Salam Jumaat

 Dah hari Jumaat dah hari ni. Cepat betul masa tu.

Pagi tadi, saya jogging 10 km lagi.


Dah 3 hari berturut-turut saya buat 10 km. Ntah, kena sampuk hantu lari gamaknya. 

Balik jogging, saya singgah kedai, beli 2 bihun sup untuk saya dan suami, manakala anak-anak, saya tapau nasi lemak ayam goreng. Pastu sampai rumah, mandi, dan sarapan bersama suami. Gambar di atas adalah cawan kopi saya. Garfield. Tahukah anda, watak kucing Garfield ni, lahir pada 19 Jun 1978. Umur dia dah 43 tahun ni. Kucing yang suka makan lasagna. 😋


Banyaknya portion bihun sup dia, penuh mangkuk saya. Letak pula sambal kicap, Alhamdulillah, sedap. 

Saya baru je baca kat blog Amie's Little Kitchen, yang beliau ada masak serunding ikan, buat bekal anaknya balik ke kampus. Hari ni, kawan lari saya, Ezan, bagi serunding ikan kat saya.


Sedap! Dah rasa tadi, makan dengan roti. Saya cukup respek mereka yang rajin buat serunding ni. Saya dah lama tak buat. Last buat, dengan arwah mak saya dulu, serunding daging. Berjam-jam wei, nak kena carik daging segala, belum lagi masaknya, kena sampai kering, baru tahan lama. Alhamdulillah, rezeki merasa serunding ikan. Yang Amie share di blognya, dari ikan alu-alu, yang kawan saya bagi ni, ikan kembung, guna 3 kilo. Wow! Saya tak cukup rajin buat serunding ni. Huhu...

Ok la ye.

Jumpa lagi.

P/S: Saya rasa macam tak sempat nak update blog. Mungkin saya hilang sekejap, buat sementara waktu ni. Atau bila ada kesempatan, saya akan cuba update sini. Saya berdoa, semoga pembaca sekalian jalani hidup yang ceria, sihat dan bahagia. Saya hargai korang datang sini, baca blog saya ni. Insya-Allah, kita jumpa lagi ye. 😊

Semalam takde air

 Maaf la, saya tak sempat nak update blog setiap hari semenjak dua menjak ni. Blogwalking ke rumah kawan-kawan pun tak sempat semua. Nanti free, saya jalan slow-slow ye.

Semalam kan, lepas jogging, saya keluar makan dengan sahabat lari saya.


Larian 10 km.

Gambar: Pekena kuatiau sup. Kedai ni, kuetiau dia unik sikit. Macam yang ada dalam yong tau fu tu. Chee cheong fun ke namanya? Sedap, cukup rasa. Bila perut tengah lapor, lepas lari 10 km, memang legaaaaa rasa. Sup yang panas. Segar rasanya.


Larian semalam telah membolehkan saya dapat badge di atas, dari aplikasi Garmin Connect. Saya sudah pun melepas 300,000 langkah di bulan Mac. Alhamdulillah, atas nikmat lari dan sihat yang Allah bagi.


Saya dengan sahabat lari, Ezan. Makan-makan, tak sampai setengah jam, balik. Macam kartun. 😁 Tak boleh lepak lama-lama, masing-masing ada komitmen keluarga. 

Lepas zohor, saya ada appoinment doktor. Minggu lepas, saya dah ambik darah. Minggu ni, nak tengok result-nya. 


Saya check di hospital kerajaan. Suami, di hospital swasta. Rezeki dia, majikan dah sediakan benefit, guna je la, kan. Saya Alhamdulillah. Puas hati, dah bertahun-tahun saya check-up dengan Hospital Manjung. Doktor turunkan dos ubat thyroxine saya, dari 1 setengah, ke 1 biji saja sehari. Untuk info pembaca, saya pernah jalani pembedahan buang kalenjar tiroid, pada tahun 2016. Sejak tu, saya kena makan ubat, sampai akhir usia. Saya sihat je, Alhamdulillah, hari-hari boleh lari. 

Itu, cerita semalam. 

Pagi tadi, saya bangun pukul 3 pagi, mandi. Sebab semalam takde air, dari pukul 10 pagi. Air tangki ada, tapi kena jimat la, untuk urusan buang air dan wuduk. Cuba korang bayangkan, dalam cuaca panas, dengan tak mandinya, lepas lari, sampai tertido tunggu air, tapi hampa. Anak sulung kata, air ada semula pukul 11.30 malam. Rajin pulak dia, pergi basuh segala pinggan mangkuk dalam sink di dapur. Lega dapat mandi pukul 3 pagi. Baru rasa segar. Selalunya, kalau takde air, dan dalam notis cakap sampai pukul 10 malam, petang pukul 6, atau 7 dah ada balik air, walaupun air kurang bersih. Tapi semalam, sampai pukul 11 malam lebih daaaa.... seksanya....

