Friday, 12 March 2021

Besties

Pagi-pagi, pergi jogging. 


Lari 7 km hari ni. Gambar selpiaq minggu lepas, masa suami tak keluar hospital lagi. 

Bila pergi awal, balik pun awal. Dalam perjalanan balik, singgah beli nasi lemak untuk sarapan anak-anak. Makanan untuk pakcik pantang saya sudah sediakan sebelum keluar lari, awal pagi, sebelum subuh. Saya singgah refill air mineral di rumah. Balik rumah, siram pokok. Sampai rumah, lampu dalam bilik dah kelip-kelip macam disko. Saya ambil tangga, tukar light bulb baru. Huh, kerja orang laki tu, saya dah boleh buat dah. Tapi dengan arahan suami di tepi. Rasa bangga dengan diri sendiri. Hehe...

Eh, lupa cerita. Saya dah lepas 100 km dah lari di bulan Mac ni. Tadaaa....


Petang hari, hujan. Ribut sekejap. Angin kuat. Saya keluar, jumpa kawan-kawan the Running Makciks. Dah lama plan, tapi masing-masing ada komitment. Cadangnya, sebelum puasa, nak together-gether. Terlaksana juga.


Jumpa di Mee Tarik Warisan Asli. Bila jumpa, sembang pasal lari. Intergrate app dari jam ke tipon. Bila jumpa luar, baru bole sembang lama sikit. Biasa jumpa time lari saja. Lama tau, saya tak keluar dengan kawan-kawan perempuan ni. Saya tak ingat la last saya dapat lepak macam ni. Syukur Alhamdulillah, rezeki juga, bila Allah temukan kita dengan orang baik-baik. 

Makan banyak pulak tadi. Habis tak tau esok kena lari berapa km nak bakor balik. Hehehe...

Baiklah.

Jumpa lagi ye. 😊

20 comments:

  1. Rajinnya akak jogging 7km. Saya 1km pun dah semput hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. 1 km pun ok, Atiqah. Lama-lama bole tambah jarak, slow-slow. :)

      Delete
  2. Bahagian mee tarik Warisan memang banyak. Selalu bahagi 2.
    Berkebolehan. Tukar lampu sudah boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, NA. Kena share makan. Portion mee dia besar.
      Alhamdulillah, saya cuba. Mana tak tahu, kita belajar.

      Delete
  3. best nya dapat lepak2 ngan geng...
    ako pun dah lama x melepak ngan geng2 opis...
    makcik2 jemah hahaha.. adoii ni klu dapat membawang, memang riuh laa kedai tu kan :D

    ReplyDelete
  4. Makin meriah aktiviti akak sekarang. Alhamdulillah menjadi juga plan dengan besties sembang sembang kumpul ramai ramai. Rezeki dapat berjumpa kawan kawan yang baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Akak dah lama sangat takde kawan yang dapat sembang macam ni. Alhamdulillah.

      Delete
  5. seronoknya dapat jumpa kawan2 kan kak...saya semua jejauh kita virtual gathering ja...cukup syukur sangat semua sihat walafiat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Memang seronok dapat jumpa kawan-kawan. Akak pula, dah lama takde kawan boleh sembang, Alien Oren. Kawan-kawan sihat, kita pun happy. :)

      Delete
  6. Hebatlah boleh tukar bulp lampu
    Seronoknya dapat membawang reramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, takde membawang pun, wak. Tak elok, baik cerita pasal riadah dan lari. :)

      Delete
  7. Seronok dapat jumpa teman-teman. Rezeki Allah ditemukan dengan yang baik-baik. Saya pun petang kelmarin sempat lepak dengan kawan-kawan di restoran setelah lama tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul tu, Amie. Satu bentuk rezeki juga. :)

      Delete
  8. janjiiiiiii esok tu boleh bakar balik takpaa.. makan byk mana pun ok hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... bahaya, Atie. Makan banyak-banyak ni. Nak lari pun semput. Kikiki...

      Delete
  9. Jumpa kawan-kawan yang baik pun, rahmat Allah. Semoga kak nur sentiasa di kelilingi orang yang baik-baik. Hebat kak Nur boleh baiki lampu. Sungguh berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Eza.
      Mekasih. Akak cuba. Hikmah di sebalik suami jadi kurang upaya, akak belajar buat banyak benda. Alhamdulillah.

      Delete