Tuesday, 16 February 2021

Saya lari luar

 Ya, saya dah lari luar semula. Kepala otak saya dah naik senget dah, lari dalam rumah, keliling meja makan. Saya keluar lepas Subuh, balik sebelum pukul 8. Tak ramai orang sangat. Saya jumpa semula kawan-kawan lari saya. Alhamdulillah. Rindu dia orang. Lama tak jumpa. Happy. 😁

Lepas lari, singgah kedai, beli lauk tambahan untuk tengahari dan malam. Nasi dah masak. Saya bangun awal sebelum Subuh, dan sediakan sarapan. 

Lepas mandi, saya ikut suami pergi hospital. Itu la yang tahu keputusan MRI tu. Boleh refer sini.


Ini adalah pemandangan masa tunggu suami buat MRI. Bersihnya hospital ni. Untung suami ada insurans, cover segala belanja perubatan. Alhamdulillah. Sementara menunggu tu, saya membaca.


Pinjam buku Pak Su. Macam menarik je buku cerita ni. Mama pinjam dulu ler. 

Data dalam gambar di atas, adalah dari larian pagi tadi. Saya jogging sejauh 7.87 km.

Lepas settle urusan di hospital, saya dan suami makan di restoran ayam penyet. Dating, berdua, setelah sekian lama. Tengoklah nasi dia tu, bentuk heart. Hehe. Saya order set nasi ayam bakar, sementara suami order nasi ayam penyet. Ayam dihidang bersama sayur kangkung dan timun (timun ada sekeping bawah kangkung), tauhu goreng dan tempe. Ada sup kosong. Banyak nasinya. Punah diet. Tapi ni, hidangan pertama makan hari ni. Dari pagi, cuma minum air masak. So, ok ler.

Itu je la cerita hari ni.

Jumpa lagi ye.

20 comments:

  1. Harap keputusan MRI suami ok. Untunglah ada insurans.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Syukur segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Moga suami Nur akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi. Jauh joggingnya tu, dekat 8 km!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Mekasih, Amie.
      Ha ah, balas dendam, lama tak lari kat luar. :)

      Delete
  3. 7km :( aduh atie now mampu 3km jaa !! huaa bila la nak sampai 7 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slowly, nanti Atie akan boleh juga. Just enjoy your run! :)

      Delete
  4. gigih betul nur ni berlari.. lps lari tu mmg perlu top up balik karbo kn? hihi

    ReplyDelete
  5. gambar nasi tu haii menggoda betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabor, sabor. Nanti cheat day, boleh pekena, ye. Hehe.

      Delete
  6. tgk nasi tu sayang nak makan hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tak boleh, kena makan juga, nanti nasi tu nangis. :)

      Delete
  7. Sumpah comel buat nasi gitu. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Akak pun first time jumpa nasi bentuk heart ni. Nasib baik lapar. Bedal saja.

      Delete
  8. dah lama tak berlari ni. nak lari tapi balik kerja jak da malam huhu hujung minggu pula berjualan T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, busy nya Diyanieee. Takpe, nanti ada masa, boleh lari semula. :)

      Delete
  9. sesekali dapat keluar rumah memang nikmat. Alhamdulillah ada insurans dapat membantu perbelanjaan perubatan. Sedap mata memandang dan selesa bila pergi Hospital yang bersih. Wahh comel pulak nasi dihidangkan bentuk heart.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia, Fizah. Kreatip orang kedai ni. Nampak menarik rupanya.

      Delete