Pagi tadi, lepas subuh, saya keluar jogging.


Jogging 10 km juga. Tengoklah kucing saya tu, memang suka menyibuk time orang nak ambik gambar. 😁

Ok la. 

Jumpa lagi ye.

30 days running streak

 Kepak kepuk kepak kepuk kepak kepuk... bunyi apa tu? 

Bunyi kompang daa...

Hahahaha.... anak sulung habis paper SPM dia hari ni!!!!!!!!!! Yihaaaa! Merdeka!!!!!!!

Mak dia pulak yang terlebih. 😁 Boleh rileks la dulu, buat masa ni, sementara tunggu bulan 4, anak-anak sekolah menengah start sekolah secara bersemuka. Buka-buka sekolah je nanti, terus ujian. Huhu...

Saya pergi jogging hari ni, agak lambat. Pukul 7 lebih, hantar anak sulung ke sekolah, last paper adalah Biologi, pagi dan petang.


Jadi, sempat 7.4 km saja lari hari ni. 

Lepas lari, singgah kedai, beli lauk tunjuk-tunjuk. Nasi dah masak kat rumah.

Pukul 11 pagi, pergi appoinment suami di hospital. Sudah 2 minggu sejak dia operate kaki dia. Hari ni, doktor buka stitches. Alhamdulillah, jahitan di kulit dah bercantum. Lepas tu, doktor balut semula kaki suami. Minggu depan, datang hospital lagi. 

Pada yang baru baca blog saya ni, saya recap sedikit sebanyak apa yang berlaku. Suami saya operate kaki dia, sebab dia alami kecederaan ligamen kaki, semasa dia jatuh motor. Sejak sebulan yang lalu, suami saya bertongkat, alami kesukaran berjalan. Kemana dia pergi, saya escort, termasuk ke bilik air. Dia still tak boleh bagi basah kaki dia yang sebelah tu. Memang gatal dan merenyam kaki yang dibalut tu. Dia dah sebulan MC. Saya punya kerja rumah pun bertambah. Sebelum ni, boleh bahagi kerja rumah 2, tapi sejak dia cuma bole terbaring, saya kena buat semua. Gitewww.... 

Dari larian hari ni, saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Target saya, adalah 10 ribu langkah dalam sehari.

Sudah 30 hari berturut-turut saya capai target saya. Lebih 10 ribu langkah, bersamaan lebih kurang 6-7 km sehari. Alhamdulillah atas nikmat sihat Allah bagi. Syukur. 


Gambar suami saya, di hospital. Sementara tunggu giliran, jumpa doktor. Guna wheel chair. Hari ni, saya dah pandai tolak wheel chair, banding sebelum ni. Kikiki... sebelum masuk lif, saya reverse dulu. 😁


Dalam bilik rawatan, tengah tunggu doktor datang. Saya pertama kali tengok doktor buka stitches. Maksudnya, stitches di kulit dah bercantum. Cuma ada lebihan benang, doktor gunting dan cabut. Ngilu dan rasa gatal waktu doktor cabut benang jahitan tu. Saya tengok sekejap, rasa pening, pusing pandang tempat lain. Pastu, tengok balik. Urgh... ngilu tengok. Benang tu keras, macam dawai stapler. 

Saya nak share sesuatu, dari surah Yusuf, ayat 87.


Jangan putus asa. Bila rasa susah, nangis la, minta dengan Dia, buatlah benda yang kita suka, asalkan tak langgar perintah Dia, tapi jangan sesekali putus asa, You can do this! You got this! Berusaha!

Hehe... jumpa lagi ye. 

2 hari, 1 entri

 Adapun semalam, saya tak update blog sebab saya rasa nak rehat. Cuti. Tak on computer. Masa saya penuh. Waktu saya tengok telefon, mata saya rasa nak tido. Jadi, saya pun tidor la.

Lepas lari, beli beras

Semalam, saya lari 15 km. Saya tak rancang pun. Saya tunggu pukul 9 pagi, sebab saya nak ke TF, beli beras. Jadi, sementara tunggu masa tu, saya teruskan jogging, walaupun kawan-kawan saya dah balik.


Saya dapat badge lari 15 km di bulan Mac. Bulan lepas takde badge ni, di aplikasi Garmin Connect. Banyak juga point dia, 4 points. 

