Tuesday, 9 February 2021

Telor dadar hitam

 Hai semua...

Hari ni, last hantar Abang Long ke sekolah. Sekolah secara bersemuka bagi pelajar SPM 2020 berakhir hari ni. Sekarang dia bagi budak-budak buat persiapan kendiri sebelum paper start pada 22 Februari.

Lepas ni, saya boleh rileks sikit. Tak perlu bangun awal pagi sangat, untuk masak sarapan. Lega.

Pagi tadi, saya berjogging dalam rumah, seperti biasa.


Data dalam gambar di atas adalah data larian hari ini.

Jogging 5 km, masa 1 jam.

Gambar saya, tengah mengait dua jarum (knitting) dalam bilik kerja saya.

Rakan-rakan blogger yang kena bekerja dari rumah, mesti ada workstation masing-masing kan, di rumah? Atau beroperasi mana sempat, atau di meja makan? Bahaya wo, kalau BDR di meja makan, sebab senang capai makanan. Hehe.

Bilik kerja saya tu, merangkap bilik kraf dan bilik menjahit. Asalnya stor barang bapak saya. Kecil je ukuran bilik ni. Tapi sejak bapa saya memulakan keluarga baru di tempat lain setelah mak saya takde, saya pun mengambil alih bilik ni. Jadi, takde la kacau orang. Sebab mengait ni, kadang sampai ke malam, dengan barang-barang tajam seperti gunting dan jarum di sana sini, takde lah mengganggu ahli keluarga lain.


Ni sarapan saya, pagi tadi. 2 keping roti bakar. Telur dadar yang dalamnya, ada sekeping burger daging dipotong dadu, bersama tomato dan bawang. Masa goreng telor dadar, saya pi basuh pinggan sat. Tak sedar api dapur kuat, hitam telor dadar saya. Padan muka aku. Takpe, sendiri makan. Hitam pun sedap. Hehe..

Baiklah, jumpa lagi ye.

Things to do today: Be Happy! ^_^

14 comments:

  1. Biasa buat kerja banyak-banyqk dalam satu masa.
    Ok sendiri makan, lagipun tidak elok buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, NA. Rasa dia sedap je, walaupun hitam.

      Delete
  2. Selamat menduduki SPM Abang Long. Masih ada masa untuk buat ulangkaji.
    Telur tu nampak ok, taklah hitam sangat.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ha ah wak, dalam gambor nampak ok. Memang garing juga.

      Delete
  4. sedapnyaaa hitam pun tak apa tapi isi dalam nyaaaa .. sedap

    ReplyDelete
  5. Kalau saya kena ada workstation baru betul betul buat kerja. hihi..takpe kak, sendiri makan. sedap juga hangus hangus garing tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, ye. Kena ada meja kerja. Hehe.

      Delete
  6. Tak hangus sangat tu Kak Nur. Masih boleh dimakan. Eza punya workstation kat dalam master room je. Nak set up bilik lain, kena tunggu bajet lagi. InsyaAllah. Doakan rezeki Eza ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Eza dapat set up bilik kerja one day, bila dah ada rezeki. Insya-Allah. Amin. Dalam master room, takut tertido, kalau BDR. Hehe. Mujur Eza kerja di ofis ye.

      Delete
  7. Replies
    1. Boleh ler, Litah. Buat isi masa lapang.

      Delete