Assalamualaikum dan hai semua... ๐
pagi tadi, saya pergi jogging macam biasa.
Saya rasa bersyukur dapat jogging dengan kawan-kawan. Dulu, saya jogging sorang. Lepas tu, dengan suami, bila dia tak bekerja. Sekarang suami dah tak boleh lari, saya dapat pula jumpa balik dengan kawan-kawan runner setempat. Alhamdulillah. Pagi tadi, jogging 7 km.
Gambar adalah spagetti goreng, yang saya masak sebelum subuh pagi tadi. Saya guna spagetti angel hair, tu nampak macam bihun goreng. Guna apa yang ada di rumah, saya letak fishball dan minced chicken.
Saya takdelah intermittent fasting sangat akhir-akhir ni. Contohnya, hari ni, ada appoinment doktor suami, jadi saya sarapan awal dulu di rumah. Tapi saya cuba untuk control portion makanan, seperti nasi. Dan saya juga cuba untuk makan buah, baru je dalam 2-3 hari ni.
Gambar anggur, tanpa biji. Beli dekat pasar sitiawan. Harap dapat istiqamah, dalam memasukkan buah dan sayur dalam menu seharian.
Larian hari ni juga, saya dapat habiskan satu lagi virtual run, menerusi aplikasi 42Race.
Larian Get Moving Bootcamp 2021.
Kategori: 21 km
Ranking ke-76. Yang terbaik saya pernah dapat dalam virtual run yang saya join sebelum ni. Sebelum ni, ranking saya banyak yang ribu riban je. Hehehe...
Ini adalah virtual medal nya. Comei singa.
Ha ah, virtual run ni, percuma je. Suka-suka.
Sekian cerita riadah hari ni.
Insya-Allah, suami akan jalani pembedahan kakinya minggu depan, bila semua kertas kerja insurans dah clear. ๐
Saya jalani hari demi hari. Saya takdelah fikir sangat. Benda yang bukan dalam bidang kuasa saya, saya tolak ke tepi. Bila dah tua ni, tak bole fikir banyak benda sangat dalam satu masa. Buat serabut kepala otak saja. Saya tenang bila dapat tahajud. Juga dapat berlari. Benda yang akan datang, saya tak mau fikir sangat. Insya-Allah, saya boleh, bila dah terjadi, tahulah saya camana nak buat. Maksud saya, situasi di mana suami di hospital, dan anak sulung SPM. Nanti, kita adjust la masa tu, camana. Bila jadi driver, bila jadi nurse, masak lagi. I got this! I can do this!
Jumpa lagi, ye!
Waalaikumussalam Nur. Sesekali, dalam satu masa kita kena jadi beberapa 'orang' untuk memastikan segala urusan berjalan lancar. Pelbagai situasi yang dihadapi juga menjadikan kita lebih matang untuk berfikir dan bertindak wajar. Apa pun semuanya perlu diterima dengan tenang terutama dalam membuat keputusan , dan in shaa Allah segala masalah akan selesai.
ReplyDeleteInsya-Allah. Mekasih, ye. Saya suka baca komen Amie.
DeleteSedap juga tu kalau angel hair digoreng. Dapat seedless grape, laju makan sebab tak ada biji. Rankin 76 kira terbaik dah tu kak Nur. Kak Nur pasti boleh. Semoga semuanya akan baik baik dan berjalan dengan lancar. Aaminnn
ReplyDeleteAmin. Mekasih, Fizah.
DeleteSemoga dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteSeronok makan anggur tiada biji. Sedar-sedar sudah habis makan.
Amin. Mekasih, NA.
DeleteBetul tu, ngap je, masuk mulut.
Semoga dipermudahkan segala urusan :)
ReplyDeleteAmin. Mekasih, Adinda Baizura. :)
DeleteSemoga en suami dianugerahi keafiatan yang berpanjangan
ReplyDeleteAmin. Mekasih, wak.
Deletenda pandai masak mee goreng tapi kalau spaghetti goreng pandai lahh pulakk. heheee
ReplyDeleteanyway, semoga dipermudahkan segala urusan :)
Lebih kurang je tu, Diyanieee. Hampir sama cara masak.
DeleteAmin, mekasih ye.
sis bangun kul berapa ni? sempat masak then jogging lagi huhu
ReplyDeleteBangun pukul 4 pagi, Atie. Kikiki...
Deletemula2 dana ingat mehun goreng hehehhe...
ReplyDeletecomel pulak nengok anggur sebiji-sebiji bulat gitu