Friday, 5 March 2021

Salam Jumaat

 Hari ni, walaupun anak sulung takde paper spm, tapi dia kena pi sekolah, sebab ada kelas tambahan. Jadi, saya sediakan sarapan segala. Anak-anak dah makan, suami pun saya dah mandikan dan saya buat wrap untuk dia. Settle, saya pun keluar jogging.


Saya jogging lebih kurang 1 jam sahaja. Gambar di atas adalah si Puteh. Dia kan, mana kita berdiri, situlah dia terlentang. Suka blok jalan orang, supaya kita tepuk-tepuk dia. Ngada kan, nyampesss.... 

Lepas habis jogging, saya ke tesco. Ingat nak pi TF, tapi belum pukul 9 pagi pun. Saya beli barang dapur yang dah habis. Best ye, shopping sorang-sorang. Lagipun dah lama saya tak pergi tesco. Ada beberapa kedai dah tutup, kedai baju. Cian kan. 

Sebenarnya, saya jarang-jarang beli barang dapur di Tesco. Tapi hari ni, sebab itu je yang buka, situ lah saya tuju. Saya bila dah balik rumah, susah sikit nak keluar balik. Itu yang dari tempat jogging, terus pi shopping. 


Segala jenis mak nenek wrap ada di tesco.  Yang ada chia seeds ada, yang low carb ada. Saya ambik yang wholegrain. Lain kali, nak cuba yang garlic la. Cuma wrap brand Mission ni, harga dia mahal sikit dari wrap gardenia.

Balik rumah, saya masuk dapur. Masak menu pantang untuk suami. Saya sekarang nak tukar kaedah masak. Nak kurang goreng benda. Saya nak masak cara kukus, bakar atau sup. Sup tu, tak mau tumis bawang. Masak air je, macam masak pindang tu. Kurangkan penggunaan minyak. Ok ke idok? Hehehe...

Lupa pulak. Saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect, hasil larian harini.


Lari dengan jarak 5 km di bulan Mac. Ok.

Baiklah. 

Jumpa lagi, ye.

15 comments:

  1. Samalah sudah jarang beli di Tesco. Hehe dahulu rumah lama dekat Tesco jadi jalan kaki beli di sana. Berpeluh apabila balik jinjing barang bawah panas pukul 10 pagi. Tapi seronok sebab capai 10 000 langkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu, NA. Sekarang dah tak buat ke, 10 ribu langkah sehari? Memang best kalau rumah kita dekat kedai, beli barang, jalan kaki je.

      Delete
    2. Tidak buat dah. Jauh dari kedai. Itulah. Hehe sini terpencil sedikit, fikir keselamatan. Nanti cari ikhtiar.

      Delete
  2. byk pilihan wrap..lebih healthy kurangkan minyak..boleh airfry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada cadang nak beli air fryer, nohas, tapi tak beli-beli. Insya-Allah.

      Delete
  3. Sama. Kalau dah keluar, malas nak keluar balik bila dah sampai rumah :)

    ReplyDelete
  4. Masak sup tanpa tumis bawang memang sedap Nur. Waktu suami sakit tahun lepas, setiap hari saya masakkan sup sampailah dia sihat. Tiga benda utama saya tumbuk iaitu bawang putihh, halia dan lada putih. Hidangkan panas-panas. Saya pun ikut terliur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, mekasih, share, Amie. Saya ingat nak rebus air je, dengan kiub pati ayam, untuk buat sup.

      Delete
  5. kalau beli air fryer tu, ok kan sbb bukan masak tu tak guna minyak eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu, Atie. Guna air fryer tak guna minyak. Kurang kolesterol. :)

      Delete
  6. Best betul banyak pilihan wrap, ohh kiranya tesco belum tukar nama officially lagi lah ni. Sesekali shopping sorang ye kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi, Fizah, kat Manjung ni. Ha, sekarang ni, shopping sorang je. Apa nak buat. Huhu.

      Delete