Tu cerita semalam, cerita larian hari ni pulak.


Pagi tadi, saya jogging 7.5 km. 

Gambar adalah portugese egg tart. Semalam, saya order foodpanda, the Baker's Cottage. Saya order set ayam 2, satu set ada donut 4 biji, dan satu set ayam lagi, ada 4 biji tart telur. Sedap, tart dia. Gebu. Pertama kali saya cuba. Alhamdulillah.

Semalam saya tengok Juara Lagu, on and off. Aisyah nyanyi, saya tidor. Waktu keputusan, saya jaga. Saya suka lagu Peluang Kedua, Nabila Razali, tapi saya rasa, dia nyanyi tak sedap. Baik Hael yang nyanyi lagu dia sendiri.

Baiklah.

Jumpa lagi, ye.    

Selamat hari Sabtu

 Alhamdulillah, hujan dah turun. Sejuk rasanya. Pagi tadi masa jogging pun masih rasa sejuk. Saya bangun pukul 5 pagi, hujan masih turun, rintik-rintik.

Selfie sat dengan Oyen, balik jogging. 😊

Lari sejauh 9.25 km pagi tadi. Ingat nak lajak lagi, tapi jam saya habis bateri. Sambung lain hari. Hari ni, saya tak beli sarapan pun. Makan roti saja di rumah. Saya dah sediakan scrambled egg. Anak-anak makan dengan roti bakar. Lauk suami yang masih berpantang pula, nasi dengan ikan salmon kukus. 


Ini adalah sarapan saya. Scambled egg wrap. Alhamdulillah.

Saya dah rasa tenang dah. Diam tak diam, dah lebih sebulan suami kemalangan. Dah sudah 11 hari suami jalani pembedahan kaki dia. Saya dah boleh terima semuanya seadanya. Belajar untuk take it easy. Syukur Alhamdulillah. 

Hari ni hari Sabtu. Mesti ramai yang pergi jalan-jalan. Take care ye, semua.

Jumpa lagi. 😊

Besties

Pagi-pagi, pergi jogging. 


Lari 7 km hari ni. Gambar selpiaq minggu lepas, masa suami tak keluar hospital lagi. 

Bila pergi awal, balik pun awal. Dalam perjalanan balik, singgah beli nasi lemak untuk sarapan anak-anak. Makanan untuk pakcik pantang saya sudah sediakan sebelum keluar lari, awal pagi, sebelum subuh. Saya singgah refill air mineral di rumah. Balik rumah, siram pokok. Sampai rumah, lampu dalam bilik dah kelip-kelip macam disko. Saya ambil tangga, tukar light bulb baru. Huh, kerja orang laki tu, saya dah boleh buat dah. Tapi dengan arahan suami di tepi. Rasa bangga dengan diri sendiri. Hehe...

Eh, lupa cerita. Saya dah lepas 100 km dah lari di bulan Mac ni. Tadaaa....


Petang hari, hujan. Ribut sekejap. Angin kuat. Saya keluar, jumpa kawan-kawan the Running Makciks. Dah lama plan, tapi masing-masing ada komitment. Cadangnya, sebelum puasa, nak together-gether. Terlaksana juga.


Jumpa di Mee Tarik Warisan Asli. Bila jumpa, sembang pasal lari. Intergrate app dari jam ke tipon. Bila jumpa luar, baru bole sembang lama sikit. Biasa jumpa time lari saja. Lama tau, saya tak keluar dengan kawan-kawan perempuan ni. Saya tak ingat la last saya dapat lepak macam ni. Syukur Alhamdulillah, rezeki juga, bila Allah temukan kita dengan orang baik-baik. 

Makan banyak pulak tadi. Habis tak tau esok kena lari berapa km nak bakor balik. Hehehe...

Baiklah.

Jumpa lagi ye. 😊

Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6

 Saya nak join. 😁


Tak lama tu, giveaway ni. Kalau anda nak join, silalah cepat-cepat, klik banner di atas. Hehe.

Marilah kita sama-sama memeriahkan giveaway kawan kita ni.

Ajom! 

Salam Israk dan Mikraj

 Cuti hari ni. Tapi ramai je yang bekerja. Jalanraya pagi-pagi banyak trafik juga. Dua anak di rumah pun, ada kelas PdPR. Saya dapat keluar awal, selepas subuh, pergi jogging.


Jogging lebih kurang 10 km hari ni. Lepas jogging, cari sarapan untuk anak-anak di rumah. Kemudian, pergi isi minyak kereta. Dah banyak benda saya belajar buat sendiri sekarang. Sebelum ni, harapkan suami je. Hikmah di sebalik musibah.

