Monday, 8 March 2021

Sebuah kisah klasik untuk masa depan

 Hari ni terlebih excited pergi jogging, sebab ada order tudung. Bisnes kawan-kawan, kita sokong je. Lagipun, apa-apa tudung yang tak perlu gosok adalah bagus ye. (Dasar pemalas gosok baju). Order ramai-ramai, wakilkan sorang. 

Dari kiri: Saya, Kak Nor dan Ezan

Bila beli benda baru ni, tambah semangat nak lari. Baju lari ke, tudung lari ke. Bukan selalu beli. Errr.... ye la tu, kikiki....

Hari ni, jogging lebih kurang 7 km.

Korang pekabo?

Saya tengah cuba bertahan ni. Kadang tu, bila rasa ada angin lintang nak datang, saya cakap dan luah kat orang. Kalau takde orang nak dengor, saya cakap dengan Dia. Kadang tu, boleh buat bodoh. Kadang rasa macam blur, terlampau banyak benda buat sorang. Kadang tu, meleleh juga ayor mata atas tikor sejadah. Tolong doakan saya kuat ye. Tabik saya pada orang yang ada ahli keluarga kurang upaya, jaga bertahun-tahun, dengan sabar. Giler kuat dia orang ni. Saya pantang letak kepala sikit, hanyut terus, siang ke, malam ke. Gitulah tahap letih tu. Lari hari-hari tu je yang buat saya rasa happy sikit. Lega bila dapat lari, jumpa orang, tegur sapa dengan orang. Cara sedapkan hati, niat buat kerana Allah. Lepas tu, tersengih selama 10 saat, macam kerang busuk, sambil bayangkan benda best-best, contohnya beli kasut lari baru ke. Hehe.. Benda yang tak bunuh kita, akan buat kita lebih kuat. Insya-Allah.

Jumpa lagi ye.

10 comments:

  1. Saya berusaha untuk solat awal waktu.
    Saya tidak berada pada kasut lari Nur hanya mampu doakan semoga Nur kuat hadapi ujian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu, NA. Saya pun berusaha juga solat awal.
      Terima kasih, NA. Doa NA sangat saya hargai.

      Delete
  2. pergi jogging sambil ambik tudung hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil menyelam, minum air, Atie. Hehe.

      Delete
  3. Seronok shopping benda baru pun kak Nur. Ada geng lagi seronok. Saya doakan akak terus kuat. betul, bila penat sangat tu mudah je terlelap. Satu nikmat juga tu senang tidur. Buat apa yang menggembirakan akak, hilang rasa penat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fizah. Akak hargai sangat. :)

      Delete
  4. Saya pun kalau ada pilihan, nak beli tudung dan baju yang tak perlu gosok heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia, sama la kita, Amie. Boleh jimat banyak masa.

      Delete
  5. moga dikurnia kekuatan dan ketabahan dalam megharungi kehidupan buat kak nur...walaupun berat mata membaca berat lagi bahu memikul, saya hanya mampu doa buat akak...fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik! Mekasih, Alien Oren! Berusaha!
      Aminnn... mekasih ye.

      Delete