Monday, 8 February 2021

Masak Ayam Bali

 Pagi tadi, lepas hantar Abang Long ke sekolah, saya berkebun sekejap. Saya buang rumput keliling pokok bunga guna cangkul, siram pokok dan potong rumput guna mesin rumput manual. Tolak je, tak guna minyak. Tapi tengok jenis rumput. Rumput carpet, senang. Rumput liar, kena 2-3 kali tolak, baru rumput jadi pendek. Mesin potong rumput manual tu, beli di Shopee, dulu. Cadang semalam, nak potong. Sunday, nak jadikan hari potong rumput. Tapi semalam nyongket cari makan breakfast, matahari dah naik. Hari ni ok, sebab start awal.

Saya start semula target satu hari, 10 ribu langkah. Hari tu dah terkandas, sebab malas. Saya nak cuba semula, sebab apa? I feel good.... kalau dapat lebih 10 ribu steps sehari. 😄

Lepas berkebun, saya lari dalam rumah, keliling meja makan.


Hari ni, cukuplah 4 km saja. Kurang dari 1 jam berjogging dalam rumah. Jadi, ler... dari takde.


Heart rate saya pun sudah kembali normal, tak tinggi cam semalam. So semalam tu, agaknya saya super excited kot, layan rancangan realiti korea tu. Atau boleh jadi juga, kurang minum air masak. Cuaca pun panas sekarang. Peluh banyak waktu riadah, tapi lupa nak gantikan air yang hilang dari badan. 

Dari aplikasi BookDoc, saya dah selesaikan satu cabaran lari.


Untuk dapat hadiah, kena post kat facebook dan tag orang. Tapi, saya tak nak ler. Kalau orang tag saya masuk contest kat facebook, saya kurang suka. Suruh kita tolong like la. Jadi, saya tak nak la buat. Kalau kawan rapat takpe. Ini, bila masuk contest je, baru tegur kita, suruh like dan tag. Jadi, memadailah dengan dapat virtual medal.



Dah dapat silver dan gold medal untuk cabaran tahun baru cina 2021. Hehe..

Lepas riadah dan mandi, saya masuk dapur, masak untuk tengahari dan malam.


Dapat idea dari Dana. Ayam masak Bali. Saya juga ada nampak resepi ayam sambal bali, dari majalah Rasa yang saya belek-belek minggu lepas. Bezanya, resepi dalam majalah Rasa tak letak belacan, resepi Dana ada letak belacan sikit. Saya letak je sikit. Masa masak ni, bau dia... semerbak satu rumah! Satu kelainan, saya tak pernah masak lauk ayam bali ni. Suami cakap, sedap! Alhamdulillah. 😋 Mekasih juga pada Dana, yang selalu share resepi sedap. 😊

Ok ye. Sekian cerita hari ni.

Selamat hari Isnin.

Jumpa lagi.

21 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, boleh tahan rasanya, Adinda Baizura.

      Delete
  2. Hehe Dana memang rajin masak dan buat pelbagai masakan.
    Terperinspirasi kadang-kadang.
    Alhamdulillah kadar degupan jantung kembali normal.

    P.S: Hari ini macam moody sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, NA, blog inspirasi masakan Dana tu. :)
      Alhamdulillah.
      Kenapa moody? Try to be happy ye.

      Delete
    2. Ok hari ini sudah gembira. Tq.

      Delete
  3. 4 km tu bagi saya dah lebih dari cukup hihihiiii.
    Hebatnya penangan belacan! Ayam masak bali memang sedap.

    ReplyDelete
  4. hua, dua org dah blogger atie tgk masak ayam bali ni.. nmpk sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. memang sedap pun, Atie. Boleh tambah nasi 2 pinggan. :D

      Delete
  5. Replies
    1. Oh ye ke. Boleh tahan sedap lauk ni. Saya pun baru pertama kali masak. :)

      Delete
  6. Medal ikut tema CNY. Sedap ayam masak sambal bali. Saya masak pun tak letak belacan. Sedap lauk ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tak letak belacan. Betul tu, Fizah, sedap. :)

      Delete
  7. Ya Allah sedapnya tengok. Ni bagi Eza dah level lauk kenduri ni. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Eza. Sebenarnya, ni pertama kali akak masak lauk ayam sambal bali ni. Memang rasa dia macam lauk kenduri. Alhamdulillah. Sedap dan puas makan. Cubalah, Eza.

      Delete
  8. ohh sedap ya..bole try ni nanti

    ReplyDelete