Saturday, 13 March 2021

Selamat hari Sabtu

 Alhamdulillah, hujan dah turun. Sejuk rasanya. Pagi tadi masa jogging pun masih rasa sejuk. Saya bangun pukul 5 pagi, hujan masih turun, rintik-rintik.

Selfie sat dengan Oyen, balik jogging. 😊

Lari sejauh 9.25 km pagi tadi. Ingat nak lajak lagi, tapi jam saya habis bateri. Sambung lain hari. Hari ni, saya tak beli sarapan pun. Makan roti saja di rumah. Saya dah sediakan scrambled egg. Anak-anak makan dengan roti bakar. Lauk suami yang masih berpantang pula, nasi dengan ikan salmon kukus. 


Ini adalah sarapan saya. Scambled egg wrap. Alhamdulillah.

Saya dah rasa tenang dah. Diam tak diam, dah lebih sebulan suami kemalangan. Dah sudah 11 hari suami jalani pembedahan kaki dia. Saya dah boleh terima semuanya seadanya. Belajar untuk take it easy. Syukur Alhamdulillah. 

Hari ni hari Sabtu. Mesti ramai yang pergi jalan-jalan. Take care ye, semua.

Jumpa lagi. 😊

26 comments:

  1. best nya kalau ujan hujung minggu...
    bole bangun lambat sikit hahaha...
    tapi sini panas terik...bila la nak ujan lagi..?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul tu, Ako. Sedap tido time hujan. :)

      Delete
  2. wahh..jauh jg tu, dah nak dkt 10km...tahniah!!

    Alhamdulilillah, bila kita redho dgn semua ketentuan Ilahi, hati akan rasa tenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, nohas.
      Betul apa yang nohas cakap. Lagi satu, redho tu senang di mulut, tapi susah di hati. Huhu... dah tua-tua ni, baru saya tahu dan rasa. :)

      Delete
  3. Oh sini tiada hujan pagi.
    Marilah kita jadi orang yang sabar.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..jauh juga berlari tu kak nur. sedap sarapan ringkas pun.
    Semoga kita jadi manusia yang sentiasa bersyukur dan bersabar dengan segala ujian. Aaminn
    kat sini petang baru hujan lebat kak nur. Rasanya memang ramai orang akan keluar hari ni sebab dah boleh rentas daerah kan. saya duduk rumah je lah. Risau nak keluar bila ramai orang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... atas doanya.
      Akak pun duduk rumah je, Fizah. Lama tak keluar makan angin. Kalau keluar pun, pi jogging atau ke kedai. :)

      Delete
  5. Tahniah berjaya berlari lebih 9km :)

    ReplyDelete
  6. Wow! Tahniah dapat lari 9km.

    Besar ganjarannya bagi orang yang sabar. Moga Allah permudahkan urusan nur sekeluarga 😊

    ReplyDelete
  7. sedapnya sarapan kak nur! dekat tempat saya, petang tadi baru hujan..rasalah sejuknya sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga, AO, makan wrap ni. Lagipun, senang nak membuatnya. :)

      Delete
  8. Alhamdulillah. Itulah yang sebaiknya Nur. Sentiasa berlapang dada dan sabar menghadapi ujian Allah. In shaa Allah suami Nur akan pulih seperti sedia kala.
    Saya dah lama juga tak jalan-jalan keluarkan peluh. Rasa rindu nak hirup udara segar di luar rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... mekasih, Amie. :)
      Amie sekarang mesti bertambah sibuk, dengan tugas kan. Harap segala urusan Amie dipermudahkan.

      Delete
  9. Kat sini wak tengah menunggu2 hujan turun
    padang ragut pun dah kering kepanasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak... Insya-Allah, nanti hujan akan turun, wak.

      Delete
  10. malam ni pun sini ujan.. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Seronok bila hujan kan, Nard, sejuk sikit.

      Delete
  11. Wah almost 10 km tu berlari. Betul betul semangat. Hari sabtu saya hari melepet di rumah je, tak kemana mana sebab taknak bersesak dengan orang ramai hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, macam akak pula Atiqah ni. Kurang suka bersesak dengan orang ramai. :)

      Delete
  12. oyen tak ikut pergi jogging skali ka ? haha

    ReplyDelete
  13. Semoga akak baik-baik sahaja dan dikuatkan semangat dalam menghadapi ujian yang ditempuhi. Allah sentiasa ada dengan Kak Nur. Terus kuat semangat. Eza doakan segala urusan kakak sekeluarga dipermudahkan.

    ReplyDelete