Wednesday, 3 February 2021

My blood go upstairs

 Hai... 😊

pagi tadi, bangun awal seperti biasa dan masak. Lauk semalam ada lagi, cuma perangat. Tambah satu lauk baru. Semalam saya ada rebus sosej, untuk sandwich dengan roti. Sosej semalam tak habis, tinggal 5 batang. Sebelum tidor memang lauk semalam yang tak habis, simpan dalam fridge. Sosej semalam tu, saya buat masak sweet sour, campur telor mata 5 biji.


Lauk campak-campak. Tomato tanam sendiri. Sedap tomato, rasa macam tomato la, masam. Hehe. Risau juga rasa lain, sebab saya ambil tomato dari pokok masa masih muda, hijau lagi.

Abang Long tak pergi sekolah hari ni. Dia tak siap kerja sekolah. Huh. Pelik sungguh. Saya selalu suruh dia hadap je la cikgu, bagitau kerja sekolah tak siap. Cikgu tu manusia. Kalau bagitau elok-elok, mesti boleh terima alasan kita. Kalau tak boleh terima pun, tanggung je la apa denda cikgu nak kasi. Itulah beza anak-anak zaman sekarang dengan kita dulu. Saya tak pernah ponteng sekolah sebab tak siap kerja sekolah. Adoi, lemah macam ni. 

Lepas sarapan pagi dengan suami, dan suami pun pergi kerja, saya susun buku sekolah Pak Su yang masih dalam beg plastik atas lantai. Orang Perak cakap, "Tak sior teman nak nengok!" Kalau kita bior, memang buku tu dok situ ler. Dia ada ambik satu-satu, bila dia perlukan masa PdPR. Saya suruh dia susun atas meja. Memang saya ada sediakan tempat khas untuk setiap anak punya buku. Ada book end atau book stand, dia boleh susun elok-elok, supaya mudah cari. Haram Pak Su nak susun. Mama juga kena buat. 

Lepas sapu rumah sekejap, pergi siram pokok kat luar rumah.


Tenang sikit hati tengok bunga. Macam-macam perangai anak ler. Yang sulong perangai lain, yang bongsu lain pulak peelnya.

Pokok kemboja cina. Asal pokok ni, dalam pasu. Arwah mak saya tanam. Bila mak dah takde, saya transfer pokok ni dalam tanah. Bercambah-cambah dahan dia sejak tu. 

Bestnya kalau dapat pergi nursery pokok bunga. Nak beli bunga banyak-banyak. Hehe.

Lepas siram pokok, saya pun jogging dalam rumah.


Jarak jogging hari ni: 7 kilometer

Masa jogging: 1 jam 27 minit

Jumlah kalori terbakor: 318

Masa kilometer ke-6, saya terima panggilan telefon. Nombor tidak dikenali. Tapi local number, nombor Perak.

Cikgu Abang Long call. Hahaha... cikgu displin telepon, tanya kenapa anak tak pergi sekolah. Saya ada tanya kat Abang Long, ada inform cikgu tak dia tak pi sekolah masa awal pagi, pukul 7. Dia kata, ada. Kalau dia dah inform cikgu, nape cikgu disiplin call saya? Aha.... 

Saya cakap terus-terang je dengan cikgu, yang anak saya tak pergi sekolah sebab dia tak siap kerja sekolah. Dia sihat sejahtera. Baiklah, itu saja, cikgu nak tahu. 

Saya tak cakap tau, kat anak saya, yang cikgu dia call. Kalau dia buat surat tidak hadir sekolah kerana alasan tak sihat, saya tak kan sign. Tak mau la menipu. Saya tak suka la, orang menipu. Jangan jadi hipokrit le. Kalau kita jahat, tunjuk je la kita jahat. Kalau tak siap homework, hadap je la masalah tu, lari bukan boleh settle masalah. Eeee... geram betul aku. Astaghfirullahalazim.... astaghfirullahalazim... ok, ok... chill...

Lepas jogging, saya buat yoga sekejap.


Rasa rileks sikit, lepas habis yoga.

Ok la. Jumpa lagi, ye. 😊

12 comments:

  1. Hehe betul, jangan menipu.

    P.S: Hehe saya pun lupa pasal doughnut maker itu. Itulah tulisan lama boleh buat ingat semula. Rasa sudah rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu. Saya tak pernah jumpa doughnut maker. Agaknya macam bread maker kot, cuma acuan donut, ye, NA? :)

      Delete
  2. Macam macam karenah anak-anak, memang kadang tu boleh buat darah naik tinggi. Sabar kak Nur sabar..dah tengok bunga cantik, dah jogging dan yoga cool sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mekasih, Fizah. Memang kena sabar banyak-banyak hari-hari. Akak cuba. :)

      Delete
  3. Wah! Cantik jarak joggingnya tu sampai 7 km.
    Anak-anak memang begitulah Nur. Kadang-kadang saya pun puas muhasabah diri, di mana salah silap asuhan. Tapi begitulah. Kena terima seadanya. Anak kita bukan buat benda jahat, cuma sedang berhadapan dengan krisis identiti dalam mencari erti keyakinan hidup. In shaa Allah semuanya akan baik-baik saja, berkat doa kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Amie. Your comments make my day! Saya akan cuba, Insya-Allah.

      Delete
  4. Okaylah
    jangan sampai turun darah pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tergelak saya baca komen wak. :D

      Delete
  5. aduhhhh !!!! abg long kantoi dah dgn cikgu ... maknyaa tak cover line

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dalam hal sekolah, tak payah nak cover line. Lagi-lagi Abang Long nak hadap SPM ni, bulan ni, Atie.

      Delete
  6. Semoga saya jadi seorg yang berdisiplin dalam bersenam juga

    ReplyDelete