Thursday, 18 March 2021

Semalam takde air

 Maaf la, saya tak sempat nak update blog setiap hari semenjak dua menjak ni. Blogwalking ke rumah kawan-kawan pun tak sempat semua. Nanti free, saya jalan slow-slow ye.

Semalam kan, lepas jogging, saya keluar makan dengan sahabat lari saya.


Larian 10 km.

Gambar: Pekena kuatiau sup. Kedai ni, kuetiau dia unik sikit. Macam yang ada dalam yong tau fu tu. Chee cheong fun ke namanya? Sedap, cukup rasa. Bila perut tengah lapor, lepas lari 10 km, memang legaaaaa rasa. Sup yang panas. Segar rasanya.


Larian semalam telah membolehkan saya dapat badge di atas, dari aplikasi Garmin Connect. Saya sudah pun melepas 300,000 langkah di bulan Mac. Alhamdulillah, atas nikmat lari dan sihat yang Allah bagi.


Saya dengan sahabat lari, Ezan. Makan-makan, tak sampai setengah jam, balik. Macam kartun. 😁 Tak boleh lepak lama-lama, masing-masing ada komitmen keluarga. 

Lepas zohor, saya ada appoinment doktor. Minggu lepas, saya dah ambik darah. Minggu ni, nak tengok result-nya. 


Saya check di hospital kerajaan. Suami, di hospital swasta. Rezeki dia, majikan dah sediakan benefit, guna je la, kan. Saya Alhamdulillah. Puas hati, dah bertahun-tahun saya check-up dengan Hospital Manjung. Doktor turunkan dos ubat thyroxine saya, dari 1 setengah, ke 1 biji saja sehari. Untuk info pembaca, saya pernah jalani pembedahan buang kalenjar tiroid, pada tahun 2016. Sejak tu, saya kena makan ubat, sampai akhir usia. Saya sihat je, Alhamdulillah, hari-hari boleh lari. 

Itu, cerita semalam. 

Pagi tadi, saya bangun pukul 3 pagi, mandi. Sebab semalam takde air, dari pukul 10 pagi. Air tangki ada, tapi kena jimat la, untuk urusan buang air dan wuduk. Cuba korang bayangkan, dalam cuaca panas, dengan tak mandinya, lepas lari, sampai tertido tunggu air, tapi hampa. Anak sulung kata, air ada semula pukul 11.30 malam. Rajin pulak dia, pergi basuh segala pinggan mangkuk dalam sink di dapur. Lega dapat mandi pukul 3 pagi. Baru rasa segar. Selalunya, kalau takde air, dan dalam notis cakap sampai pukul 10 malam, petang pukul 6, atau 7 dah ada balik air, walaupun air kurang bersih. Tapi semalam, sampai pukul 11 malam lebih daaaa.... seksanya....

Pagi tadi, lepas subuh, saya keluar jogging.


Jogging 10 km juga. Tengoklah kucing saya tu, memang suka menyibuk time orang nak ambik gambar. 😁

Ok la. 

Jumpa lagi ye.

24 comments:

  1. Dah melepasi 300, 000 langkah untuk bulan Mac. Wow, berlari pun 10 km. Stamina akak betul betul kuat.

    Btw semoga akak dan keluarga selalu dikurniakan kesihatan yang baik baik selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Allah bagi rezeki berlari.
      Aminn.. terima kasih, Atiqah. :)

      Delete
  2. memang banyak gendala kalau takde air.

    ReplyDelete
  3. tension nya kalau takde air...
    nak2 klu x dibagitau...
    dah la ada budak2 kat rumah ni, mmg payah klu xde air..

    ReplyDelete
  4. Sedap nampak kuih teow sup tu.
    Ialah dah lari kena mandi puas-puas kalau tak memang tak selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Mrs. A. So far, takde kedai lain jual kuetiau sup rasa camtu. :)

      Delete
  5. dia pandai photobomb kan ! haha

    ReplyDelete
  6. kalau dikumpul berapa dah badge lari akk dapat ye

    ReplyDelete
  7. Fav sup jernih macam tu kak. sedapnya lama tak makan sup macam tu. Tak de air satu penyeksaan betul. Semua benda jadi tergendala. Dapat bayangkan kelegaan tu lepas mandi dengan musim panas membahang ni.

    ReplyDelete
  8. Semoga terus bersemangat dan sihat kak Nur. Eza pun lama tak blogwalking kat sini, tapi sentiasa rindu nak baca. Hari ni baru nak marathon untuk baca entry yang terlepas. Takde air memang sengsara. Faham perasaan tak selesa tu.

    ReplyDelete
  9. Hebatnya! Syukur Alhamdulillah, dapat kumpul langkah larian yang membanggakan! Syukur sekali lagi suami dipermudahkan berurusan di hospital swasta.
    Dugaannya, dapat rasa sengsaranya tak ada air!
    Apa pun mudah-mudahan rutin harian akan kembali pulih seperti sediakala.

    ReplyDelete