Monday, 1 February 2021

Riadah Isnin dan My 1st Virtual Run

 Marilah kita mulakan hari kita dengan penuh semangat! Berusaha! ๐Ÿ˜Š

Hari ni, hari Isnin, saya bangun awal pagi, dan selesaikan tugas memasak awal. Bukan saja saya sediakan sarapan, saya juga masak untuk lauk satu hari.


Saya goreng ikan kembung rebus. Saya buat macam masak ikan pekasam. Lepas goreng ikan, saya asingkan. Lepas tu, saya goreng bawang dengan cili, kemudian tuang atas ikan. Hehe...


Saya juga masak sambal tumis ikan bilis. 


Juga, saya goreng ayam buat anak yang kurang suka makan ikan.

Lepas suami hantar Abang Long ke sekolah, kami pun sarapan sama. Saya tak intermittent fasting dah. Lepas sarapan, siram pokok. Lepas siram pokok, baru saya berlari dalam rumah.


Pagi tadi, saya lari sejauh 5.02 kilometer.
Masa berlari: 59 minit 32 saat.
Jumlah kalori terbakar: 297

Lepas lari, saya buat yoga sekejap.


Lebih kurang 17 minit saya buat yoga. 

Hari ni saya rasa letih, sebab banyak hari saya tak berlari. Hari ni baru nak start semula. Semoga istiqamah. Berusaha!

Hari ni punya aktiviti, saya submit untuk satu virtual run. Tak pernah-pernah saya join virtual run ler. Tapi saya masuk yang percuma saja. Buat permulaan. Tadaaaa.....


Tak kira la ranking nombor berapa, yang penting habis. Saya memang pelari siput. ๐ŸŒ

Suka saya! 

Yay! Ok la. Sekian cerita hari ni.

Semoga kita dapat improve diri kita menjadi lebih baik dari semalam.

Jumpa lagi ye. ๐Ÿ˜Š

15 comments:

  1. sambal tumis ikan bilik tu, esok makan dgn roti pun sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Atie. Bila perangat sambal, dia jadi lagi pekat dan makin pedas. Hehe..

      Delete
  2. ikan goreng garing..sedapnya..

    ReplyDelete
  3. ikan rebus goreng tu kena rebus dulu dan goreng ya? nampak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan rebus tu, saya beli sudah sedia direbus. Jadi kita balik rumah, cuci dan goreng. Sedap juga, Nard.

      Delete
  4. Hehe yang penting lari. Tidak payah tengok masa.

    ReplyDelete
  5. Sedap ikan goreng tabur bawang goreng dengan cili api. Ada sambal tumis bilis dan ayam goreng tu ala ala hidangan nasi lemak.

    Macam macam aktiviti kak nur buat. kira exercise juga tu. Good luck untuk challenge virtual run tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, betul juga cakap Fizah, ala ala nasi lemak.
      Mekasih, Fizah. Akak cuba. :)

      Delete
  6. Sedapnya ikan kembung rebus goreng cenggitu, bubuh cili dan bawang goreng...pergghhh!
    Hebatnya Nur! Dalam tak lari, akhirnya lari juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, saya pun suka ikan kembung rebus masak macam tu.
      Bulan Februari baru saya start lari semula, Amie. :)

      Delete