Thursday, 4 March 2021

Suami keluar hospital. Yay!

 Saya pergi hospital hari ni, dalam pukul 10 pagi. Bila sampai, suami cakap, doktor bagi balik. Ya Allah, gembiranya hati saya, syukur. Semalam saya susah hati. Pakcik tu punya style, bila dia sakit, dia diammm je. Selalu mulut dia pok pek pok pek. Siapa tak sayang laki oi. Saya baca yassin semalam lepas Isyak, walaupun mata struggle giler nak bukak. Pastu bangun tahajud. Ya Allah, syukur sangat. 


Doktor buka bandage tu. Dia check stitches. Dah kering. Kaki pun dah tak bengkak. Alhamdulillah. Lepas tu, dia pasang bandage baru. Suami cakap, kaki dia rasa ringan sikit. 

Meh ambik gambor kenangan, sempena last day. Dah, takmo dah la duduk hospital. Huhu...


Gambar atas masa dah settle billing dan ambil ubat. Tapi sebelum keluar, doktor tulang suruh jumpa doktor kencing manis dan kolesterol kat klinik pakar, lain tingkat. Doktor tu check gula dalam darah, check blood pressure suami, ok, normal, keduanya. Alhamdulillah. Dan bagi ubat.

Saya pertama kali tolak orang guna wheel chair. Astaga, susah jugak ye. Nasib ada orang tolong tahan pintu lif, dia tengok 2 orang tua ni, dok pok pek pok pek, nak terlanggor dinding lif la, susah payah tolak suami, saya cakap kalau nak langgor dinding, cakaplah op, op, stop, stop, supaya saya tahu. Mana saya nak nampak, nak tekan butang lif lagi, angkat barang lagi. Hahaha... hadoi.

Nak masuk kereta pun satu hal. Pak guard tolong, usher hospital tolong. Saya pula bawa kete kecik. Suami kena duduk senget, sebab kaki dia tak bole bengkok.

Data dalam gambar di atas, adalah larian pagi tadi. Saya teman sorang kawan lari saya, pertama kali dia nak cuba buat 10 km. Tudia, hampir 2 jam. Tarappa, pelan-pelan kayuh. Pace doesn't matter. Dia kena sambil sembang, baru tak rasa, kalau lari sorang, mental la juga, bila nak habis, bila nak habis. Berjaya juga kawan saya tu. Senyum sampai ke petang. 

Sekarang bermulalah proses recovery suami. Tak boleh gerak sangat selama 2 minggu ni. Lepas 2 minggu, kena pi hospital semula, buka stitches. 

Syukur Alhamdulillah. 

Jumpa lagi ye.

18 comments:

  1. Alhamdulillah semua lancar. Setiap permulaan memang sukar (ingatan diri sendiri juga) Mula puasa sunat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, NA. Betul sesangat apa yang NA cakap. Selamat berpuasa ye.

      Delete
  2. aduh maaf kak saya tergelak baca. faham sangat pengalaman sorong menyorong kerusi roda ni.

    teringat masa first time naik dan guna kerusi roda, lagi pulak bila ada orang yang tolong menyorong ni, dia menonong laju bawak. kita tengah sakit ni habis cakap, oops oop opp pastu langgar kaki dekat situ sini. aduh sakitnya...

    faham fahmam kak...takpe slow slow adapt. moga cepat sembuh buat suami akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Alien Oren pun pernah alami, kan. Semalam punya wheel chair tu, tayar dia kurang angin. Tu susah nak tolak. Sampai sakit badan la, harini. Hehe. Weight lifting.
      Bagus juga Alien Oren ada cakap, op op. Suami akak ni, jenis senyap je. Dia tolak dengan tongkat ketiak dia tu, elak kena hentak bila langgor dinding. Huhu.
      Aminnn... mekasih ye.

      Delete
  3. Syukur Alhamdulillah. Hari ini semua urusan dipermudahkan. Nur dapat lari, suami pula sudah boleh keluar hospital. Rezeki Alla. Mudah-mudahan proses penyembuhan lebih cepat dari jangkaan. Kena patuhi sepenuhnyalah jangan gerak sangat dalam tempoh 2 minggu.
    Pertama kali saya tolak wheel chair sewaktu umrah bersama emak dan Abang Farid. Mutawwif kata sudah habis orang tukang sorong wheel chair. Kena sorong sendiri sewaktu tawaf dan sa'i dan ulang alik ke hotel. Ketika itu memang tak putus-putus memohon diberi kekuatan oleh-Nya, setiap kali minum air zam zam bermohon agar tenaga berpanjangan. Akhirnya saya berjaya sorong selama berada di Mekah, kadang-kadang bertukar dengan Abang Farid. Bila terkenang peristiwa itu, rasa nak menitis airmata sebab mak dah sedia duit upah. Mak kata, ambillah seberapa yang saya mahu sebab memang mak dah peruntukkan duit itu untuk bayar tukang sorong. Tu yang buat saya menangis tak henti-henti, saya suruh mak gunakan duit itu untuk beli wheel chair baru dan sedekahkan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Amie. Amin, yarabbalAlamin. Baik, Insya-Allah.
      Alhamdulillah. Terima kasih, share pengalaman Amie. Kena kuat kan, tolak wheelchair ni. Lagi-lagi sana, ramai orang kat Mekah. Alhamdulillah.

      Delete
  4. Alhamdulillah..lega bila dah boleh keluar hospital ni. Tak perlu nak ulang alik lagi boleh pantau kat rumah je depan mata senang. Semoga suami akak cepat sembuh. Aaminn

    Wahh hebat kawan akak macam akak juga. Ada geng, laju pergi dia :) Tahniah untuk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Fizah. Syukur sangat. Amin. Mekasih, ye.
      Dia ada minat tu, nak cuba. Akak cuma temankan. Mekasih, bagi pihak dia. :)

      Delete
  5. syukur alhamdulillah ye kak dah boleh keluar hospital, tinggal nak jaga di rumah je. Moga di permudahkan dan segera sembuhnya seperti sediakala. Udah isterinya comel nak tolak wheelchair tu memang agak payah tu kak. nasibla ada yang membantu ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana, Alhamdulillah. Amin.. mekasih, ye. Iye, Dana. Wheelchair semalam tu, tayarnya kurang angin, tu yang susah nak control.

      Delete
  6. kalau saya lari mmg pace kelaut sis..sejenis yg suka selow selow hahaha paling jauh 5km je..pastu semput..

    btw knpe dgn husband sis?patah tulang sbb apa?moga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 km pun dah cukup jauh, anakdenesor. In time, slowly tambah sikit-sikit mileage.
      Husband akak jatuh motor. Dia putus 2 ligament di kaki, dan 1 lagi ligament loose. Dia tak boleh jalan seperti biasa, lutut longgar. Tu yang kena operate tu. Bukan patah tulang.
      Amin. Mekasih, ye.

      Delete
  7. Alhamdulillah dipermudahkan.
    Walau risau tetap ceria ya Nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Mrs. A.
      Hehe... hidup mesti ceria. :)

      Delete
  8. alhamdulillah.. pengalaman saya dengan wheel chair ni satu jak, masa travel dengan nenek.. nenek memang boleh berjalan cuma kadang cepat letih laa. so masa nak fly tu, kena berbaris panjang dan lama.. saya pula kena tolak wheelchair nenek. tetiba kena offer untuk berbaris paling depaaan sekali hehe laju jak masuk kapal terus hehe priority orang bilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, tu satu kelebihan bila tolak wheelchair, Diyanieee. Orang beri laluan lebih awal. Hehe.

      Delete