Friday, 30 April 2021

Laporan April dan Mac

 18 Ramadhan 1442 Hijrah

Hari-hari lari. Lari hari-hari. Hehe... Meh kita tengok hasil larian pagi tadi.


Sempat berlari sejauh 9.37 km, dengan kawan lari saya, Ezan. Alhamdulillah. 

Disebabkan bulan lepas, saya masih bertapa dalam gua dan tidak online, jadi saya update kat blog saya ni, laporan larian bulan lepas sekali. Untuk rekod diri sendiri.

Pada bulan lepas, berikut laporannya:


Mac 2021

Purata larian sehari: 9.7 km

Jumlah jarak lari bulan Mac: 301 km (First time ni wei, saya cecah angka 300 km dalam sebulan. Memang bulan lepas saya kena sampuk hantu lari)

Purata larian seminggu: 75.3 km

Jumlah kalori burn: 17, 771

Bulan Mac, saya lari setiap hari. Dan saya ada buat half marathon juga, pada 20 Mac.


Mari kita tengok laporan bulan April pula.


April 2021

Purata larian sehari: 7.5 km

Jumlah jarak lari bulan April: 224.6 km

Purata larian seminggu: 56.2 km

Jumlah kalori burned: 12, 045

Bulan ni, saya tak lari setiap hari. Ada hari hujan, ada hari, rehat. Saya ada juga buat half marathon pada 1 April lepas. Ada saya cerita di post ini.

Alhamdulillah, diberi nikmat lari oleh Allah. Saya sangat bersyukur. Berlari untuk sihat dan happy. 😁

Hari ni saya tak buat kueh raya. Nanti, nak kena belek buku resepi dulu. Semalam saya buat semprit dapat 3 1/2 balang kan? Dah tinggal 3 balang dah. Huuu.... harap dapat bertahan sampai raya. 

Baiklah. Jumpa lagi ye. 😊    

18 comments:

  1. Alhamdulillah kak nur, biasalah ada turun naik tuu :)
    Hahaha lagi 11 hari nak raya ni, sempat habis 1 1/2 balang lagi :P
    Kena buat lagi hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas nak buat lagi, Atiqah. Baik akak buat kueh lain pulak. Hehe.

      Delete
  2. Replies
    1. Dasyat ka, encik? Kita slow-slow je.

      Delete
  3. Hebat!
    Bila la saya nak kena sampuk hantu lari...lari sikit, briskwalk je biasanya..hehe

    ReplyDelete
  4. syabas nur....alhamdulilah...
    now kita pun tgh try buat exercise online dari rumah je..
    doakan kita itiqomah ahhahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Ako.
      Semoga terus istiqomah, ye. Amin. Buat untuk diri kita sendiri, kerana Allah. Badan Allah bagi ni, sparepart takde jual kat shopee. Kena jaga sebaiknya.

      Delete
  5. Seronok tengok akak hari hari lari. Kita nak berlari seminggu sekali pun payah kak nur. banyak terbakar kalori tu kak. Bravo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Fizah. Alhamdulillah. Akak cuba. :)

      Delete
  6. uncle pun lari juga...

    ...lari dari aunty suroh potong lada kering! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip, tak baik lari dari aunty, uncle. Hehe..

      Delete
  7. dua tiga kucing berlari., ehh mana nak lariii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua tiga kucing berlari, lari ke pasar ramadhan la, Wak, hari-hari. Hehehe...

      Delete
  8. Bagus istiqamah lari.Buat apa yang disukai.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya jumlah kalori yang burn tu Nur!
    Boleh ke bakarkan kalori saya hihihiiiiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh tolong bakor kalori, memang saya akan tolong, Amie. Hehe.. suami saya cakap saya dah tinggal tulang.

      Delete