Friday, 26 February 2021

Scrambled egg wrap

 Walaupun hari ni takde paper SPM, tapi anak sulung kena pergi sekolah, ada kelas tambahan. Pagi tadi, saya buat scrambled egg, goreng nugget, lauk ikan apa yek, alamak, saya tak tahu nama ikan tu, ikan yang rupa macam ikan kerisi, tapi kecik sikit, saya buat ikan tu masak kicap, dan sayur kacang panjang goreng. Saya ada tanya tokei ikan tu, tu ikan apa. Dia ada cakap, lepas tu, saya lupa. Hu...

Saya jogging hari ni, seperti biasa.

Photo credit: Ezan

7 km juga, bersama sahabat mak-mak runners. Merujuk kepada gambar di atas, kakak belah kiri gambar tu, satu hari boleh buat 13 km at least. Pagi dan petang dia lari. Umur 50-an ye. Hebat tak? Kakak belah kanan pula selain lari, ada join aerobik juga. Saya sorang yang cuma berlari, dan kadang-kadang skipping dan  yoga. Riadah untuk sihat. 

Balik rumah selepas siram pokok, saya sarapan bersama suami. 


Sarapan saya adalah nasi, sayur kacang panjang dan bendi serta ikan. Dalam lauk kacang panjang tu, saya ada letak tauhu goreng. Tauhu goreng yang biasa orang letak dalam mee kari, tapi saya kalau goreng sayur, suka letak bahan sampingan seperti tauhu atau fishball. Minuman  kopi mesti ada. Hehe.

Lepas sarapan baru saya boleh sync larian saya dari jam ke telefon. Menerusi larian hari ni, saya berjaya habiskan satu virtual run.


Lantern Festival Virtual Run.

Kategori: 5km


Ini adalah medalnya. Ok.

Untuk tengahari pula, awal entri tadi, saya ada cakap yang saya ada buat scrambled egg, kan. Saya buat wrap sebagai makanan tengahari saya dan suami. 


Saya tambah salad dan sos cli sikit. 

Saya dapati, wrap adalah satu alternatif selain kita buat nasi goreng. Contoh, kalau ada makanan semalam tak habis, seperti ayam goreng ke, lauk apa ke, biasa saya campak dalam nasi dan buat nasi goreng. Kalau tak nak buat nasi goreng, saya boleh je masukkan leftovers makanan semalam sebagai inti wrap. Ha, ok kan. Hehe. 

Baiklah. 

Jumpa lagi ye. 😊

12 comments:

  1. Ok itu guna lebihan dalam wraps.
    Hebat akak itu buat 13 km. Seronok ada kawan untuk berlari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Bila ada kawan lari, dapat berbual. Release tension, banding lari sorang, kena cakap sorang je. Hehe.

      Delete
  2. Saya pun tak pasti ikan apa yang dimaksudkan. hebat hebat geng sahabat mak-mak runners kak nur. Salute semuanya. Tahniah dapat medal. Bagus juga idea akak tu. Selain campak masuk nasi goreng, leftover food boleh dimasukkan dalam wrap :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Boleh tahan rasanya, Adinda Baizura. :)

      Delete
  4. sikit ja nasi, hmmm atie ni nama ja nak jaga badan, jogging 3km per day tapi nasi takleh nak kurangkan ... huaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Takpe Atie muda lagi. Nanti dah kawin, kena jaga portion makan. Kalau tak, jadi macam akak dulu-dulu. :)

      Delete
  5. Banyak dah ye koleki medal Nur. Boleh print, dan laminate. Cantik dibuat kenangan.
    Bagus nur, tak membazir makanan lebihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu idea yang bagus, Amie. Tapi saya malas! Hahaha... mungkin sebab on paper je. Tak sama macam medal sebenar.

      Delete