Thursday, 4 February 2021

Riadah Khamis

 Hai semua... anda pekabo harini? Semoga semuanya sihat-sihat belaka.

Pagi tadi, untuk sarapan, saya goreng karipap frozen. Lagi? Hehe.. habis tu, dah sedap karipapnya, beli banyak paket la. 😋


Gemuk gemuk karipapnya, dan tak kedekut inti pulak tu. Nak tolong promosi pun tak boleh, sebab plastik bungkusan karipap frozen ni tiada label dan info tentang pengeluar. Orang sini juga yang hantar, saya rasa, dijual di Lesung Mart. Satu bungkusan ada 10 biji karipap pusing. 

Seterusnya, saya buat nasi goreng.


Dah macam-macam stail nasi goreng dah buat. Bila ada je lebihan lauk semalam, campak je waktu goreng nasi. Saya suka sarapan di rumah macam ni. Rasa seronok, bila suami dan anak pergi sekolah, perut dia orang kenyang dan happy. Dah banyak hari tak beli sarapan di luar. Masak setiap pagi. Alhamdulillah. Takpe la kalau hidangan simple pun. 

Selalunya lepas sarapan, saya jalan-jalan tengok pokok di luar rumah. Siram pokok juga. Sekarang ni, cuaca panas. Hujan ada turun, tapi sikit sangat. Itu yang saya siram pokok juga. Sekarang waktu menaip ni, tengah panas terik. Dapat makan aiskrim sedap juga. Dok ingat makan je. 😁

Lepas siram pokok, barulah saya lari dalam rumah.


Pagi tadi, saya lari sejauh: 8 kilometer

Masa lari: 1 jam 33 minit

Jumlah kalori terbakor: 389

Lepas lari, saya jump rope sekejap.


Masa jump rope: 20 minit

Jumlah kalori terbakor: 43

Sejujurnya, saya rasa rindu nak lari di luar rumah. Huhu...

Ok, jumpa lagi ye. 😊

14 comments:

  1. Ok sahaja ulang-ulang masak benda sama. Sama pula asyik buat eksperimen lasagna yang tidak muak dimakan

    ReplyDelete
  2. takpaaa.!! sis igt makan tapi sis keep working out !!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita cubalah ye, Atie. Harus melawan nafsu kuat makan tu. Hehe..

      Delete
  3. Sedapnya karipap gemuk. Banyak intinya tu. Teringat dulu kecik2, kalau makan karipap saya makan bahagian inti, kulit dan tepinya kakak saya yang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. share makan adik-beradik, kenangan manis ye, Amie.

      Delete
  4. Sedapnya karipap pusing. memang susah nak jumpa yang sedap. Bila ada yang sedap memang memborong lah lebih sikit, ye tak. Masakan simple okay je, janji perut terisi. Lama juga masa berlari kak nur tu. Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Fizah. Kalau kita tak support bisnes orang kita, siapa lagi. Mekasih, Fizah, atas galakan lari.

      Delete
  5. Wak pun selalu sarapan nasi goreng sebab selalu masak nasi tak habis makan.

    ReplyDelete
  6. Kalau saya pun kalau product bgus beli je byk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Sophea. Menyokong bisnes IKS orang kita juga.

      Delete
  7. Betul tu, karipap frozen mana yang sedap boleh beli buat stok. Selesai boleh hidang sarapan ataupun minum petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Eza. Susah nak cari yang sedap. Kadang bila jumpa, sekejap ada, sekejap takde pulak stoknya.

      Delete