Tuesday, 2 March 2021

Selamat, Alhamdulillah.

 Saya lari lewat sikit pagi ni. Sebab saya hantar anak sulung ke sekolah. Selalunya, bapak budak yang tolong hantarkan. Hari ni, bapak budak tidor spital. 


Saya lari 10.5 km pagi tadi. Saja, layan kaki, layan kepala. 

Gambar atas adalah sarapan saya. Sepatutnya, suku suku separuh. Saya, separuh separuh. Hehe. Nasi goreng tu, ada daging kerutup, tau. Semalam saya beli lauk tunjuk je, sebab tak sempat masak. Lauk semalam ada lebihan, dengan nasi banyak, jadi saya gorengkan. Anak kata, sedap. 

Masa saya dah nak habis jogging, suami whatsapp, dia dah nak masuk bilik bedah. Bini jenis apa aku ni, laki nak kena bedah, aku pi lari. Suami yang suruh. Dia tahu, kalau bini dia tak lari, kepala otak bini dia jadi sewel. Huhu. Lagi pun, pagi, saya ada banyak kerja rumah kena siapkan, siram pokok, basuh dan sidai baju, masak, dan sebagainya. Anak bongsu yang form 1, hari-hari saya tolong dia buat PDPR tu. Ntah apa susah benor subjek bm form 1 ni. Saya punya kepala otak pun naik penat tolong anak bina ayat. 

Hasil larian saya pagi tadi, dapat badge berikut dari aplikasi Strava.


Lari 10 km di bulan Mac.

Settle kerja rumah, ambil anak sulung habis paper fizik pagi. 

Lunch hour. Zohor. Tak sempat zohor, hantar anak dulu, dia nak solat di surau sekolah sahaja, supaya tak kelam kabut. Lepas hantar anak sekolah, balik rumah, solat zohor. Lepas tu, baru dapat pergi hospital. Timing Allah atur sangat cantik. Suami pun baru je keluar dari bilik bedah, masa saya tiba di spital.


Kaki suami kena simen tu. Selamat sudah pembedahan. Doktor pun buat round. Hari tu, dekat entri ni, saya ada cerita yang suami saya putus 3 ligamen kat kaki dia, kan, iaitu ACL, PCL dan MCL. Dari result MRI. So doktor cerita, sebelum operation, dia teropong kaki dulu. Dia tebuk dan masukkan camera, nak tengok kepastian. Rupanya yang putus 2 sahaja ligamen, iaitu PCL dan MCL. ACL tu, dia tak putus, tapi dia loose. Loose tu, macam getah, kita amik getah tu, kita tarik, macam tu la ACL tu. Over-stressed istilah medic nya. Jadi, dia repair yang itu. Yang lagi 2 PCL dan MCL yang confirm putus tu, dia masukkan gentian benang, dan dia screw kan. Lebih kurang camtulah yang saya paham.

Suami saya tak boleh bangun, sampai pukul 6 petang baru doktor bagi kebenaran angkat kepala, gerak. Sebab takut pening. Dia kena bius setempat. Bukan bius penuh. Jadi, masa operation tu, dia nampak apa yang berlaku, doktor buat kerja, semua dalam bilik bedah ada tugas masing-masing. Yang bius tu, dia bagi separa sedar dan dia tambah ubat tidor. Tapi suami saya tak boleh tidor. Dia boleh dengar la, orang drill kaki dia, apa semua. Alat semua melintas atas kepala dia je. Huhu. Berani dia tengok, kalau saya, tutup mata je. Saya pun pernah merasa bius separa sedar, masa saya beranak ceasar, anak sulung. Rasa kebas dan sejuk giler. Tapi sedar apa berlaku. Sekarang suami dah tahu camana rasanya. 


Pukul 3.30 petang, saya keluar sekejap, ambil anak sekolah habis paper petang. Saya campak dia kat rumah, tak masuk rumah, saya pergi balik spital. Tengok suami. 

Dia tak rasa lapar, sebab air drip kat tangan tu buat dia rasa kenyang, dia kata. Tapi dia nak buang air kecik. Kena buat atas katil, ada alat tu, ha, biasalah kalau orang tak boleh bangun dari katil, dia pakai tu la, kalau nak buang air kecik. Sampai asar, saya pi surau. Lega dapat solat. Lega dapat ambil wuduk. Sekembali saya dari surau, ada tetamu pulak dalam bilik. Bos suami datang bawa hamper. Alhamdulillah. Bila dia balik, baru boleh lap suami, basuh muka. Cian dia, tak makan sampai pukul 6 petang. Kesan bius makin kurang, jadi kaki dah mula sakit, rasa nyut-nyut. Nurse masukkan ubat dalam drip. 

