Saturday, 13 February 2021

Virtual run pertama di bulan Februari

 Assalamualaikum semua... 😊

Salam 1 Rejab! Selamat berpuasa sunat, pada yang berpuasa hari ni, ye. 

Update sedikit perkembangan suami. Pada yang terlepas, saya ada cerita yang suami saya alami kemalangan motor di post ini

Berita baiknya, suami saya dah boleh rasa kaki dia. Alhamdulillah. Bengkak masih ada. Sebelah kaki boleh nampak kepala lutut, sebelah lagi tak nampak. Betis pun masih besar sebelah. Ada lebam di bahagian cedera, di bahagian pelipat tu, belakang lutut. Cuma tinggal 1 hari saja lagi untuk tengok perkembangan. Suami kata, nampak gaya kena pi hospital semula hari Isnin. Saya pun rasa macam tu juga. Dia nak tidor pun tak selesa. Nak bergerak pusing badan pun susah. 

Urusan polis juga sudah selesai. Gambar motor dan tempat kejadian sudah diambil. Memang ada beberapa kes motor terbabas di jalan yang sama suami lalui hari tu. Oh, gitu. Benda nak jadi. 

Baiklah. 

Semalam, hari Jumaat, saya ada lari dalam rumah. 


7 kilometer. Santai-santai. Lari sambil ulang-alik ke dapur, goreng nugget. Gambar adalah gambar Pak Su, masa dia kecil. Terjumpa gambar lama dia. 😁

Dari larian semalam, saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Raya cina di rumah tahun ni, dengar macam kurang meriah di kawasan perumahan saya. Biasanya, setiap tahun, bila tengah malam, rumah belakang ni akan bakar mercun yang bunyi kuat giler macam bom atom tu. Tapi tahun ni, family tu dah pindah, jadi tiada lagi bunyi bom atom. Yang kedengaran  hanya mercun biasa, itu pun pukul 10 malam.

Bulan ni, saya ada daftar masuk beberapa virtual run. Semalam, saya berjaya habiskan satu kategori, 18 km.


Bukannya saya lari straight 18 km. Saya connect aplikasi 42Race dengan Garmin Connect. Jadi, yang saya lari hari-hari tu, dia kumpul-kumpul dan dikira automatik untuk larian virtual. Tengoklah ranking saya, nombor 2819! Kikiki! 


Ini adalah virtual medal nya. Kalau medal betul, lawa juga ni. Larian AIA iRun for Vitality, Milestone 1 - 18 km. 

Saya puasa. Tengokla kalau rajin, saya lari petang nanti, lepas Asar. Tengok dulu camana. Apa-apa, kita sengih je. Walaupun rasa susah, kita senyum je. Banyak benda untuk kita syukuri. Salam hujung minggu, kepada semua pembaca sekalian. 😊

26 comments:

  1. Alhamdulillah perubahan suami akak semakin baik. Ada baiknya pergi ke hospital untuk check dan dapatkan rawatan lagi kalau masih ada sakit tu. Last year, husband sy accident juga. Fizikal calar balar dan luka. Tapi pergerakan terhad. Sembahyang pun terpaksa duduk. Lepas accident pergi Pusat Kesihatan bagi ubat luka je tak Xray pun. Sama juga katanya kalau masih ada rasa sakit, datang lagi. Lepas datang lagi tu, luka dah semakin okay dan PK setkan appointment untuk fisio pulak. Alhamdulillah lepas beberapa bulan okay dah pergerakan tu. Semoga dipermudahkan segala urusan akak dan suami. Aaminnn

    Okay juga tu dapat berlari 7km. comelnya anak bongsu kak nur. Ye lah Kak Nur, tahun ni kurang meriah bunyi mercun. Perasan jugak tu. Good luck untuk virtual run pertama februari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Fizah, share cerita suami. Alhamdulillah, suami Fizah dah ok, ye. Amin, mekasih atas doa.

      Delete
    2. Alhamdulillah okay dah. Tapi masih ada jaga pergerakan tu. Tak boleh terus beria sangat nak berlari ke hiking ke.
      Sama² kak

      Delete
    3. Ye la, Fizah. Dapat berjalan balik tanpa bantuan tongkat pun, dah syukur sangat dah. Tak perlu lari atau hiking, yang itu bonus, lain tahun cerita. :)

      Delete
  2. Alhamdulillah, semoga suami awak sembuh sepenuhnya.

    Tahniah for VR. Terbaik!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selesai virtual run pertama Kak Nur. Bestnya tengok orang selalu semangat bersenam ni.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah, semoga suami sihat seperti sedia kala.
    Dan tahniah atas pencapaian dalam virtual run :)

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa sis hehe
    alhamdulillah semoga sihat2 saja sis sekeluarga :)

    ReplyDelete
  6. Harap dipermudahkan untuk mendapat rawatan. Susah juga tidak boleh bergerak. Pernah alami, saya jenis tidak boleh duduk diam. Menangis pada Allah sebab tidak boleh berdiri. Nikmat itu saya suka!
    Harap-harap esok bengkak surat dan boleh berdiri, berjalan dan seterusnya berlari. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Mekasih, NA. Alhamdulillah. Mekasih, share cerita NA.
      Huhu, doktor nasihat operate. Baru dapat tahu hari ni.

      Delete
  7. Alhamdulillah, husband akak dah sihat, hopefully lagi dua tiga hari, bengkak tu totally hilang dan dah boleh jalan mcm biasa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Kena ambil masa untuk sembuh, Atie. Banyak ligamen kaki putus.

      Delete
  8. Hai Nur.. lama x lepak sini.. alhamdulillah husband nur dh recover

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Kakmim! Long time no see. Alhamdulillah, slowly, recovering, I hope so.

      Delete
  9. Comelnya Pak Su.
    Allah sedang menguji Nur. In shaa Allah Nur boleh hadapi semuanya. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar, dan urusan rawatan dipermudahkan. Take care ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu kecik comei. Dah besor, comot, Amie. Hehe.
      Amin. Mekasih, Amie. Komen Amie selalu bagi semangat pada saya.

      Delete
  10. Semoga suami sis cepat pulih seperti sedia kala. Aamiin!

    ReplyDelete
  11. wahhh segalanya mungkin ye kak virtual run pun boleh...

    moga di beri kesembuhan bt suami akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan je, Dana. Alang-alang dah lari hari-hari tu, kita join sekali virtual run.
      Amin. Mekasih, Dana.

      Delete
  12. Replies
    1. Mekasih, Nard. Takde la hebat. Biasa-biasa je.

      Delete