Melalui larian hari ni, saya dapat badge berikut dari aplikasi Strava.


Dia kata, saya dah mendaki lebih 2,000 meter. Saya tak perasan pun saya punya tempat larian berbukit. Atau boleh jadi, saya lari macam kanggaroo. 😁 

Saya dah beli air fryer, beli kat shopee.


Saya dah guna, masak kepingan filet ikan dori celup tepung, yang macam fish and chip tu. Masak untuk suami pagi tadi.
Alhamdulillah. Senang kerja. Tak perlu lagi deep fry dalam kuali. Harga air fryer, RM199.

Baiklah. Selamat beristirehat di hari cuti ni.
Jumpa lagi, ye. 😊



Larian sakit perut

 Hari ni, anak sulung ada paper Matematik Tambahan pula. Jadi, pergi jogging agak lewat. Hantar dia ke sekolah dulu.


Sempat 8 km hari ni. Masa tengah buat regangan lepas jogging, tiba-tiba rasa sakit perut, nak melabur. Terus masuk kereta, balik rumah. Hajat nak pergi Tesco lagi, lepas jogging, tapi nampaknya, balik rumah dulu. Nasib baik sempat. Kelakar tau, bawa kereta sambil sakit perut. Hanya orang yang pernah merasainya sahaja yang tahu. 😄

Saya keluar lepas ambil anak sulung dari sekolah. Pergi hospital, ambil dara  darah. Minggu depan, ada appoinment doktor. Rutin check saja.

Lepas settle di hospital, baru saya ke Tesco, cari ikan. Lauk pakcik pantang. Gambar di atas, masa di Tesco.

Dari hasil larian pagi tadi, saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Sudah melepasi 50 batu atau 80.5 km berlari di bulan Mac. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat berlari Allah bagi.

Lepas shopping, singgah keepci. Tapau ayam. 


Ada jerawat besor di dahi. Bila bendera jepun nak naik, berebut-rebut jerawat nak keluor. Nasib baik pakai mask, nampak ok sikit. Bila buka mask, boleh nampak, sana jerawat, sini jerawat. Hehe... walaupun dah remaja purba, tapi masih ada sedikit hormon remaja dalam diri (ayat penyedap hati). 

Baiklah, apa projek korang hari ni?

Jumpa lagi ye.

Sotong hitam

 Hari ni, anak sulung ada paper Kimia. Jadi, lepas hantar dia sekolah, baru saya pergi jogging.


10 km lari hari ni. Cuaca baik. 

Gambar di atas adalah sarapan saya. Nasi, lauk sotong masak hitam dan sayur salad. Peberet lauk saya sejak kecik tu. Sotong masak hitam. Hitam bukan datang dari kicap. Hitam, dakwat sotong tu. Dulu, saya makan bertambah bila ada lauk ni. Tapi sekarang kena control portion makan. Saya sorang je makan lauk ni. Anak-anak tak suka. Pelik. Rasa pun belum, tapi tak nak makan. Mungkin sebab dia tengok color hitam kot. Untuk suami, saya dah stim ikan tenggiri. 

Saya install balik aplikasi BookDoc kat telefon. Lepas tu, saya tengok, ada dapat satu e-certificate untuk larian bulan lepas.


Hehe. Comei je.

Ok la. Saya takde idea nak cerita apa.

Jumpa lagi, ye.

Semoga hari anda semoga ceria, dan anda sihat sejahtera, kerana kesihatan itu adalah nikmat Allah yang paling berharga. 😊


Saya share, apa-apa benda yang saya baca dari newspaper ke, atau apa-apa bahan bacaan, untuk info kita semua, dan ingatan untuk diri saya juga.

Sebuah kisah klasik untuk masa depan

 Hari ni terlebih excited pergi jogging, sebab ada order tudung. Bisnes kawan-kawan, kita sokong je. Lagipun, apa-apa tudung yang tak perlu gosok adalah bagus ye. (Dasar pemalas gosok baju). Order ramai-ramai, wakilkan sorang. 

Dari kiri: Saya, Kak Nor dan Ezan

Bila beli benda baru ni, tambah semangat nak lari. Baju lari ke, tudung lari ke. Bukan selalu beli. Errr.... ye la tu, kikiki....

Hari ni, jogging lebih kurang 7 km.

Korang pekabo?

