Sunday, 28 February 2021

Salam Ahad

 Halo...

saya pun takde idea apa nak tulis dah. Hari-hari, kerja saya lari. Lari, masak, makan. Hehe. Saya tak lari overtime pun hari ni. 


Lepas jogging 7 km, saya singgah kedai, beli udang. 

Gambar sarapan saya hari ni, sandwich telor goreng dengan salad.

Saya tolong pack pakaian dan barang untuk suami esok, dia kena admit ke hospital waktu tengahari. Saja pack awal, jadi kalau ada barang tak cukup, boleh keluar beli hari ni.

Sandwich di atas sedap. Saya bakar roti dalam kuali je, tanpa minyak. Dah goreng telor sebelumnya, guna kuali sama. Macam rasa sandwich subway pun ada. Hehe. 

Esok kita dah masuk bulan baru. Marilah kita tengok laporan larian saya sepanjang bulan Februari ni.


Purata larian sehari: 7.1 km

Jumlah jarak larian Februari: 200.2 km (wah, cecah 200 km saya bulan ni, melebihi bulan Januari)

Purata larian dalam seminggu: 50 km

Jumlah kalori terbakor Februari: 12,555

Bulan ni, saya cuma ponteng lari sehari je. Merujuk kepada gambar di atas, ada rongak di tengah-tengah tu, yang saya tak jogging.

Alhamdulillah, atas nikmat sihat Tuhan bagi.

Ok lah.

Selamat berhujung minggu semua... 😊

Jumpa lagi.

12 comments:

  1. Saya pun suka roti dengan telur. Buat telur kuning cair. Biar rasa berkrim.
    Hehe ok tertinggal satu hari sahaja.

    ReplyDelete
  2. Wow...purata 7.1km/hari. Tahniah Nur πŸ‘πŸ½

    ReplyDelete
  3. hahah kak nur kisahh lari .. atie kisah kisah movie hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ye la, Atie, kita punya minat masing-masing kan. Asal happy. :)

      Delete
  4. Hari ni santai santai je aktiviti kak Nur. Sedap juga buat sandwich macam. Ala ala subway sedap lah tu :)
    Tahniah untuk pencapaian bulan ni. Ada rongak satu hari takpe. Still kak Nur maintain fit.
    Semoga dipermudahkan urusan esok kak. Aaminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Mekasih, Fizah. Akak hargai sangat.

      Delete
  5. Roti telur tu kegemaran Firdaus. takmakan nasi pun tak apa asalkan ada roti denga telur cukuplah bagi dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sama la, boleh kawan ngan Firdaus ni. Hehe.

      Delete