Friday, 19 March 2021

Salam Jumaat

 Dah hari Jumaat dah hari ni. Cepat betul masa tu.

Pagi tadi, saya jogging 10 km lagi.


Dah 3 hari berturut-turut saya buat 10 km. Ntah, kena sampuk hantu lari gamaknya. 

Balik jogging, saya singgah kedai, beli 2 bihun sup untuk saya dan suami, manakala anak-anak, saya tapau nasi lemak ayam goreng. Pastu sampai rumah, mandi, dan sarapan bersama suami. Gambar di atas adalah cawan kopi saya. Garfield. Tahukah anda, watak kucing Garfield ni, lahir pada 19 Jun 1978. Umur dia dah 43 tahun ni. Kucing yang suka makan lasagna. 😋


Banyaknya portion bihun sup dia, penuh mangkuk saya. Letak pula sambal kicap, Alhamdulillah, sedap. 

Saya baru je baca kat blog Amie's Little Kitchen, yang beliau ada masak serunding ikan, buat bekal anaknya balik ke kampus. Hari ni, kawan lari saya, Ezan, bagi serunding ikan kat saya.


Sedap! Dah rasa tadi, makan dengan roti. Saya cukup respek mereka yang rajin buat serunding ni. Saya dah lama tak buat. Last buat, dengan arwah mak saya dulu, serunding daging. Berjam-jam wei, nak kena carik daging segala, belum lagi masaknya, kena sampai kering, baru tahan lama. Alhamdulillah, rezeki merasa serunding ikan. Yang Amie share di blognya, dari ikan alu-alu, yang kawan saya bagi ni, ikan kembung, guna 3 kilo. Wow! Saya tak cukup rajin buat serunding ni. Huhu...

Ok la ye.

Jumpa lagi.

P/S: Saya rasa macam tak sempat nak update blog. Mungkin saya hilang sekejap, buat sementara waktu ni. Atau bila ada kesempatan, saya akan cuba update sini. Saya berdoa, semoga pembaca sekalian jalani hidup yang ceria, sihat dan bahagia. Saya hargai korang datang sini, baca blog saya ni. Insya-Allah, kita jumpa lagi ye. 😊

17 comments:

  1. dah tua garfield ni..dia kucing malas, asyik tido je..hihi..

    pernah beli serunding ikan kt pasar payang, kuala terengganu..sodap..lembut texture dia..

    ReplyDelete
  2. Syabas gak berjaya 10km setiap hari. Tersampuk hantu lari ye..hihi
    Baru saya tahu garfield suka makan lasagna. Tahu garfield tapi tak tahu ceritanya sangat. Cuma tahu dia seekor kucing pemalas. Memang banyak portion bihun sup tu. Sedapnya! Serunding saya tak pernah cuba buat. aduh, kalau buat. itulah kali pertama dan terakhir buat agaknya :)

    ReplyDelete
  3. 10km untuk dua hari berturut-turut. Tahniah kak Nur. Saya tengok bihun sup tu terliur pulak. Serunding ikan Eza tak pernah rasa lagi. Hihi. Tapi memang maklum buat serunding memang banyak kerja, sebab tu harga jualan pun boleh tahan harganya.

    ReplyDelete
  4. Jumaat cari bateri. Ingat terus ada rupanya kena tempah. Hari ini sudah ada tapi tidak pasti ada kesempatan ke sana.
    Saya pun tidak dapat sakan blogwalking sebab ada blog tidak boleh masuk. Saya punya pemuka (dashboard) pun lari, tidak dapat tulis lagi.
    Tidak dapat janji untuk lawat selalu.

    ReplyDelete
  5. comel mug garfield tu, kartun yang semakin dilupakan

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Nur.
    Tahniah, larian konsisten 10km berturut-turut!
    Patutlah tersedak-sedak, rupanya nama disebut hehehee.
    Dulu hanya perhatikan MIL buat serunding ikan, sekarang saya pula yang suka buat serunding ikan. Sedapkan serunding ikan.

    ReplyDelete
  7. 10km berturut-turut, memang hebat! hahaha

    ReplyDelete
  8. tahniah. masih gagah jogging.
    aida tak boleh. sebab tak fit! hu hu...
    berjalan boleh. sekali start, boleh la 5km.
    in shaa Allah. dlm 5km tu, ada la 1 km cubaan jogging.
    jadik la kan :)

    ReplyDelete
  9. Aahh kak nur nak hilang sekejap? huhu saya baru nak datang tag kak nur

    https://littleadamantium.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  10. samalaaa kite pun takde kesabaran nak buat serunding hehe

    ReplyDelete
  11. 10km tu mantap kak... sedapnya nengok mehun sup akak tu,take care kak

    ReplyDelete
  12. Datang jengah lagi. Harap-harap semua ok. Rindu hendak baca tulisan di blog ini.

    ReplyDelete
  13. Salam Jumaat jugak kak nur, haahlah akak dah seminggu takde...moga segala urusan akak dipermudahkan dan dikuatkan jiwa untuk menempuhinya.

    Saya ada tag akak dekat segmen ni. salam pre ramadhan kak nur!

    https://www.alienoren.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  14. 10km macam takde apa-apa aje hebat SL kalau Mrs. A 3km pun dah bangga namatey hahahaaaa...

    Selamat menyambut bulan Ramadhan. Tenggelam timbul tu biasa

    ReplyDelete
  15. Kiutnya Garfield, ada birthday jg ek....!
    Kagum dgn org yg rajin jogging, 10km pulak tu. Tabik!

    ReplyDelete
  16. Take care nur... lama x jenguk nur... nur pulak 'berehat' dr blog

    ReplyDelete