Saya tengah cuba bertahan ni. Kadang tu, bila rasa ada angin lintang nak datang, saya cakap dan luah kat orang. Kalau takde orang nak dengor, saya cakap dengan Dia. Kadang tu, boleh buat bodoh. Kadang rasa macam blur, terlampau banyak benda buat sorang. Kadang tu, meleleh juga ayor mata atas tikor sejadah. Tolong doakan saya kuat ye. Tabik saya pada orang yang ada ahli keluarga kurang upaya, jaga bertahun-tahun, dengan sabar. Giler kuat dia orang ni. Saya pantang letak kepala sikit, hanyut terus, siang ke, malam ke. Gitulah tahap letih tu. Lari hari-hari tu je yang buat saya rasa happy sikit. Lega bila dapat lari, jumpa orang, tegur sapa dengan orang. Cara sedapkan hati, niat buat kerana Allah. Lepas tu, tersengih selama 10 saat, macam kerang busuk, sambil bayangkan benda best-best, contohnya beli kasut lari baru ke. Hehe.. Benda yang tak bunuh kita, akan buat kita lebih kuat. Insya-Allah.

Jumpa lagi ye.

Tiada lagi vs. Menyesal



Tiada lagi cinta yang pernah terucap
Cukuplah sudah pengorbananku yang selama ini menanti
Moga di suatu hari pelangi kan bersinar kembali
Milik aku
Tiada lagi cinta yang semekar dulu
Yang tinggal kini
Hanyalah mimpi yang tak mungkin datang kembali
Hadirku bagi misteri
Dan hilang tanpa kau sedari
Tiada lagi
.
.
.

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu
Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela
Terkadang ku menyesal mengapaku kenalkan dia padamu
Terkadang ku menyesal 
Mengapaku kenalkan dia padamu

P/S: Mood jiwang. 😜 Tiada Lagi, lagu oleh kumpulan Visa, Menyesal dari Ressa Herlambang

Berteman lebih baik

 Semalam hujan, hari ni pun hujan. Alhamdulillah. Dah lama kan, tak hujan. Walaupun hujan tak lama, tapi rasa best la juga, sebab udara jadi sejuk sikit. Kalau tak, membahang panasnya.

Dari kiri, Mas, saya, Kak Nor dan Ezan

Sebenarnya, anak sulung ada kelas tambahan hari ni. Tapi, dia tak nak pergi, nak study kat rumah saja. Jadi, saya boleh keluar jogging awal sikit. Gambar di atas, adalah kawan-kawan lari saya. Nama group kami, the Running Makciks. Hehe. Pagi tadi, saya jogging 10 km, dengan Ezan, member paling kanan. Datang bukan serentak. Balik pun asing-asing. Bila ada hal keluarga, baliklah. Time ada ngaji, jogging sekejap. Tapi, kat sini lah kami jumpa, jogging. Saya bersyukur Allah temukan saya dengan sahabat yang baik-baik. Dulu saya lone ranger. Jogging sorang je. 

Saya tak masak tengahari untuk anak-anak hari ni. Cuti. Pagi, saya ada buat nasi goreng sihat. Saya guna olive oil, bawang putih dan minyak bijan. Nasi goreng tanpa telor, supaya pakcik sedang pantang boleh makan. Nasi goreng masih ada. Tapi tinggal sikit. Jadi, foodpanda je, dari McDonald's. 


Ada beli ayam goreng pedas, nugget dan nasi lemak untuk anak-anak. Saya punya, smoky grilled beef. Saya suka burger dari Burger King. Tapi kat sini, takde Burger King. Burger Smoky Grilled Beef ni, saya rasa paling hampir rasanya dengan burger dari Burger King. Alhamdulillah. GCB kat atas, anak sulung punya.

Saya masak nasi sikit, dengan lauk untuk pakcik yang tengah pantang.


Suami makan nasi, sayur tomato ceri dan ikan salmon yang dikukus dengan bawang putih, halia, minyak bijan dan lada hitam. Suami suka pula lauk macam ni sekarang. Lauk dimasak cara kukus, atau bakar atau sup. 

Dalam sehari, saya akan bantu suami buat senaman kaki atas katil. Bila kaki suami kebas, dan lepas buat senaman yang diajar orang fisio hari tu, terus rasa kebas tu hilang. Memang bagus la apa yang dia ajar. Boleh lancarkan peredaran darah pada kaki. Saya pun ada cuba buat, sambil baring. Memang ada rasa lenguh. Tapi kena buat juga. Dua-dua belah kaki. 

Korang buat apa tu? Pergi jalan-jalan ke?

Oklah, jumpa lagi ye.

Salam Jumaat

 Hari ni, walaupun anak sulung takde paper spm, tapi dia kena pi sekolah, sebab ada kelas tambahan. Jadi, saya sediakan sarapan segala. Anak-anak dah makan, suami pun saya dah mandikan dan saya buat wrap untuk dia. Settle, saya pun keluar jogging.


Saya jogging lebih kurang 1 jam sahaja. Gambar di atas adalah si Puteh. Dia kan, mana kita berdiri, situlah dia terlentang. Suka blok jalan orang, supaya kita tepuk-tepuk dia. Ngada kan, nyampesss.... 

Lepas habis jogging, saya ke tesco. Ingat nak pi TF, tapi belum pukul 9 pagi pun. Saya beli barang dapur yang dah habis. Best ye, shopping sorang-sorang. Lagipun dah lama saya tak pergi tesco. Ada beberapa kedai dah tutup, kedai baju. Cian kan. 

Sebenarnya, saya jarang-jarang beli barang dapur di Tesco. Tapi hari ni, sebab itu je yang buka, situ lah saya tuju. Saya bila dah balik rumah, susah sikit nak keluar balik. Itu yang dari tempat jogging, terus pi shopping. 


Segala jenis mak nenek wrap ada di tesco.  Yang ada chia seeds ada, yang low carb ada. Saya ambik yang wholegrain. Lain kali, nak cuba yang garlic la. Cuma wrap brand Mission ni, harga dia mahal sikit dari wrap gardenia.

Balik rumah, saya masuk dapur. Masak menu pantang untuk suami. Saya sekarang nak tukar kaedah masak. Nak kurang goreng benda. Saya nak masak cara kukus, bakar atau sup. Sup tu, tak mau tumis bawang. Masak air je, macam masak pindang tu. Kurangkan penggunaan minyak. Ok ke idok? Hehehe...

Lupa pulak. Saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect, hasil larian harini.


Lari dengan jarak 5 km di bulan Mac. Ok.

Baiklah. 

Jumpa lagi, ye.

Suami keluar hospital. Yay!

 Saya pergi hospital hari ni, dalam pukul 10 pagi. Bila sampai, suami cakap, doktor bagi balik. Ya Allah, gembiranya hati saya, syukur. Semalam saya susah hati. Pakcik tu punya style, bila dia sakit, dia diammm je. Selalu mulut dia pok pek pok pek. Siapa tak sayang laki oi. Saya baca yassin semalam lepas Isyak, walaupun mata struggle giler nak bukak. Pastu bangun tahajud. Ya Allah, syukur sangat. 


Doktor buka bandage tu. Dia check stitches. Dah kering. Kaki pun dah tak bengkak. Alhamdulillah. Lepas tu, dia pasang bandage baru. Suami cakap, kaki dia rasa ringan sikit. 

Meh ambik gambor kenangan, sempena last day. Dah, takmo dah la duduk hospital. Huhu...


Gambar atas masa dah settle billing dan ambil ubat. Tapi sebelum keluar, doktor tulang suruh jumpa doktor kencing manis dan kolesterol kat klinik pakar, lain tingkat. Doktor tu check gula dalam darah, check blood pressure suami, ok, normal, keduanya. Alhamdulillah. Dan bagi ubat.

Saya pertama kali tolak orang guna wheel chair. Astaga, susah jugak ye. Nasib ada orang tolong tahan pintu lif, dia tengok 2 orang tua ni, dok pok pek pok pek, nak terlanggor dinding lif la, susah payah tolak suami, saya cakap kalau nak langgor dinding, cakaplah op, op, stop, stop, supaya saya tahu. Mana saya nak nampak, nak tekan butang lif lagi, angkat barang lagi. Hahaha... hadoi.

Nak masuk kereta pun satu hal. Pak guard tolong, usher hospital tolong. Saya pula bawa kete kecik. Suami kena duduk senget, sebab kaki dia tak bole bengkok.

Data dalam gambar di atas, adalah larian pagi tadi. Saya teman sorang kawan lari saya, pertama kali dia nak cuba buat 10 km. Tudia, hampir 2 jam. Tarappa, pelan-pelan kayuh. Pace doesn't matter. Dia kena sambil sembang, baru tak rasa, kalau lari sorang, mental la juga, bila nak habis, bila nak habis. Berjaya juga kawan saya tu. Senyum sampai ke petang. 

Sekarang bermulalah proses recovery suami. Tak boleh gerak sangat selama 2 minggu ni. Lepas 2 minggu, kena pi hospital semula, buka stitches. 

Syukur Alhamdulillah. 

Jumpa lagi ye.

Susah hati

 Pagi tadi, saya lari sekejap. Sebab anak punya paper, habis pukul 10 pagi. Biasanya, saya ada masa sampai tengahari. Jadi, saya boleh ambil masa, dan balik buat kerja rumah tanpa tergesa-gesa. Hari ni, kena kejor masa. Lepas tu, cuaca mendung, jadi saya pun tak siram pokok.


Tengok-tengok, sampai satu hari ni tak hujan pun. Angin tiup awan mendung tu ke tempat lain kot.

Saya cuma sempat jogging sejauh 5.5 km. Jadilah, 1 jam - me time - untuk kekuatan hari ini.

Gambar saya dan suami, pagi tadi.

Hari ni juga, first time saya boleh pergi hospital belah pagi. Jadi, boleh tolong suami freshen-up, salin pakaian bersih. 

Bila dah settle je, orang yang buat fisioterapi masuk bilik, ajar camana nak jalan guna tongkat ketiak tu, seperti gambar di bawah.


Yang tongkat 4 kaki tu, hospital punya. Tongkat ketiak hospital punya, habis, tak dapat bagi pinjam kat suami. Ramai orang operate lutut. Saya pergi beli kat farmasi, tongkat ketiak tu. Insurans tak cover alat tambahan dan fisioterapi, dia cuma cover kos pembedahan. Itu pun, kami dah syukur sangat. Alhamdulillah. Gelap tak bilik suami, dalam gambar di atas? Pukul 6 petang, saya ambil gambar di atas. Saya tutup langsir. Suami tak boleh tidor. Nak bagi dia rehat.

Hari ni, dia sakit pulak, lepas buat fisioterapi tu. Ada 3 latihan senaman boleh buat atas katil, orang fisio tu ajar tadi. Lepas tu, suami ada praktis jalan guna tongkat ketiak. Banyak tips orang fisio tu share. Memang penat suami. Dia first time pula turun dari katil. Pastu, terus kaki dia rasa sakit, datang dan pergi. Petang nurse masuk, bagi ubat tahan sakit. 

Malam pun suami cakap, nurse akan bagi juga. 

Saya tak tahu camana nak tolong suami bila dia sakit. Kalau saya boleh minta satu benda, saya nak minta Allah transfer sakit dia tanggung tu pada saya. 

Saya hanya mampu doa. 

Selamat, Alhamdulillah.

 Saya lari lewat sikit pagi ni. Sebab saya hantar anak sulung ke sekolah. Selalunya, bapak budak yang tolong hantarkan. Hari ni, bapak budak tidor spital. 


Saya lari 10.5 km pagi tadi. Saja, layan kaki, layan kepala. 

Gambar atas adalah sarapan saya. Sepatutnya, suku suku separuh. Saya, separuh separuh. Hehe. Nasi goreng tu, ada daging kerutup, tau. Semalam saya beli lauk tunjuk je, sebab tak sempat masak. Lauk semalam ada lebihan, dengan nasi banyak, jadi saya gorengkan. Anak kata, sedap. 

Masa saya dah nak habis jogging, suami whatsapp, dia dah nak masuk bilik bedah. Bini jenis apa aku ni, laki nak kena bedah, aku pi lari. Suami yang suruh. Dia tahu, kalau bini dia tak lari, kepala otak bini dia jadi sewel. Huhu. Lagi pun, pagi, saya ada banyak kerja rumah kena siapkan, siram pokok, basuh dan sidai baju, masak, dan sebagainya. Anak bongsu yang form 1, hari-hari saya tolong dia buat PDPR tu. Ntah apa susah benor subjek bm form 1 ni. Saya punya kepala otak pun naik penat tolong anak bina ayat. 

Hasil larian saya pagi tadi, dapat badge berikut dari aplikasi Strava.


Lari 10 km di bulan Mac.

Settle kerja rumah, ambil anak sulung habis paper fizik pagi. 

Lunch hour. Zohor. Tak sempat zohor, hantar anak dulu, dia nak solat di surau sekolah sahaja, supaya tak kelam kabut. Lepas hantar anak sekolah, balik rumah, solat zohor. Lepas tu, baru dapat pergi hospital. Timing Allah atur sangat cantik. Suami pun baru je keluar dari bilik bedah, masa saya tiba di spital.


