Tuesday, 16 March 2021

30 days running streak

 Kepak kepuk kepak kepuk kepak kepuk... bunyi apa tu? 

Bunyi kompang daa...

Hahahaha.... anak sulung habis paper SPM dia hari ni!!!!!!!!!! Yihaaaa! Merdeka!!!!!!!

Mak dia pulak yang terlebih. 😁 Boleh rileks la dulu, buat masa ni, sementara tunggu bulan 4, anak-anak sekolah menengah start sekolah secara bersemuka. Buka-buka sekolah je nanti, terus ujian. Huhu...

Saya pergi jogging hari ni, agak lambat. Pukul 7 lebih, hantar anak sulung ke sekolah, last paper adalah Biologi, pagi dan petang.


Jadi, sempat 7.4 km saja lari hari ni. 

Lepas lari, singgah kedai, beli lauk tunjuk-tunjuk. Nasi dah masak kat rumah.

Pukul 11 pagi, pergi appoinment suami di hospital. Sudah 2 minggu sejak dia operate kaki dia. Hari ni, doktor buka stitches. Alhamdulillah, jahitan di kulit dah bercantum. Lepas tu, doktor balut semula kaki suami. Minggu depan, datang hospital lagi. 

Pada yang baru baca blog saya ni, saya recap sedikit sebanyak apa yang berlaku. Suami saya operate kaki dia, sebab dia alami kecederaan ligamen kaki, semasa dia jatuh motor. Sejak sebulan yang lalu, suami saya bertongkat, alami kesukaran berjalan. Kemana dia pergi, saya escort, termasuk ke bilik air. Dia still tak boleh bagi basah kaki dia yang sebelah tu. Memang gatal dan merenyam kaki yang dibalut tu. Dia dah sebulan MC. Saya punya kerja rumah pun bertambah. Sebelum ni, boleh bahagi kerja rumah 2, tapi sejak dia cuma bole terbaring, saya kena buat semua. Gitewww.... 

Dari larian hari ni, saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Target saya, adalah 10 ribu langkah dalam sehari.

Sudah 30 hari berturut-turut saya capai target saya. Lebih 10 ribu langkah, bersamaan lebih kurang 6-7 km sehari. Alhamdulillah atas nikmat sihat Allah bagi. Syukur. 


Gambar suami saya, di hospital. Sementara tunggu giliran, jumpa doktor. Guna wheel chair. Hari ni, saya dah pandai tolak wheel chair, banding sebelum ni. Kikiki... sebelum masuk lif, saya reverse dulu. 😁


Dalam bilik rawatan, tengah tunggu doktor datang. Saya pertama kali tengok doktor buka stitches. Maksudnya, stitches di kulit dah bercantum. Cuma ada lebihan benang, doktor gunting dan cabut. Ngilu dan rasa gatal waktu doktor cabut benang jahitan tu. Saya tengok sekejap, rasa pening, pusing pandang tempat lain. Pastu, tengok balik. Urgh... ngilu tengok. Benang tu keras, macam dawai stapler. 

Saya nak share sesuatu, dari surah Yusuf, ayat 87.


Jangan putus asa. Bila rasa susah, nangis la, minta dengan Dia, buatlah benda yang kita suka, asalkan tak langgar perintah Dia, tapi jangan sesekali putus asa, You can do this! You got this! Berusaha!

Hehe... jumpa lagi ye. 

24 comments:

  1. Oh! ada yang dah habis paper SPM hari ini ya.
    Anak officemate Mrs. A ni belum lagi katanya last paper minggu depan.

    Yesss... jangan putus asa. Allah tidak akan membebani hambaNYA melebihi kemampuan mereka.

    ReplyDelete
  2. mmg seriau tengok tempat operate..Alhamdulillah, dah semakin sembuh...

    Allah bg ujian sbb dia Maha Mengetahui yg kita mampu utk memikulnya dan kepadaNya tempat kita mengadu & berserah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Betul apa nohas cakap. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah dah habis papaer dan husband pun semakin sihat. Boleh berlegaan sikit bernafas..syukur diberikan kesihatan dapat uruskan semuanya. langkah pun semakin banyak tu kak. tahniah.
    bab bab jahit kulit ni memang ngeri nak tgk. huhu
    Terima kasih atas perkongsian surah tu kak :)

    ReplyDelete
  4. orang tua kata `alah bisa, tegal biasa` ye kak...
    moga di kekuatan dan di percepatkan sembuh kaki suami akak

    ReplyDelete
  5. Aha saya sudah masuk surah Yusuf.

    P.S: Saya guna telefon lama. Harap berhasil jumpa bateri untuk telefon lain dan berfungsi. Boleh blogwalking tapi bukan semua blog boleh pergi.

    ReplyDelete
  6. Anak habis SPM, memang mak mak yang rasa lega kan..hehe
    Semoga cepat sembuh kaki suami Nur.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, jahitan smua dah cantum balik... moga makin cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. Semoga disegerakan kesembuhan kaki suami Kak Nur dan boleh bergerak seperti sebelum ini. Anak yang dah habis SPM tu dah merdeka lah ye. Syukur selesai menduduki peperiksaan penting pada zaman pandemik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Eza.
      Aminnn.. terima kasih, ye.

      Delete
  9. Alhamdulillah. Semuanya cerita gembira.
    Terima kasih share Surah Yusuf, ayat 87.
    Jangan berputus asa!

    ReplyDelete
  10. lega la anak da abis spm kan.
    dugaan betul bagi calon spm 2020. aduhai.
    aida doa kan your asben cept pulih ye.

    ReplyDelete