Monday, 15 March 2021

2 hari, 1 entri

 Adapun semalam, saya tak update blog sebab saya rasa nak rehat. Cuti. Tak on computer. Masa saya penuh. Waktu saya tengok telefon, mata saya rasa nak tido. Jadi, saya pun tidor la.

Lepas lari, beli beras

Semalam, saya lari 15 km. Saya tak rancang pun. Saya tunggu pukul 9 pagi, sebab saya nak ke TF, beli beras. Jadi, sementara tunggu masa tu, saya teruskan jogging, walaupun kawan-kawan saya dah balik.


Saya dapat badge lari 15 km di bulan Mac. Bulan lepas takde badge ni, di aplikasi Garmin Connect. Banyak juga point dia, 4 points. 

Tu cerita semalam, cerita larian hari ni pulak.


Pagi tadi, saya jogging 7.5 km. 

Gambar adalah portugese egg tart. Semalam, saya order foodpanda, the Baker's Cottage. Saya order set ayam 2, satu set ada donut 4 biji, dan satu set ayam lagi, ada 4 biji tart telur. Sedap, tart dia. Gebu. Pertama kali saya cuba. Alhamdulillah.

Semalam saya tengok Juara Lagu, on and off. Aisyah nyanyi, saya tidor. Waktu keputusan, saya jaga. Saya suka lagu Peluang Kedua, Nabila Razali, tapi saya rasa, dia nyanyi tak sedap. Baik Hael yang nyanyi lagu dia sendiri.

Baiklah.

Jumpa lagi, ye.    

18 comments:

  1. hahha semlm tgk AJL pun part nk announce pemenang saya pun tertido dah hahah

    ReplyDelete
  2. tart telo sedapnya..lepas lari angkat beras pulak..mmg betul2 exercise ni...hehe..

    ReplyDelete
  3. Wak tak tenguk pun AJL
    Tapi ambil tahu jugalah keputuannya

    ReplyDelete
  4. sedapnya tart tu kak.... ajl tu pun dana tak sempat layan lagi, nanti lah tunggu dah tak bizi bolehla layan hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tart telor baker's cottage memang sedap, Dana. :)

      Delete
  5. Lagu 'Gila' pilihan saya menang.
    Saya pun mungkin tidak dapat online sebab telefon saya selalu guna untuk tulis dan melawat blog mati. Bateri kembung. Kena cari bateri baru. Harap jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, suka lagu Gila. Kita suka pilihan kedua tu. :)

      Delete
  6. ASsalamualaikum ... saat saya membaca entri ni seakan saya berlari dalam khayalan... straigt to the point. dari cerita lari 15km, Badge GArmen tu, eggtart, food panda dan AJL. EHHEHE tapi saya suka... keep blogging!

    ReplyDelete
  7. Jauh berlari tu kak. Sesekali lebih langkah lariannya kan.
    AJL saya tengok sipi sipi je sambil buat kerja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali layan kaki, Fizah. Overtime lari.

      Delete
  8. hahahahaah tido then jga time umum keputusan.. mmg pandai mata pun nak bukak time tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. nasib baik terjaga, Atie. Biasanya kalau tengok movie, time kredit dah naik baru akak terjaga. Hehe..

      Delete
  9. aida dgr hael nyanyi, sedap sgt.
    tak mcm dia bwk lagu org pun!
    kan, better dia je la nyanyi lagu dia cipta. terbaik!

    ReplyDelete