Kaki suami kena simen tu. Selamat sudah pembedahan. Doktor pun buat round. Hari tu, dekat entri ni, saya ada cerita yang suami saya putus 3 ligamen kat kaki dia, kan, iaitu ACL, PCL dan MCL. Dari result MRI. So doktor cerita, sebelum operation, dia teropong kaki dulu. Dia tebuk dan masukkan camera, nak tengok kepastian. Rupanya yang putus 2 sahaja ligamen, iaitu PCL dan MCL. ACL tu, dia tak putus, tapi dia loose. Loose tu, macam getah, kita amik getah tu, kita tarik, macam tu la ACL tu. Over-stressed istilah medic nya. Jadi, dia repair yang itu. Yang lagi 2 PCL dan MCL yang confirm putus tu, dia masukkan gentian benang, dan dia screw kan. Lebih kurang camtulah yang saya paham.

Suami saya tak boleh bangun, sampai pukul 6 petang baru doktor bagi kebenaran angkat kepala, gerak. Sebab takut pening. Dia kena bius setempat. Bukan bius penuh. Jadi, masa operation tu, dia nampak apa yang berlaku, doktor buat kerja, semua dalam bilik bedah ada tugas masing-masing. Yang bius tu, dia bagi separa sedar dan dia tambah ubat tidor. Tapi suami saya tak boleh tidor. Dia boleh dengar la, orang drill kaki dia, apa semua. Alat semua melintas atas kepala dia je. Huhu. Berani dia tengok, kalau saya, tutup mata je. Saya pun pernah merasa bius separa sedar, masa saya beranak ceasar, anak sulung. Rasa kebas dan sejuk giler. Tapi sedar apa berlaku. Sekarang suami dah tahu camana rasanya. 


Pukul 3.30 petang, saya keluar sekejap, ambil anak sekolah habis paper petang. Saya campak dia kat rumah, tak masuk rumah, saya pergi balik spital. Tengok suami. 

Dia tak rasa lapar, sebab air drip kat tangan tu buat dia rasa kenyang, dia kata. Tapi dia nak buang air kecik. Kena buat atas katil, ada alat tu, ha, biasalah kalau orang tak boleh bangun dari katil, dia pakai tu la, kalau nak buang air kecik. Sampai asar, saya pi surau. Lega dapat solat. Lega dapat ambil wuduk. Sekembali saya dari surau, ada tetamu pulak dalam bilik. Bos suami datang bawa hamper. Alhamdulillah. Bila dia balik, baru boleh lap suami, basuh muka. Cian dia, tak makan sampai pukul 6 petang. Kesan bius makin kurang, jadi kaki dah mula sakit, rasa nyut-nyut. Nurse masukkan ubat dalam drip. 

Lepas 6 petang baru boleh test, bagi minum air dulu. Tengok suami pening ke tak. Slowly, dia boleh. Pastu suap pakcik tu makan. Sampai pukul 7 baru saya balik rumah. 

Saya rasa syukur sangat, suami selamat jalani pembedahan kaki. Sekarang dia cuma kena ikut fisioterapi, nanti dia akan ajar camana nak jalan semula. Ikut je, tarikh dia tetapkan. Saya juga rasa sangat bersyukur Allah bagi saya kuat, untuk buat semua benda sorang diri. Tapi saya suruh sikit anak saya buat kerja rumah, bila dia orang cuti, takde kelas pdpr. Tolong sidai kain ke, angkat kain ke. Anak saya tiga-tiga laki. Kalau tak ajar buat kerja rumah, camana nanti dah besor, nak kawin, seluar dalam bini pun tak tau nak sidai camana, nak basuh pakaian dalam camana, etc. Lepas tu, satu rezeki bagi saya, bila saya jumpa orang baik-baik, nurse ke, doktor, sampai orang yang hantar makanan di bilik. Semua senyum je. Dengan prosedur SOP kena ikut, saya pulak keluar masuk, keluar masuk pintu spital, patutnya kena check out sebelum keluar, saya lupa, faktor usia, masa nak keluar ambik anak sekolah. Tapi orang jaga pintu tu pun paham. Suami suruh saya lepas habis urusan anak-anak baru datang melawat dia. Tapi saya rasa, kalau ada gap masa tu, walaupun tak banyak, saya boleh je pergi tengok dia. At least saya boleh tolong apa-apa, sebab dia tak bole bangun. Walaupun dia boleh je panggil nurse. Tapi takpe la, siang saya ada. Malam, biar nurse je tolong. 

Allah bagi sesuatu tu terjadi, semua ada hikmah di sebaliknya. Dia nak kita lebih rapat dengan Dia, minta tolong dari Dia. Dia bagi sakit, Dia juga yang menyembuhkan. Syukur Alhamdulillah. Saya rasa, kami ok. 

Ok, ok! Semuanya akan ok! Alhamdulillah. 

Jumpa lagi, ye.