Tuesday, 27 April 2021

Cari baju raya

 15 Ramadhan 1442 Hijrah.

Pagi tadi, kawan lari saya, Ezan, ajak jogging tepi laut pulak. Tukar angin. Saya on je. Lokasi jogging pagi ni, di Esplanade Lumut.

 2 minah munge 🌼 😁

Memang sesekali, kita digalakkan untuk tukar running terrain kita. Kalau biasa atas  tarmac, cuba lari atas rumput pulak. Atau laluan pejalan kaki atau pavement. Atau atas pasir, boleh kaki ayam. Atau trail, masuk hutan. Latih kaki, cuba pelbagai kondisi tempat larian. 

Lari kat Esplanade Lumut pagi tadi, rasa letih, wei. Sebab turun naik, jalan tak rata. Hehe.. Larat sejauh 7.26 km. Alhamdulillah. Lepas lari, buat alat senaman yang disediakan di tempat riadah, seperti seat up, test balancing atas kayu, dan jalan atas batu refleksologi sekejap. Best juga. 😁

Lepas balik rumah dan mandi, saya berkejaran bersama suami dan anak bongsu, cari baju raya dia. Anak bongsu saya, semangat sikit badannya. Seluar kadet bomba dia, saya tempah kedai, sebab takde saiz. Anak bongsu saya baru form 1. Saya dah tanya dulu tokei kedai baju yang saya nak pergi pagi ni. Kedai dia, ada saiz sampai 4XL. Itu yang kami pergi tu. Anak bongsu sekolah sesi petang, jadi pagi la baru boleh bawak dia. 

Semalam check juga, anak tengah muat pakai baju raya anak sulung. Sementara anak sulung, muat pakai baju melayu anak bongsu last year. Jadi, cuma si bongsu ni yang takde baju melayu lagi. Saya bukan apa, sekolah kang ada hari, cikgu suruh pakai baju melayu. Takkan time tu baru nak cari. Anak-anak saya pulak jenis tak kisah. Dia orang boleh je tukar-tukar baju sesama dia orang. Yang sulung dan yang tengah tiada masalah sebab badan lebih kurang, keding je. Cuma yang bongsu ni, sebab badan dia comei sikit. 

Anak sape la ni? Macam anak jepun pun ada.

Muat pakai baju saiz 2XL. Bior besar sikit. Hari ni, puasa. Esok lusa raya, kot kembang balik, boleh pakai. Cuma kena alter kat tangan dan kaki sikit. Kedai ni biasanya boleh tolong jahitkan. Tapi pekerja dia kata tadi, dah penuh, tak dapat terima. Takde masalah, saya pun boleh je jahit sendiri. 

Alhamdulillah. Selamat dapat baju raya anak bongsu. Suka color dia, hijau lembut. 😊

Gitu cerita hari ni. Dah masuk 15 Ramadhan. Marilah kita pulun kutip pahala banyak-banyak. Sebelum sahur, tahajud dulu. Sikit-sikit, buat mana kita mampu. Berusaha! 

Jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. skjap je dh 15 ramadhan..
    baju abh dia pon kaler hijau ke mak.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la, Wak. Baju abah dia color coklat. Tema caca marba raya tahun ni. Hehehe...

      Delete
  2. Comel je senyumm happy dapat baju melayu baruuuu hehehe.
    Besar sikit takpe kak, boleh alter. Ni kalau ambik ngam ngam, susahlah nak alter kannnn :D

    ReplyDelete
  3. alaaa x cari lagi baju raya...
    takut plak nk beli online tp rs nya mcm terpaksa gak cr online ni heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah beli, Ako, nanti tak sempat sampai sebelum raya. Takpun, saiz kita dah habis. Hoho...

      Delete
  4. cantik kalernya..happy si bongsu dpt baju raya..

    x beli lg baju raya..last minit kena cari yg readymade..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia suka, dapat baju raya.
      Selamat membeli, nohas.

      Delete
  5. Baju kalau beli, memang biasanya kena alter. Saya punya baju Melayu pun kena alter bahagian tangan, panjang sampai ke jari. ����

    ReplyDelete
  6. Amboi dah cari baju raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, beli awal sikit. Sementara stok masih banyak, tokei kedai cakap. Takut lewat, saiz yang kita nak, takde, NA.

      Delete
  7. Best tu berlarian di tepian pantai. Nak alter pun tukang jahit tak terima dah sekarang. masing masing siapkan tempahan baju raya. Mujurlah akak pandai menjahit. Senang kerja. Cantik warna baju melayu tu kak. Berkenan juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, Fizah. Hijau lembut je. Akak pun suka. :)

      Delete
  8. anakdara pn dh tanya, bila nk shopping baju raya...cantik color bj melayu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, esok boleh shopping, mama tisya, public holiday, nuzul quran. :)

      Delete
  9. bestnya kak boleh joging tepi pantai...
    bestnya umah akak

    putih melepak anak bongsu akak... warna baju tu pun cantik, hijau lembut sesuai lah dengan dia yg putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Dana. Bila bosan, boleh tengok laut.
      Dia takde la putih melepak sangat, Dana. Lighting tu. Hehe..

      Delete
  10. Comel anak Jepun tu heheeee.
    Bagus tu tukar lokasi joging, boleh hirup udara segar sambil menikmati pemandangan berbeza.
    Tahun ni kami tak beli baju Melayu sebab tahun lepas tempah dua pasang setiap seorang dan belum pakai lagi. maklumlah tahun lepas tak dapat beraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sudah ada baju melayu. Bagusnya.
      Tahun ni, tak tau la boleh beraya ke tak, kan, Amie. Dengarnya, selipar pun kena kira, nanti kena kompaun. Huhu..

      Delete