Tuesday, 9 March 2021

Sotong hitam

 Hari ni, anak sulung ada paper Kimia. Jadi, lepas hantar dia sekolah, baru saya pergi jogging.


10 km lari hari ni. Cuaca baik. 

Gambar di atas adalah sarapan saya. Nasi, lauk sotong masak hitam dan sayur salad. Peberet lauk saya sejak kecik tu. Sotong masak hitam. Hitam bukan datang dari kicap. Hitam, dakwat sotong tu. Dulu, saya makan bertambah bila ada lauk ni. Tapi sekarang kena control portion makan. Saya sorang je makan lauk ni. Anak-anak tak suka. Pelik. Rasa pun belum, tapi tak nak makan. Mungkin sebab dia tengok color hitam kot. Untuk suami, saya dah stim ikan tenggiri. 

Saya install balik aplikasi BookDoc kat telefon. Lepas tu, saya tengok, ada dapat satu e-certificate untuk larian bulan lepas.


Hehe. Comei je.

Ok la. Saya takde idea nak cerita apa.

Jumpa lagi, ye.

Semoga hari anda semoga ceria, dan anda sihat sejahtera, kerana kesihatan itu adalah nikmat Allah yang paling berharga. ๐Ÿ˜Š


Saya share, apa-apa benda yang saya baca dari newspaper ke, atau apa-apa bahan bacaan, untuk info kita semua, dan ingatan untuk diri saya juga.

16 comments:

  1. Cuaca baik, seronok berlari. Saya makan sotong masak kicap je. Mask hitam guna dakwat tak pernah makan lagi kak Nur :)

    ReplyDelete
  2. sy suka sgt sotong masak hitam ni, dulu suka curi makan dari periuk, hahaha

    ReplyDelete
  3. Ada makan CikYa buat. Keluarga saya tidak masak lauk begini. Elok juga kongsi tazkirah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, I see.
      Ye, harap dapat memberi manfaat.

      Delete
  4. Cuaca panas sekarang
    jangan lupa bawa air minuman semasa melarikan diri

    ReplyDelete
  5. sedapnya menu akak tu, teringat arwah nenek dana suka buat sotong masak itam gitu gak tpi dia tambah kicap sikit... dakwat tu lagi lemak jadi nya heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, ada orang suka tambah kicap, sebab dakwat tu tak cukup hitam kadang. Sedap kan, Dana. Akak suka. :)

      Delete
  6. Paper Kimia, huaaa ! walau pun tak ambik kimia dulu, tau sngt paper tu yg plg killer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Atie. Akak pun seram jadinya.

      Delete
  7. sotong hitam ni masakan waktu kecik dulu. ahhhh nostalgia nya rasa. sekarang mak jarang da masak sotong hitam hehe selalu masak kuning kunyit jak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga tu, Diyanieee, sotong goreng kunyit. :)

      Delete
  8. Tahniah dapat 10 km! Cantik sangat.
    Marilah kita selalu beriistighfar, mohon keampuanan daripada-Nya setiap waktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Amie.
      Insya-Allah, Amie. Saya sambil memandu pun. Tutup radio. Bila istighfar, rasa tenang hati.

      Delete