Friday, 19 February 2021

Virtual Run Kedua di bulan Februari

Salam Jumaat semua...

saya rasa syukur dapat lari hari-hari. Alhamdulillah atas nikmat sihat yang Allah bagi.


Larian pagi tadi adalah sejauh 7.3 km.

Gambar nasi goreng yang saya masak awal pagi, sebelum subuh. Saya ada letak daging burger yang dipotong kecil-kecil dan fishball. Apa-apa hal sebelum keluar rumah, saya akan usahakan supaya ada makanan atas meja makan. Nanti budak kecik yang berkembang pesat tu akan cakap,"Mama, saya lapar". Hehe.. kecuali saya rasa malas, saya akan beli sarapan lepas saya jogging. Tapi kat rumah dah ada back-up makanan seperti roti chocolate ke, apa-apa roti la. 


Lepas siram pokok, saya jump rope, macam semalam. Tapi hari ni, saya kira. Cukup 1000 jumps, dah ler. Saya tak sangka juga la, yang hari ni, saya boleh lompat 1,000 kali dalam masa kurang 20 minit. Tapi, saya guna tali biasa hari ni. Kalau guna tali berat, lain cerita la. Rutinnya, rehat 15 saat setiap 100 jumps. 


Saya berjaya habiskan larian virtual, kategori 38 km. 38 km ni, bukan lari sekali harung ye, boleh submit banyak kali. Yang saya lari hari-hari tu ler, dikira sampai cukup jarak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Inilah virtual medalnya. Hehe. Semoga covid-19 nyah dari bumi kita. Rindu nak dapat medal betul, bukan yang maya.

Sekian cerita riadah hari ni.

Esok hari sabtu. Yay!

Jumpa lagi, ye. 😊

18 comments:

  1. Tabik istiqamah lari walaupun kadang-kadang terkurung di rumah.

    ReplyDelete
  2. rindunya nak aktif mcm dlu. huhu

    ReplyDelete
  3. Salam kenal ya kak cantik, semoga selalu banyak rezekinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, Agus Setiawan. Amin. Terima kasih.

      Delete
  4. Teruskan beriadah yang menyihatkan

    ReplyDelete
  5. Selamat beriadah Nur. Teruskan rutin harian yang menyihatkan.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. memang nikmat dapat melakukan aktiviti yang sihat setiap hari. Berlari dan jump rope menyihatkan badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Fizah. Rezeki Allah bagi, boleh beriadah.

      Delete