Thursday, 11 March 2021

Salam Israk dan Mikraj

 Cuti hari ni. Tapi ramai je yang bekerja. Jalanraya pagi-pagi banyak trafik juga. Dua anak di rumah pun, ada kelas PdPR. Saya dapat keluar awal, selepas subuh, pergi jogging.


Jogging lebih kurang 10 km hari ni. Lepas jogging, cari sarapan untuk anak-anak di rumah. Kemudian, pergi isi minyak kereta. Dah banyak benda saya belajar buat sendiri sekarang. Sebelum ni, harapkan suami je. Hikmah di sebalik musibah.

Melalui larian hari ni, saya dapat badge berikut dari aplikasi Strava.


Dia kata, saya dah mendaki lebih 2,000 meter. Saya tak perasan pun saya punya tempat larian berbukit. Atau boleh jadi, saya lari macam kanggaroo. ๐Ÿ˜ 

Saya dah beli air fryer, beli kat shopee.


Saya dah guna, masak kepingan filet ikan dori celup tepung, yang macam fish and chip tu. Masak untuk suami pagi tadi.
Alhamdulillah. Senang kerja. Tak perlu lagi deep fry dalam kuali. Harga air fryer, RM199.

Baiklah. Selamat beristirehat di hari cuti ni.
Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ˜Š



17 comments:

  1. salam israk mikraj kak nur..
    memang tiap hari kak nur lari 10km ehh? siokknyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, takde la setiap hari akak buat 10 km, Diyanieee. Pengsan la camtu. Ikut kaki, kadang 5km, kadang 7 km, giteww..

      Delete
  2. Salam Israk Mikraj. Selamat bercuti dan beristirehat jugak kak.
    Best tu dah ada air fryer. boleh cari resipi menu guna air fryer pulak lepas ni :)

    Alhamdulillah ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak cari resepi. Masak kek pun boleh rupanya, pakai air fryer ni, Fizah. Hehe.. nanti free akak tengok. :)

      Delete
  3. Selamat selalu mrnggunakan air fryer.
    Saya sudah lama tidak isi minyak sendiri. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Biasa. Sebab isi minyak, selalu orang yang drive yang isi kan. :)

      Delete
  4. Salam Israk Mikraj Nur..dah ada air fryer, nak masak menu sihat bertambah mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ye. Dan tak perlu keluar ke dapur lagi, masak waktu cuaca panas, nohas. Legaa.. :)

      Delete
  5. Salam Israk Mikraj Nur.
    Senang dah ada air fryer. Tak perlu guna minyak dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Amie. Kurang minyak, kurang kolesterol. :)

      Delete
  6. Salam Israk Mikraj Nur.
    NEgeri Sembilan pun cuti dapatlah family bonding since dah boleh keluar dengan SOP gittewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, hari cuti la boleh bawa anak jalan-jalan, kan Mrs. A. :)

      Delete
  7. Salam isra' mikraj juga kak nur. "D

    ReplyDelete
  8. Salam isra' mikraj juga kak nur :)

    ReplyDelete