Wednesday, 28 April 2021

Appoinment doktor kaki

 16 Ramadhan 1442 Hijrah

Pagi ni, saya dan kawan lari, Ezan, pergi jogging di Teluk Batik pulak. Dok makan angin je kerjanya. Bukan la jogging sangat pun, sibuk ambik selfie dan gambor. Hehe..


Sempat berlarian sejauh 7.64 kilometer. Alhamdulillah. Agak lama saya tak ke Teluk Batik ni. Dah ada buaian dah, tepi laut. Ada 4 buaian. Sepasang hujung sini, dan sepasang hujung sana. Dah jadi macam pantai kat Terengganu tu pulak, kan. Tak pasti pantai apa, ramai orang ambik gambar buaian dalam laut.


Cantik tengok langit yang berawan dan bulan pun masih ada. Tenang rasanya. 

Cuma satu je, beruk masih banyak. Kita yang takut dia. Dia tak takut kat kita langsung. Kalau sekor 2 takpe jugak. Ini, segerombolan beruk. Eh, betul ke penjodoh bilangan segerombolan untuk beruk? Ntahlah. Kita lalu tepi dia, dia tak lari langsung. Huuu.... doa banyak-banyak. 

Lepas habis jogging, balik rumah. Bersiap untuk teman suami, pi hospital, ada appoinment dengan 2 doktor hari ni. Doktor kolesterol dan gula, dan doktor kaki.


Klinik kedua doktor sebelah-sebelah je, jadi senang. Ntah suami saya punya paras gula tak turun-turun. 6.3 paras gula dia. Padahal, dia dah tak minum air manis setiap hari dah. Saya pernah check gula masa saya lepas sarapan, (bukan bulan posa), gula saya 4.7. Berikut panduan ujian darah gula:

Glukos            Aras normal

Puasa                    3.5 - 5.6

Tak puasa            5.5 - 7.8

Nurse tanya, baru lepas sarapan ye? Tapi gula saya rendah. Itu pasal kadang bila saya bangun lepas duduk lama, pandangan gelap sekejap sesaat dua. Elok benor la tu, suami lebih gula, dan isteri kurang gula. 

Berita baik, bila jumpa doktor kaki, suami dah boleh bekerja bulan Mei depan. Doktor suruh light duty dulu. Untuk info pembaca yang baru baca blog saya ni, suami saya telah jalani pembedahan ACL, PCL dan MCL (ligament pada lutut) pada 2 Mac lepas. Dia tak boleh berjalan kerana kemalangan motor, apabila pulang dari kerja. Sejak tu, suami saya MC. Alhamdulillah, setelah lebih kurang 9 minggu, suami sudah boleh jalan dengan bantuan tongkat. Doktor bagi guna 1 tongkat tadi, sebab dia tengok suami saya dah laju semacam je. Dia juga test tarik lutut suami tadi. Ya Allah, seriau saya tengok. Keputusannya, kaki ok, kuat. Yay! Kalau confident, boleh buang tongkat terus. Cuba lah sikit-sikit. Suami saya tak pernah ponteng fisioterapi. Alhamdulillah. 

Sejak kemalangan suami, benyak kerja rumah saya handle sorang. Benda yang saya tak pernah buat pun, sekarang saya dah boleh buat. Saya dah boleh isi minyak kereta sendiri, pam tayar kereta sendiri, tukar mentol, mesin rumput. Hahaha... tepuk belakang diri sendiri sikit. Hikmah di sebalik musibah. Nasib baik ada lesen kereta. Allah macam nak sediakan saya untuk lebih berdikari kot, dan tak terlalu bergantung pada suami. 

Itu la cerita hari ni.

Jumpa lagi ye. 😊    

16 comments:

  1. Nur, macam mana boleh kurang gula?
    Alhamdulillah suami sudah boleh kerja. Kaki boleh guna semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu, NA. Saya pernah baca dulu, sebab saya kuat lari. Badan kita bakor gula dalam badan dulu, baru lemak. Tu pasal bila marathon, dia orang serve air isotonik dan ais gas, supaya runners dapat tenaga segera dari gula. Tapi sebab saya lari hari-hari, badan saya dah bakor banyak gula. Itu la yang saya faham. Mungkin ye, mungkin tak.
      Alhamdulillah, suami semakin boleh jalan. :)

      Delete
  2. Bestnya berlarian di pantai teluk batik. Menarik ada buaian kat situ. Jadi port bergambar je lah kaedahnya untuk pengunjung. Alhamdulillah kesihatan suami kak nur semakin baik. Betul tu kak, ada hikmahnya disitu :)

    ReplyDelete
  3. Saya ingat pernah ke Teluk Batik, tahun 2014. Suami drive dari kampung saya di Selangor. Datang ke situ sebab jengok anak, Fairuz dan Fuad yang ikut jambori pengakap antarabangsa selama seminggu. Ramainya pengakap dari 15 buah negara, lebih 7,000 peserta. Susah betul nak cari penginapan masatu, semua penuh. akhirnya kami dapat bermalam di Valley View Hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, lamanya, tahun 2014. Ha ah, saya ingat. Dulu memang aktiviti pengakap selalu diadakan kat teluk batik. Nasib baik dapat juga tempat bermalam ye. Sini hotel banyak, tapi mungkin jauh sikit dari Teluk Batik.

      Delete
  4. Akak pernah pergi teluk batik dengan Ex tunang dulu, dia orang Perak...cantik kat situ..suka sangat...semoga dipermudahkan buat suami Nur...

    ReplyDelete
  5. teringin nak ke teluk batik! pernah dapat cenderamata je dari sana hahaha. semoga dipermudahkan segala urusan sis ye :)

    ReplyDelete
  6. Kesiannya suami kamu. Boleh saya tahu dia kemalangan semasa menaiki apa? Apa yang serius? Patah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya accident naik motor, Encik Fairus. Dia tak boleh jalan dan berdiri langsung lepas jatuh motor tu. 2 ligamen kaki putus, dan 1 longgar. Kena operate kaki. Takde yang patah, tapi ligamen kaki tu, kena sambung pakai skru juga, dan dia ambik sedikit urat dari belakang kaki, repair bahagian yang longgar.

      Delete
    2. Kesiannya.. Semoga cepat sembuh seperti sediakala.

      Delete
    3. Aminn.. mekasih, encik.

      Delete
  7. Lamanyaaaa tak pergi teluk batik! Dah ada buaian nya, dulu last pergi tak ada lagi buaiannya hehehe. Alhamdulillah dari tak boleh mesin rumput kepada boleh mesin rumput. Ada hikmahNya kak Nur :)

    ReplyDelete