Lepas 6 petang baru boleh test, bagi minum air dulu. Tengok suami pening ke tak. Slowly, dia boleh. Pastu suap pakcik tu makan. Sampai pukul 7 baru saya balik rumah. 

Saya rasa syukur sangat, suami selamat jalani pembedahan kaki. Sekarang dia cuma kena ikut fisioterapi, nanti dia akan ajar camana nak jalan semula. Ikut je, tarikh dia tetapkan. Saya juga rasa sangat bersyukur Allah bagi saya kuat, untuk buat semua benda sorang diri. Tapi saya suruh sikit anak saya buat kerja rumah, bila dia orang cuti, takde kelas pdpr. Tolong sidai kain ke, angkat kain ke. Anak saya tiga-tiga laki. Kalau tak ajar buat kerja rumah, camana nanti dah besor, nak kawin, seluar dalam bini pun tak tau nak sidai camana, nak basuh pakaian dalam camana, etc. Lepas tu, satu rezeki bagi saya, bila saya jumpa orang baik-baik, nurse ke, doktor, sampai orang yang hantar makanan di bilik. Semua senyum je. Dengan prosedur SOP kena ikut, saya pulak keluar masuk, keluar masuk pintu spital, patutnya kena check out sebelum keluar, saya lupa, faktor usia, masa nak keluar ambik anak sekolah. Tapi orang jaga pintu tu pun paham. Suami suruh saya lepas habis urusan anak-anak baru datang melawat dia. Tapi saya rasa, kalau ada gap masa tu, walaupun tak banyak, saya boleh je pergi tengok dia. At least saya boleh tolong apa-apa, sebab dia tak bole bangun. Walaupun dia boleh je panggil nurse. Tapi takpe la, siang saya ada. Malam, biar nurse je tolong. 

Allah bagi sesuatu tu terjadi, semua ada hikmah di sebaliknya. Dia nak kita lebih rapat dengan Dia, minta tolong dari Dia. Dia bagi sakit, Dia juga yang menyembuhkan. Syukur Alhamdulillah. Saya rasa, kami ok. 

Ok, ok! Semuanya akan ok! Alhamdulillah. 

Jumpa lagi, ye.

22 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih, Adinda Baizura. :)

      Delete
  2. Bagus semua ok. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hari ni dia sakit pulak, NA. Huuu...

      Delete
  3. alamak baca pasal ligamen ni ngilu plak...
    pape pun alhamdulilah semua dah selamat ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler, Ako.
      Ye, Alhamdulillah. Recovery process pula lepas ni.

      Delete
  4. alhamdulillah.. semoga suami kak cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  5. semoga di beri kesembuhan buat suami akak, moga akak n anak2 terus kuat dan sihat selalu... insyallah akak boleh layan semua ni, janji lari ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn... mekasih, Dana.
      Akak boleh layan, Insya-Allah. Tapi pakcik tu sakit ler hari ni. Susah hati kita.

      Delete
  6. slowrunner pun, tapi runner yang berjaya.. Apa pun semoga Allah permudahkan sis dlm menguruskan rumah n anak2 serta diberi kesembuhan kepada suami sis. aamiinnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Semut Senyum, saya cuba.
      Aminnn... mekasih ye.

      Delete
  7. get well soon untuk hubby akak ye :(
    doa byk2 ye akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Atie.
      Insya-Allah, Atie. Doa memang tak putus.

      Delete
  8. semoga suami sis cepat sihat seperti selalu.. take care sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn.. mekasih, Nard. Thank you. You take care too, ye. :)

      Delete
  9. Alhamdulillah. Nampaknya semua urusan berjalan lancar pada hari ini. Allah permudahkan segalanya. nur dapat lari, suami berjaya jalani pembedahan.
    betul Nur, setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju sangat, Amie. Alhamdulillah. Allahuakbar.

      Delete
  10. Alhamdulillah urusan seharian akak dipermudahkan oleh Allah. Lega, anak anak pun dah pandai berdikari. Semoga suami kak Nur cepat kembali pulih keadaannya. Nanti dah fisio tu inshaAllah pergerakan kembali okay. Take care juga Kak Nur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, Fizah. Sekarang ni, setiap kali lepas fisio, kaki dia sakit la. Agaknya, sebab baru lagi yek. Darah tu berjalan, bila dia buat fisio. Mekasih, Fizah. :)

      Delete
  11. Alhamdulillah...tenangnya hati baca cerita akak. semoga cepat sembuh ya! saya pun alhamdulillah baru dapat berjalan normal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Mekasih, Alien Oren. Alhamdulillah. Berjalan tu satu nikmat yang sangat berharga. :)

      Delete