Thursday, 18 February 2021

Momot Comei

 Assalamualaikum, dan hai semua... 😊

Ada ok ka, encik dan puan-puan hari ni? Saya harap anda semua sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan seharian.

Pagi tadi, lepas Subuh, saya pun keluar jogging. Keadaan masih gelap gelita masa saya dah sampai di lokasi jogging. Untung ada lampu jalan, mana ada cahaya, situlah saya jogging. Kalau lari gelap-gelap, bahaya wo, tak nampak katak melintas ke, apa ke. Hehe..


Pagi tadi, sempat 7.71 km. 

Gambar adalah kucing kakak sulung saya. Semalam gambar kucing, hari ni pun gambar kucing juga. Hehe, seronok tengok kucing gumuk. Nama kucing dalam gambar adalah Momot. Momot yang besor dan comei! 🐈

Balik rumah lepas jogging, saya siram pokok seperti biasa. Kesian pokok. Cuaca panas. Lepas tu, saya ber-jump rope sekejap. Lama rasanya tak jump rope.


23 minit sahaja saya lompat tali. 

Gambar adalah projek kait terkini. Saya punya banyak projek pada satu masa. Currently, ada 4 projek kait. 1 projek crochet (kait jarum 1) dan 3 projek knitting (kait 2 jarum). Kikiki... tamak haloba.

Sebab saya dah siap masak nasi segala di awal pagi sebelum subuh, jadi saya bolehlah update blog awal hari ni. Abang Long pergi sekolah. 

Ok la ye.

Jumpa lagi. 😊


24 comments:

  1. rajinnya mengait pulaa..... creative betul :)

    ReplyDelete
  2. Sedih sedikit sebab kucing kuning lama saya tidak nampak. Rasa ada terganggu perasaan.
    Harap projek mengait berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alo, mana pulak dia menghilang ye, NA. Semoga kuning selamat.
      Mekasih, NA.

      Delete
    2. Mak saya cakap ada. Entah dia takut pula. Makan sembunyi masa orang tiada. Apapun masih letak makanan.

      Delete
    3. Oh. Ada trauma kot, sampai dia takut orang camtu. Bagus NA, sedekah makan kat kucing.

      Delete
  3. Lompat tali tu skipping la kan? Memang tinggi stamina Nur boleh buat 23 min tu. Akak buat 5 minit aje..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, Uji, skipping. Ok tu, 5 minit pun boleh. Ikut kemampuan masing-masing.

      Delete
  4. pandai nya awak mengait...
    kita memang FAIL ahhaa.. tangan x berseni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la pandai sangat, Ako. Basic stitches je. Hehe, kalau ada minat, Ako pun boleh je buat.

      Delete
  5. Budak lawo macam tu dipanggil momot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, nama manja, wak. Kalo panggil comei, kang ada orang kidnap.

      Delete
  6. Nampak sado si comot... rajinnya akak mengait

    ReplyDelete
    Replies
    1. Momot tu memang semangat sikit badannya, Dana.
      Hobi di masa lapang. :)

      Delete
  7. kucing gemok best pegang tp takut juga dicakar tp ank suka sgt ngan kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, budak-budak suka kucing kan, mama tisya. :)

      Delete
  8. Cantik warna benang kaitnya tu. Hijau lembut, menyegarkan pandangan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Amie. Saya cadang guna warna-warna pastel yang lembut untuk projek kait tu. :)

      Delete
  9. Gebu gebasnya si Momot tu.

    Mrs.A bab mengait fail teroks hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Momot tu memang, semangat dan kembang semangkuk, Mrs. A.

      Delete
  10. Comelnya momot. gebu sungguh! Ye lah kak Nur, sekarang cuaca panas kena kerap siram pokok. Wahh banyak projek masuk tu. terbaik kak, moga terus bertambah rezeki kak Nur. Aaminn Dah siap kerja awal dapatlah buat kerja lain lebih masa sikit gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Momot yang comei dan geram kita tengok dia. Amin. Mekasih, Fizah. :)

      Delete