Wednesday, 17 February 2021

Tiger comei

 Assalamualaikum, dan hai semua...

sejak saya lari luar, saya rasa lebih waras dan happy. Memang saya kena keluar juga, jumpa orang, tengok pokok. Barulah tak rasa bosan. Lega rasanya.


8 km hari ni. Alhamdulillah.

Gambar adalah kucing kakak sulung. Nama kucing, Tiger. 🐈

Saya juga sudah install kembali aplikasi Strava kat telefon. 


Dapat badge cabaran 5 km Februari. 

Hari yang produktif bagi saya. Banyak kerja buat sendiri. Saya redha dengan ujian yang Allah bagi. Ketidakupayaan suami untuk bantu buat kerja rumah, saya terima sebagai cabaran. Bila otak dah waras, baru boleh fikir. Saya kena kuat. Kalau tak kuat, macamana nak jaga suami dan anak-anak.

Nasib baik cuaca petang panas sangat kat sini. Kalau tidak, petang pun mau saya keluar jogging juga. Makan angin, pergi lari, hati riang.

Ok la. 

Jumpa lagi, ye. 

Majulah sukan untuk diri sendiri. 🏃😁

12 comments:

  1. Wah bersemangat jogging. Alhamdulillah. Ya buatlah sesuatu yang menggembirakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, NA. Ye, ye. Saya doakan NA juga gembira hari ni. ^_^

      Delete
  2. Alhamdulillah. Ada perkara yang boleh membuatkan hati gembira. Itu jauh lebih baik dari duduk melayan perasaan dan terperap di rumah. Moga hari-hari yang dilalui terus ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Amie.
      Amin, mekasih ye. Komen dari Amie selalu bagi saya semangat.

      Delete
  3. Dana masih ada ke pejabat seminggu 2 ke 3 hari, itu masih terkawal lagi emosi heheh.. cuma tensen gk xdpt nk jln2 pi mall dgn family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana. Bila dapat keluar, tak rasa tertekan sangat perasaan tu. Yang pergi mall tu, apa nak buat, harap-harap nanti keadaan semakin pulih dan SOP dilonggarkan.

      Delete
  4. tgk pokok tgk daun2 hijau, baru rasa tenang berlari rasanyaaa kan,

    ReplyDelete
  5. Suasana luar tu buat kita lagi sihat sebenarnya kan. Lega dapat hirup udara segar kat luar dan dapat menikmati permandangan indah. Comel tiger, macam makeup pun ada tu ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Fizah. Kena keluar bergaul dengan orang, baru akak rasa tak tertekan, banding hari-hari duduk rumah.
      Tiger tu memang, tua pun comei juga, ha. Hehe.

      Delete