Saturday, 6 March 2021

Berteman lebih baik

 Semalam hujan, hari ni pun hujan. Alhamdulillah. Dah lama kan, tak hujan. Walaupun hujan tak lama, tapi rasa best la juga, sebab udara jadi sejuk sikit. Kalau tak, membahang panasnya.

Dari kiri, Mas, saya, Kak Nor dan Ezan

Sebenarnya, anak sulung ada kelas tambahan hari ni. Tapi, dia tak nak pergi, nak study kat rumah saja. Jadi, saya boleh keluar jogging awal sikit. Gambar di atas, adalah kawan-kawan lari saya. Nama group kami, the Running Makciks. Hehe. Pagi tadi, saya jogging 10 km, dengan Ezan, member paling kanan. Datang bukan serentak. Balik pun asing-asing. Bila ada hal keluarga, baliklah. Time ada ngaji, jogging sekejap. Tapi, kat sini lah kami jumpa, jogging. Saya bersyukur Allah temukan saya dengan sahabat yang baik-baik. Dulu saya lone ranger. Jogging sorang je. 

Saya tak masak tengahari untuk anak-anak hari ni. Cuti. Pagi, saya ada buat nasi goreng sihat. Saya guna olive oil, bawang putih dan minyak bijan. Nasi goreng tanpa telor, supaya pakcik sedang pantang boleh makan. Nasi goreng masih ada. Tapi tinggal sikit. Jadi, foodpanda je, dari McDonald's. 


Ada beli ayam goreng pedas, nugget dan nasi lemak untuk anak-anak. Saya punya, smoky grilled beef. Saya suka burger dari Burger King. Tapi kat sini, takde Burger King. Burger Smoky Grilled Beef ni, saya rasa paling hampir rasanya dengan burger dari Burger King. Alhamdulillah. GCB kat atas, anak sulung punya.

Saya masak nasi sikit, dengan lauk untuk pakcik yang tengah pantang.


Suami makan nasi, sayur tomato ceri dan ikan salmon yang dikukus dengan bawang putih, halia, minyak bijan dan lada hitam. Suami suka pula lauk macam ni sekarang. Lauk dimasak cara kukus, atau bakar atau sup. 

Dalam sehari, saya akan bantu suami buat senaman kaki atas katil. Bila kaki suami kebas, dan lepas buat senaman yang diajar orang fisio hari tu, terus rasa kebas tu hilang. Memang bagus la apa yang dia ajar. Boleh lancarkan peredaran darah pada kaki. Saya pun ada cuba buat, sambil baring. Memang ada rasa lenguh. Tapi kena buat juga. Dua-dua belah kaki. 

Korang buat apa tu? Pergi jalan-jalan ke?

Oklah, jumpa lagi ye.

22 comments:

  1. Semalam ada rentas daerah.
    Tinggal seorang sahaja sebab emak dan abah rentas negeri jumpa Uwan.
    Panas terik juga hari ini. Tiada hujan. Harap tabah waktu puasa ketika ini.
    Oh ya saya suka juga lauk rebus. Ikan salmon ada beli yang 'smoked'. Hehe cakap pasal Burger King tiba-tiba hendak beli juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, IC.
      Oh, kat sana tak hujan ye. Ye la NA, harap tabah bila puasa.
      Saya tak pernah jumpa smoked salmon. Mesti sedap, kan. Mana nak dapat?

      Delete
    2. Malam tadi hujan, pagi tadi hujan.
      Smoked salmon beli di Mydin dalam bentuk hirisan.

      Delete
    3. Alhamdulillah, hujan juga.
      Oooo... ok. Mekasih, atas info. :)

      Delete
  2. Baca cerita kak nur setiap hari running ni buat kita pun bersemangat nak running.

    Takde jenjalan kak. Duduk rumah teman anak buah pastu main game😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alien Oren dah boleh lari ke? Slow, slow ye, bila mula start.
      Haha, best juga dok rumah, layan anak buah main game. :)

      Delete
  3. Asyik baca sis senam je, akhirnya hari ni Ai dah start balik jalan-jalan anak keluarkan peluh.

    ReplyDelete
  4. Mudah2an en suami cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  5. the Running Makciks...best ada kawan sama minat.

    sedap gak masakan utk suami..walaupun tak pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nohas. Seronok ada kawan bila lari.
      Ha ah, kena hold dulu masakan pedas, buat sementara ni. :)

      Delete
  6. nasi goreng sihat, then tiba2 foodpanda makanan tak sihat plak hahah....
    moga hubby kak Nur cepat sihat ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, betul juga apa Atie cakap, tak terpikir pulak akak. Cuma akak malas masak, tu pasal foodpanda je, yang paling senang.
      Mekasih, Atie. Aminnn...

      Delete
  7. Mrs. A pun suka smoky grilled beef

    ReplyDelete
  8. belum ada geng nak pegi jogging lagi ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je jogging sorang. Akak start dulu pun solo, Diyanieee. In time, jumpa orang muka familiar, kita tegur, boleh jadi kawan. :)

      Delete
  9. Seronok dah ada geng running kak. Lebih meriah aktiviti larian akak. Sesekali berfoodpanda okay lah kan. Nikmat dan sihat makan lauk kukus bakar ni. Semoga suami akak pun cepat sembuh. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah, Alhamdulillah, jumpa kawan-kawan satu kepala.
      Mekasih, Fizah. Aminnn...

      Delete
  10. Wah! Menu sihat dan berkhasiat untuk suami! Moga cepat sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete