Wednesday, 24 February 2021

Nasi goreng

 Hai hai hai... 😁

Pagi-pagi, masak nasi goreng. Anak pun macam dah naik bosan dah kot, sebab dia makan roti je sebelum pi sekolah. Saya ingat nak try buat wrap la. Ok ke? Kalau anda ada idea nak buat sarapan apa, sila komen ye. Idea anda amat dialu-alukan. Selain sandwich, dan goreng kueh frozen. Hehe.


Hari-hari dapat buat 7 km. Alhamdulillah. 

Gambar, nasi goreng yang saya masak sebelum subuh. Ada letak daging burger. Saya memang tak berapa pandai goreng nasi. Tak menarik langsung rupanya. Kalau suami saya goreng, sedap! Nasib baik saya masak tak berapa sedap, kalau tak, saya dah buka kedai nasi goreng dah. Itu je menunya. Kedai Nasi Goreng Nur. Hehe.. ok, dah melalut.

Meh kita tengok gambar saya dulu dan sekarang.


Gambar kiri, masa larian We Run Lumut, 2015.

Gambar kanan, gambar last year sebenarnya, masa saya buat year-end-skipping challenge 2020. Tapi, gambor 2021 pun sama juga la camtu.

Saya ambil masa 5 tahun untuk ubah BMI saya dari obese kelas 1 ke normal. Takde guna produk kurus. Tak pergi gym. Takde personal trainer. 

Pelan-pelan kayuh. Masih makan nasi. Sekarang, cuma perlu maintain berat badan. Alhamdulillah, Allah bagi sihat dan boleh lari hari-hari.

Jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. Buat dorayaki, penkek. Hehe. Memang beza gambar kiri dan kanan. Kuat azam untuk turunkan berat badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yang bernas, NA. Thank u, thank u. :D
      Ye la, NA, kalau kita tak ubah diri kita, siapa lagi.

      Delete
  2. dalam tiktok byk share resepi simple wrap.... nmpk mcm senang ja diorg buat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak takde tiktok la, Atie. Hehe. Nanti akak cari di tempat lain. :)

      Delete
  3. egg wrap! letak salad, tomato, cheese hehe atau isi ayam.. kak nur buat IF ehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea, Diyanieee! Thank you, ye. Cheese! Omaigod! Mesti sedap giler.
      Ha ah, sebelum ni ada buat IF. Tengoklah bila rasa badan berat, akak buat la. Hehe.

      Delete
  4. Sandwich pun sodap. Bestnya dah kurus. Nak kurus jgk hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi, betoi, betoi.
      Marilah kita, shima. Berusaha!

      Delete
  5. Buat Tortilla wrap pun senang kak nur. Terinspirasi terus dengan perubahan kak Nur. Slowly but surely :) Tahniah kak nur. Proud of you lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tortilla wrap tu, camana pulak isi dia? Nanti akak cari ye. Thank you for the idea, Fizah. :)
      Mekasih, mekasih. Berusaha!

      Delete
  6. Wak pun selalu sarapan nasi goreng sebab selalu masak nasi tak habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, wak. Membazir je nasi tu, kalau tak digoreng.

      Delete
  7. Saya pun selalu buat nasi goreng kalau nasi tak habis. Comelnya nur beza 2015-2021!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, Amie, sayang nasi tu.
      Hehe. Dulu saya besor. Saya cuba. :)

      Delete