Wednesday, 3 March 2021

Susah hati

 Pagi tadi, saya lari sekejap. Sebab anak punya paper, habis pukul 10 pagi. Biasanya, saya ada masa sampai tengahari. Jadi, saya boleh ambil masa, dan balik buat kerja rumah tanpa tergesa-gesa. Hari ni, kena kejor masa. Lepas tu, cuaca mendung, jadi saya pun tak siram pokok.


Tengok-tengok, sampai satu hari ni tak hujan pun. Angin tiup awan mendung tu ke tempat lain kot.

Saya cuma sempat jogging sejauh 5.5 km. Jadilah, 1 jam - me time - untuk kekuatan hari ini.

Gambar saya dan suami, pagi tadi.

Hari ni juga, first time saya boleh pergi hospital belah pagi. Jadi, boleh tolong suami freshen-up, salin pakaian bersih. 

Bila dah settle je, orang yang buat fisioterapi masuk bilik, ajar camana nak jalan guna tongkat ketiak tu, seperti gambar di bawah.


Yang tongkat 4 kaki tu, hospital punya. Tongkat ketiak hospital punya, habis, tak dapat bagi pinjam kat suami. Ramai orang operate lutut. Saya pergi beli kat farmasi, tongkat ketiak tu. Insurans tak cover alat tambahan dan fisioterapi, dia cuma cover kos pembedahan. Itu pun, kami dah syukur sangat. Alhamdulillah. Gelap tak bilik suami, dalam gambar di atas? Pukul 6 petang, saya ambil gambar di atas. Saya tutup langsir. Suami tak boleh tidor. Nak bagi dia rehat.

Hari ni, dia sakit pulak, lepas buat fisioterapi tu. Ada 3 latihan senaman boleh buat atas katil, orang fisio tu ajar tadi. Lepas tu, suami ada praktis jalan guna tongkat ketiak. Banyak tips orang fisio tu share. Memang penat suami. Dia first time pula turun dari katil. Pastu, terus kaki dia rasa sakit, datang dan pergi. Petang nurse masuk, bagi ubat tahan sakit. 

Malam pun suami cakap, nurse akan bagi juga. 

Saya tak tahu camana nak tolong suami bila dia sakit. Kalau saya boleh minta satu benda, saya nak minta Allah transfer sakit dia tanggung tu pada saya. 

Saya hanya mampu doa. 

12 comments:

  1. Alhamdulillah. walaupun sibuk dengan urusan keluarga, Nur tetap ada masa untuk joging.
    Rasa sakit yang suami Nur alami itu mungkin akan berkurangan tidak lama lagi. Mudah-mudahan dia tabah menghadapi dugaan ini. Apa pun syukur Alhamdulillah sebab rawatannya berjalan lancar, siap latihan senaman atas katil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Alhamdulillah. MEkasih ye, Amie. Komen Amie selalu buat hati saya rasa lega.

      Delete
  2. Betul kak, kita juga terasa sakitnya. Rasa sakit tu mungkin terasa sebab lepas operate dan buat fisio tadi tu kot. Dah rehat dan makan ubat tahan sakit harapnya okaylah nanti tu. Semoga Allah kurangkan sakit suami akak dan terus kuat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun rasa gitu, Fizah. Bila duduk diam atas katil, dia tak sakit. Bila lepas buat fisio atau bergerak guna tongkat, dia jadi sakit. Amin. Mekasih, Fizah.

      Delete
  3. Tumpang simpati. Semoga Allah beri petunjuk dan diampunkan dosa atas kepayahan dialami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih, NA. Saya hargai sangat.

      Delete
  4. Minat Allah transfer sakit half half kan, hmmm kalau la Allah benarkan benda ni berlaku.. tapi kalau Allah tranfer kan half half, nanti kita tak dapat jaga org sakit pula :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah, Atie. Tengok orang tersayang sakit, kita pun rasa susah hati dan helpless. Cuma mampu doa je.

      Delete
  5. Semoga semua urusan dipermudahkan olehNya :(

    ReplyDelete
  6. allah...semoga segalanya diringankan buat akak sekeluarga...aminnn

    ReplyDelete