Monday, 26 April 2021

Ayam goreng berlado

 14 Ramadhan 1442 Hijrah

Minggu baru. Hari baru. Peluang untuk kita cuba lebih baik dari semalam. Berusaha!

Pagi tadi, saya pergi jogging seperti biasa.


Saya sempat jogging sejauh 10.5 km pagi tadi, bersama kawan lari, Ezan. Kilometer terakhir, kami cuma jalan je. Alhamdulillah...

Suami saya ada fisio pagi tadi. Dia pergi sendiri. 

Masa saya sampai rumah dari tempat jogging, suami baru nak keluar. Kalau saya ikut, memang lambat kang. Balik lari, kena mandi. Kalau tak mandi, boleh sakit kepala. Hari ni appoinment dia awal sikit. Kalau pukul 9.30 pagi, saya boleh ikut, macam hari tu. Suami pun paham. Huu... 😊

Saya siap masak awal hari ni. Dapur saya panas waktu petang, jadi saya suka siapkan awal-awal lauk. 


Saya masak ayam goreng berlado. Hehe.. harap tak pedas sangat. Kang berasap suami dan anak-anak kang. 😁 Tapi saya cuma guna cili besor merah tu je. Tumbuk-tumbuk, sebab nak teksture cili tu kasar. Tumbuk pun, habis lidas juga tangan, kena basuh guna sabun baru hilang. Sayur pula, cadang nak rebus bendi je petang kang, dekat waktu berbuka. Hari ni, cuti oat. Hari-hari berbuka dengan oat, bosan juga.

Korang masak apa? Hehe..

Baiklah, jumpa lagi ye. 😊        

Edit entry pada 27 April 2021, saya sertakan resepi Ayam goreng berlada ni ye, pada sesiapa yang nak mencuba. 

Resepi: Ayam Goreng Berlada

Bahan-bahan: 

1 ekor ayam, potong kecil-kecil (Goreng begitu saja, hingga masak. Tak perlu perap kunyit)

8 biji cili merah (ditumbuk)

1 biji bawang holland (potong dadu)

4 ulas bawang putih (cincang)

3 cm halia (hiris panjang halus)

2 batang serai (hiris halus)

Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang holland, serai dan halia hingga wangi.

2. Masukkan cili yang telah ditumbuk. Kacau rata sampai naik minyak.

3. Masukkan ayam yang  telah digoreng. Kacau rata.

4. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Kecilkan api, kacau hingga cukup masak.

6. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba. 😊

27 comments:

  1. Nak masak megi malam nanti. Hehe. Saya seorang di rumah. Mak dan abah pergi tarawih.
    Hehe pijar tangan kira pedas lauk itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maggi pun sedap, NA. Saya teringin nak makan maggi. Nak buat waktu uzur, kesian kat orang rumah yang berpuasa, bau maggi, meleleh air liur depa kang. Tak pedas sangat ayam semalam, NA. Lega. :)

      Delete
    2. Ooo.. waktu uzur, sesuai untuk buat biskut raya. Hehe..

      Delete
  2. Hari ni plan nk masak kobis masak lemak... panggang ikan sardin.. tu je kot.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu Kakmim, masak lemak kobis. Ikan panggang jugak. Yummy..

      Delete
  3. Yela ank2 kn pedas, xmakan plak kn.. Hehe..

    ReplyDelete
  4. Fuhhh power sis puasa pun jogging juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak beshe-beshe je, Aisya. Alhamdulillah, Allah bagi kederat dan nikmat berlari.

      Delete
  5. Bagus kak konsisten berlari walaupun puasa. Sedap ayam goreng berlada tu. Harap tak pedas lah untuk mereka yang tak tahan pedas. Saya plan nak masak ayam goreng je petang nanti, ulam salad/kobis dengan sambal gesek. senang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pedas sangat Fizah, ayam akak masak semalam. Hehe..
      Sedapnya Fizah, sambal gesek. :)

      Delete
    2. Alhamdulillah..yang mudah mudah je kak. janji perut terisi dan ada rezeki makanan :)

      Delete
  6. Harini makan nasi kukus, membeli di bazaar hehehe. Single life, beli lagi senang hehehe :D

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap.. ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap, Encik Fairus.
      Masuk bakul, angkat sendiri. Hehe..

      Delete
  8. hari ni umi masak ikan carik dengan asam jawa, pastu sayur kobis masak lemak. saya baru makan nasi. kadang lupa dah lama tak makan nasi. selalu habiskan juadah jualan yang tak habis pastu kenyang minum air je. hehehe

    nampak sedap ayam kak nur, teringat zaman duk umah sewa dulu...rajin berbeli ayam masak lada, sedap teringat-ingat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan carik? First time akak dengar ni, Alien Oren. Sedap sayur kobis masak lemak. Gitu. Mesti kurus Alien Oren ni, jarang makan nasi. :)
      Akak pun suka juga, ayam goreng berlada ni. :)

      Delete
  9. macam sedap ja. kalau rajin share la proper resepi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akak edit entry ni ye, Litah. Akak sertakan resepi dia. Tunggu... :)

      Delete
  10. wahh.. buang lemak cari lemak berlado nih.. 😅

    ReplyDelete
  11. sedap..suka part kaki ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. kita pun suka. Kaki ayam ada banyak kolagen. Jadi, awet muda gitew... Hehe..

      Delete
  12. Memang sedap Nur makan ayam goreng berlado,guna cili yang besar-besar tu. tak berapa pedas tapi menyelerakan!

    ReplyDelete