Wednesday, 10 February 2021

Mee Rebus Sedap!

 Lepas Subuh pagi tadi, saya ada buat sarapan. Anak-anak saya dah bangun lebih awal. Ntah apa benda budak-budak ni buat. Sekolah cuti raya cina, jadi tak de kelas online 5 hari. Enjoy sakan dia orang. 

Agak dah, sebab budak-budak bangun awal, mesti dia orang lapar. Jadi, saya goreng telor sorang sebutir, goreng hashbrown dan rebus sosej. Terpulang dia orang nak makan begitu saja, atau sandwich-kan.


Saya jogging cuma 4 km hari ni, setempat pulak tu, sebab terjebak dengan anak-anak, tengok cerita the Hobbit - Battle of the Five Armies.


Lepas habis movie tu, saya skipping sekejap, 11 minit je.

Suami balik kerja pukul 8 pagi, dia bawa balik nasi lemak, mee rebus dan mee kari makcik bawah pokok. Anak-anak masih kenyang. Tapi lepas saya mandi, saya tengok satu-satu nasi lemak atas meja hilang. Makan banyak betul.

Saya sarapan pukul 10 pagi, mee rebus. Peberet saya. 😋


Mee rebus dengan secawan kopiko LA Coffee, low acid coffee premix. Kopi ni, doktor saya yang cadangkan saya minum, bila saya cakap kat dia, saya nak minum kopi jugak, walaupun dia tak galakkan saya minum. Hehe. Orang hantu kopi, tak dapat nak nolong. Tapi saya perasan yang kopiko tak buat jantung saya laju sangat, macam kopi jenama lain.

Sedap betul mee rebus makcik bawah pokok ni. Suami saya dah habis makan nasi lemak dan set breakfast macam anak di gambar pertama, iaitu telor, hasbrown dan sosej. Saya mengambil masa enjoying mee rebus. 


Haa, ambik! Licin, saya kerjakan.
Orang kampung, makan duduk atas lantai, sambil tengok tv. Makan mee rebus guna chopstick. 

Nama kedai makan:  Kantin Pejabat JPT
Lokasi: Berhadapan Pejabat cawangan Sitiawan, Perak, Majlis Perbandaran Manjung, Sitiawan.
Trademark: Padang Astaka Sitiawan, Perak.
Operasi: Hari kerja, Isnin hingga Jumaat. Pagi sampai tengahari.
Tak silap saya la ye. Sebab pernah pergi hari Sabtu Ahad, makcik ni tutup.
Makanan best: Selain mee rebus, cucuq, mee kari, mee kicap, nasi lemak, bihun/mee sup.

Barang atau tempat baik haruslah dikongsi.

Jumpa lagi ye. 😊

22 comments:

  1. tatau la kenapa atie tak pernah habis tgk the hobbit, padahal suka tgk cita harry potter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang minat kot. Kalau tak, mesti habis tengok. :)

      Delete
  2. sedap betul tu kak sampai licin

    ReplyDelete
  3. Sarapan nasi lemak juga tapi emak buat.
    Kebetulan betul abah beli mee rebus untuk dia dan emak. Saya tidak suka mee rebus, jadi saya punya nasi ambeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sedap tu, mak buat. Wah, boleh sama pulak ye, NA, mee rebus.

      Delete
  4. Saya suka mee rebus, tapi buruk punya perangailah. Suka bubuh kuah sampai banjir, lepas tu makan kuah dengan aksesori mee rebus, tinggalkan mee selonggok di tengah mangkuk...hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik. Diet ye, Amie, tak makan mee. Kuah dia tu, memang sedap, bagi yang pandai buat. Pekat dan segala rasa ada.

      Delete
  5. Memang nampak sedap mee rebusnya
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  6. Wah nampak menyelerakan mi rebus itu...
    Kena tahan nafsu jap hahhaa

    ReplyDelete
  7. lama tk mkn mee rebus..hah licin btul tu

    ReplyDelete
  8. Time cuti awal pun dorang bangun. kenalah siapkan sarapan. Syukur juga dapat sarapan husband beli. Dapat mee rebus sedap pulak tu. Licin mangkuk tu haa..Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  9. Sedap betul mee rebus tu Kak Nur. Memang habis licin. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. habis kuah licin tu.. mst sedap sgt tu.. kalo mkn guna chopstick.. kuah tu tonggeng dr mangkuk je ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, kakmim! Tonggeng je, hirup kuah. :D

      Delete