Sunday, 18 April 2021

Apa cerita?

 Lama betul saya tak update blog. Sebulan! Tudia... haha... 

Banyak benda berlaku. Masa saya penuh. Sebelum tu, saya nak ucapkan, selamat berpuasa kepada semua pembaca blog saya ni. Saya hargai anda semua masih datang sini, tinggalkan komen, juga yang email bertanya khabar saya. I is terharu gitew! 😘

Pagi tadi, saya jogging. Selalunya, saya jogging petang di bulan puasa. Tapi, saya dapati, saya sedikit kelam-kabut jogging waktu petang. Bila rasa kelam-kabut, saya tak sengaja ter-laju. "Aku nak balik cepat! Lauk belum perangat!" Gitew... lepas tu, kaki pun sakit, sebab ter-over speed. Time tidor, kaki kejang. Sakit wooo... alamak... jadi, saya pun tukar la strategi. Hari ni, saya jogging pagi. Ni mesti ada yang bertanya, mesti tak posa ni. Ye, saya tengah uzur. Tapi bila saya dah boleh puasa, Insya-Allah, saya plan nak jogging pagi juga. Kawan saya puasa sorang, dia boleh jogging setiap pagi. Jadi, saya pun boleh. Insya-Allah. Kita santai-santai je, pace 10.

Hai! Dengan Putih, si gebu yang manja.

Baiklah. Suami saya, masih MC, tak kerja. Seminggu, 2 kali, suami saya pergi fisio. Alhamdulillah, keadaan dia beransur baik. Dia masih berjalan guna tompang ketiak tu. Tapi doktor dah bagi kaki dia pijak tanah. Tahukah anda, sudah 6 minggu, semenjak dia jalani pembedahan lutut? Cepat, masa tu kan. Suami sudah boleh hantar dan ambil anak ke sekolah. Jadi, kerja saya semakin ringan. Kereta auto la. Kereta manual, dia tak boleh bawak lagi.  

Itu je la cerita buat kali ni. Lain kali saya cerita lagi ye.

Selamat berhujung minggu buat semua pembaca sekalian.

Jumpa lagi... 😊

22 comments:

  1. Selamat berpuasa gak utk Nur n family

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah doa dimakbulkan. Doa Nur muncul masa puasa.

    ReplyDelete
  3. saya memang kuat bersenam tetapi belum lagi mampu buat pada masa puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, encik. Ikut kemampuan kita sendiri. Jangan paksa.

      Delete
  4. Selamat berpuasa kak Nur dan family. Semoga suami akak sihat seperti sediakala :)

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan, semoga cepat sembuh utk hubby..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah kak nur muncul dengan baiknya...salam ramadhan juga kak nur dan selamat berpuasa. "D

    ReplyDelete
  7. Yeay! Nur dah muncul semula. Hebatnya.... jogging di bulan puasa. Buka puasa apa hari ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam saya buka puasa dengan kebab ayam, Amie. :D

      Delete
  8. Alhamdulillah dah timbul.
    Semoga kesihatan en suami bertambah baik

    ReplyDelete
  9. Semoga en hubby Nur semakin sihat... selamat berpuasa dan berjogging ye Nur

    ReplyDelete
  10. Selamat mnyambut bulan Ramadan & berpuasa..
    Alhamdulillah, suami Nur semakin sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nohas.
      Alhamdulillah... ^_^

      Delete
  11. Selamat kembali kak Nur. Selamat berpuasa juga walaupun dah 11 hari berpuasa. Alhamdulillah keadaan suami akak semakin baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fizah.
      Alhamdulillah. :)

      Delete