Sunday, 25 April 2021

Larian Ahad dan Half Marathon April

 13 Ramadhan 1442 Hijrah

Pagi tadi, saya keluar awal. Boleh lari lebih sikit hari ni. 


Saya sempat jogging sejauh 10.18 km pagi tadi. Alhamdulillah.

Gambar adalah masa saya lepak petang-petang kat buaian rumah. Budak Oyen ni suka naik atas buaian tu, nak manja. Suruh kita layan dia la, tepuk-tepuk dia. Ngada kan, tengok muka dia tu. Hehe... Oyen ni, baru beranak dalam 2-3 bulan lepas. Tapi kesemua anaknya mati, 2 ekor. First time mother, dia tak tau jaga anak lagi. Tapi saya tengok, dia boleh bagi susu kat anak sedara dia, iaitu adik dia punya anak. Baik dia. Tak berkira pun. Si Ros (adik Oyen) tak layan anak dia sangat. Oyen ni la yang jaga. Sayang dia kat anak sedara dia.

Saya nak cerita pasal larian half marathon saya, yang saya buat semasa 1 April lepas. Masa tu, belum masuk ramadhan. Saya dah siapkan homework lari saya awal-awal, supaya boleh puasa dengan tenang. Saya memang tak mampu nak buat half marathon (21 km) di bulan puasa. Kalau buat, kena lari malam. Malam tak elok keluar, orang perempuan. Jadi, saya pun buat la semasa awal bulan hari tu. 


Saya berjaya habiskan 21 km dalam masa 3 jam, 7 minit. Alhamdulillah. Lari solo. Mula-mula kawan-kawan ada. Tapi bila dia orang balik, saya sambung lari sorang. Kepuasan yang tak terhingga bila dapat habiskan. Syukur Allah bagi nikmat lari dan sihat. Sebab takde geng lari yang sanggup menemani je, kalau ada, mau saya buat full marathon (42 km). Rindu rasanya, nak lari dalam event. Semoga covid berlalu cepat-cepat.

Ok la. Selamat berhujung minggu, semua. 😊

12 comments:

  1. Fuhh nak full marathon tu kak. hebat hebat. halah halah muka Oyen tu. Tak sampai hati kalau tak manjakan dia, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak cuba, Fizah. Alhamdulillah.
      Memang Oyen tu, ngada-ngada, tau. Hehe... Geram dengan dia, pastu dia cukup suka kita dukung dia macam dukung baby tu. ^_^

      Delete
  2. Bila tengok orang berjoging cemburu juga. Tapi apakan daya, daun palas dah melekat tengah kat tengah belakang badan.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki... kalau dah camtu, tak dapek nak nolong ha. Sila buat biskut raya pulak. ^_^ Gurau ye.

      Delete
  3. Pehhh nak buat full marathon tuuuu mauu pingsan saya hahahaha.
    Halah halah halah si oyennnn, cubit perut dia sikit kak nur :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat. Muka dia sardin je, suka lagi adalah. Nyampesss.. :D

      Delete
  4. Selamat melarikan diri di bulan puasa

    ReplyDelete
  5. Jauh itu 21 km. Ok itu seorang pun mampu buat.

    ReplyDelete
  6. Alahai! sedihnya muka si Oyen tu.
    Wah! hebatnya stamina dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya biasa-biasa je. Kadang semput juga.

      Delete