Thursday, 25 February 2021

Salmon wrap

 Best juga, hari-hari makan buah ni. Nak buang air besor pun senang. 


Bila hari panas, makan buah yang sudah siap dipotong, yang disimpan dalam peti sejuk, rasa segar sangat. Gambar di atas, buah mangga. Sedap.

Semalam, dah tak tahu nak makan apa. Nak beli lauk kat luar pun malas. Last-last untuk tengahari, saya buat maggi kari je, makan anak-beranak.


Sedap juga. Benda jarang makan. Lagi-lagi, ada pecah telor, 2-3 biji. Kenyang juga. Alhamdulillah.

Setiap pagi, saya set alarm pukul 4 pagi. Lepas tu, teringat anak takde paper pagi ni. Paper dia belah petang, pukul 2 (Anak sulung saya SPM). Suami kata, tak perlulah masak, boleh beli je untuk sarapan. Ok, sambung tidor. Pastu terkebil-kebil atas katil. Bangun jugalah. Dah biasa, kan. Lepas tahajud, saya masuk dapur juga. Masak untuk sarapan, dan masak nasi sekali untuk satu hari. 

Lepas Subuh, saya pergi jogging macam biasa. 


Seronok sambil jogging, dapat sembang dengan mak-mak runners juga. Hari-hari, orang yang sama juga yang jogging awal ni. 7 km juga lari hari ni.

Lepas balik rumah, tengok dan siram pokok. Pokok bendi saya dah tua. Tapi dia masih keluar lagi hasil. 

Saya buat wrap untuk sarapan pagi tadi.


Saya guna ikan salmon dalam tin. Letak salad, tomato (ha, tomato hijau, tanam sendiri) dan bawang. Kenyang rupanya makan sebiji. Saya guna wholegrain punya wrap, beli di speed99. Satu untuk suami, satu saya.


Ok, saya dah tahu dah, camana nak letak isi banyak dalam wrap. Tak payah lipat tepi. Gulung je. Jadi, kita boleh letak salad banyak layer. Gambar di atas, masa wrap pertama. Untuk makan tengahari, saya makan wrap juga, nak habiskan isi ikan salmon tu. Crunchy bila letak salad banyak. Wah, kenyang. Hehe.

Tadi saya dan suami pergi hospital, suami kena buat swab test covid. Insya-Allah, suami akan jalani pembedahan kakinya pada 2 Mac ini. Guarantee letter pun dah keluar. Insurans tak cover untuk swab test. Jadi, kami bayar tunai. Harga RM100. Lepas saya bayar dalam hospital, ambil resit dan masa untuk test, kami pergi ke counter drive-thru untuk swab test. Ha, senang kan, boleh drive-thru. Tak payah keluar kereta. Comei je orang yang buat test tu, macam pelakon hong kong pun ada, walaupun dia pakai mask dan PPE bagai. Hehe.

Oklah. 

Jumpa lagi, ye.

20 comments:

  1. Sedap buah mangga tu. nampak manis. Sesekali tak ada selera, meggi jugak jadi pilihan saya. senang. simple simple sudah. Sedapnya buat wrap. Saya pun suka letak banyak salad, crunchy gitu. Hari ramai pulak geng runner akak. Semoga Next week lah ye operatenya. Semoga semuanya baik baik dan dipermudahkan segala urusan akak sekeluarga. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Fizah, memang manis buah mangga tu.
      Amin, mekasih Fizah.

      Delete
  2. mangga tu dh siap potong ada dlm peti ais...mmg sedap sgt nk plak cuaca panas kn..salmon wrap yummy nmpknya..slalu husband buat chicken wrap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, mama tisya. Makan buah sejuk waktu cuaca panas memang nikmat. Ha ah, ada nampak share di blog kan, chicken wrap. :)

      Delete
  3. sekali-sekala makan megi mmg best..wrap mudah nak buat & quite healthy..

    ReplyDelete
  4. aaaa tgk kak nur punya entry ni, stg bukak puasa makan maggi la.. craving :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki... maggi sedap, Atie. :D Tapi buka posa makan maggi kang, sakit perut kot.

      Delete
  5. Ada ya salmon dalam tin? Jenama apa eh? Teringin hendak makan salmon juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, NA. Ayam brand. Dia daily spread, dah campur mayonis. Yang salmon pieces dalam tin dulu ada jual, sekarang dah jarang nampak di kedai.

      Delete
  6. wah buah mangga tu sedap la tengok dari gambar, lama dah tak makan ^^ nak kena cari buah mangga ni teringin pula :)

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan perawatan en suaminya

    ReplyDelete
  8. wah! Sama la. anak sulung abe kie pun tgh ambik spm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha. Semoga berjaya kepada anak Abe Kie ye. :)

      Delete
  9. Jogging ada geng tambah bersemangat sebab tak keseorangan.

    ReplyDelete
  10. Betul Nur, kalau makan buah memang sentiasa lawas.
    Sedap betul wrap inti macam-macam tu.

    ReplyDelete