuk Ako. Hehe..

      Delete
  2. Agaknya tertekan duduk rumah.
    Harap-harap tiada apa-apa ya.

    P.S: Tetiba teringin kek aiskrim Bask in itu, ingat hendak belanja untuk anak buah untuk harijadi. Hehe kalau sempat PKP ditamatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, NA. Ntah saya pun tak pasti. Tapi hari ni saya dah ok. Ok tu, NA, mesti anak buah NA suka nanti. :)

      Delete
  3. "Sesuatu yang merah adalah bahaya."

    Termasuklah zon merah. Hehe

    ReplyDelete
  4. besar langkahnya, itu kita lari baru 1 km depa dah 5 ke 10 km kot hehehhe
    3 meals a day tu dana pun suka, layan dr season 1 sampai yg latest, ini yang ulangan masa awal2 pun layan jugak... suka tengok rumah yg diaorang duduk... mesti ada tanaman macam2 tepi rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Dana. Kita last corot, depa dah kedepan. Hehe. Ye la Dana, senang ada banyak tanaman, kita boleh guna dalam masakan.

      Delete
  5. great article, but there are a few articles you should visit:
    jatimTIMES

    ReplyDelete
  6. ikut kak punya posting tiap hari, i starts buat jumping rope jugaaaaa

    ReplyDelete
  7. Harap okey semuanya.
    Kagum sangat dengan kesungguhan Nur. Malas pun lari... kelakar betul hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Amie.
      Hehe... dah jenis gila lari. Kalau tak lari, rasa ada benda tak kena.

      Delete
  8. Run Show tu tak pernah tengok. Lari laju, langkah besar memang tak dapatlah nak buat. Kira bagus juga tu lari setempat ambil mood dorang berlari.

    3 Meals A Day tu saya suka tengok. Suka tengok artis artis hidangan makanan untuk tetamu mereka dengan cara tradisional. menanam tangkap ikan semua tu. seronok hidup macam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... ye ke. Akak pun suka, Fizah. Nanti dah tua nak buat camtu. Masak apa yang kita tanam dan hasil ternakan sendiri. :)

      Delete
  9. Rancangan 3 Meal A day tu best, pernah tengok. Hehe. Saya terinspirasi sangat tengok kak nur rajin lari. Huwaa saya ni bila lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari je, Eza. Untuk diri kita sendiri, untuk sihat.

      Delete