Tuesday, 16 February 2021

Sabtu punya story

 Saya baru balik dari hospital, dah tahu keputusan MRI kaki suami saya. 


Yang saya bulatkan dengan tulisan merah tu, iaitu ACL, PCL dan MCL, adalah 3 ligamen yang putus. Dalam laporan, tertulis complete tear of ACL, PCL and MCL. Tinggal hanya 1 ligamen yang berfungsi iaitu LCL. 1 saja, yang pegang tulang kaki atas ke tulang kaki bawah. Ada la pemegang yang lain iaitu kulit. Itu pasal suami cakap, lutut rasa longgar. Bila masuk kereta, bila jalan, bila turun katil, lutut gerak. 

Doktor cadangkan buat operation, sebab benda ni tak boleh baik sendiri. Ada sedikit retak pada tulang, tapi tulang tu boleh heal, masa ke semasa, Insya-Allah. 

Suami cakap, dia nak fikir dahulu. Ok. 

Marilah saya cerita hari Sabtu lepas ye.


Ini adalah juadah sahur pada hari Sabtu lepas. Nasi goreng dengan ayor kopiko.



Saya ada buat roti prata, yang frozen je. Lawannya, adalah kari ikan sardin, segar dari dalam tin, buat anak-anak.

Saya jogging juga, dalam rumah, sekejap, walaupun puasa.


Ada masalah nak sync dengan aplikasi Garmin, jadi, saya tepek gambar jam je la ye. 4 km lari dalam rumah.


Di petang hari, pergi bungkus ayam tandoori, buat hidangan berbuka puasa. Dapat puasa sunat 1 hari, Alhamdulillah. Lepas tu, bendera jepun pun naik. Aiyaa...

Sekian laporan Sabtu. Jumpa lagi.

8 comments:

  1. Oh baru baca keputusan MRI. Tadi komen pada pos terkini. Hmm rupanya ada putus ligamen. Elok bedah kalau ada insurans.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami cakap, tunggu dulu. Operation mahal, tak campur terapi lagi, kena research lagi, tengok hospital lain, dan tanya insurans cover tak.

      Delete
  2. Dunia perubatan semakin canggih. Syukurlah dah dapat keputusan hasil MRI. Hanya tunggu keputusan dari empunya lutu sajalah ye. Lama juga rasanya saya tak sarapan roti prata frozen cicah sambal sardin. Sedap betul.
    Alhamdulillah dapat puasa sehari. Syukur bendera Jepun naik, tanda sihat sebagai seorang wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Amie. Memang sedap, roti prata cicah sambal atau kari sardin. Alhamdulillah.

      Delete
  3. alamak, mmg kena buat operation :( susah hati betul dgr mcm ni.. hmmmm hopefully smua akan okay

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan operation kalau decide nak buat dan semoga kembali sembuh. Sedap tu roti prata cicah kari sardin. Alhamdulillah dapat puasa sehari pun. Sedap tu berbuka dengan ayam tandoori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Mekasih, Fizah. Insya-Allah, operate minggu depan.

      Delete