Wednesday, 21 April 2021

Larian Rabu dan masakan semalam

 9 Ramadhan 1442 Hijrah.

Dah lebih seminggu kita berpuasa. Cepat kan, masa tu.

Pagi tadi, seperti biasa, saya pergi jogging.

Saya dengan Ezan

Pagi tadi, sempat jogging sejauh 9.13 kilometer. Alhamdulillah.

Lepas jogging, balik rumah, mandi dan bersiap. Lepas tu, pergi supermarket, beli barang dapur. Beras nak habis, makanan kucing, dan beberapa barang lagi. 

Semalam kan, saya masak ikan siakap sweet sour. Saya pergi pasar haritu, saya beli ikan siakap 2 potong je. Hehe.. 


Lagi satu hidangan, saya buat sayur campur pecah telor.


Saya guna sayur yang ada dalam peti ais, seperti bunga kobis, carrot dan cili benggala hijau.

Masakan di atas, adalah untuk 3 orang. Lepas tu, masa pergi pasar ramadhan, saya beli lauk ayam percik dan ikan keli bercili untuk lauk bersahur. Bila saya pergi pasar ramadhan, saya suka pergi sebelum waktu asar, dalam pukul 4 petang. Masa ni, orang tak ramai, orang pun tak balik pejabat lagi, kan. Tapi pasar ramadhan di sini, ada orang jaga. Dia tak bagi lebih 200 orang. Ada juga tempat, guna sistem nombor. Bila nombor dah habis, beratur la kat tempat masuk pasar, selagi takde orang keluar. Gitu. Sebab tu, saya suka pergi awal-awal.

Camana pasar ramadhan di tempat anda? Apa? Tak pernah pergi lagi? Hari-hari masak di rumah? Hebat, hebat. Saya pun lebih suka makan masakan dimasak di rumah. Cuma, kat rumah ni, ada anak-anak cerewet, nak makan ayam gunting la, roti john la, jadi kita beli la apa dia orang suka. Asalkan anak-anak berpuasa dan solat, dan buat kerja sekolah. 

Ok la. Jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. Saya baru pergi 3 kali, sesak dia ya allah, tak boleh bawak bincang hehehe.
    Walaupun ada orang jaga, tapi dia still bagi orang masuk bepusu pusu. Yang bawak baby pun ada, bawak anak kecik pun ada, serammmm kita nengoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tudia, meriah yek...
      Laaa... nape camtu pulak.. pelik.. dah tak ikut SOP. Sini, penganjur pasar ramadhan guna khidmat Rela jaga pintu masuk. Tersusun, dan tak ramai orang, sebab pergi awal.

      Delete
  2. Anak-anak mesti suka ikan sweet sour kan.
    Di Lahad Datu, Bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi sebab PKP. Tak dapatlah beli makanan kegemaran. Nak ke pasaraya pun malas. Entah kenapa asyik penuh jew dengan orang beli-belah. Tak sanggup nak tunggu dan beratur panjang. Cuaca panas pun satu sebab lebih suka memerap dalam rumah, siapkan kerja-kerja online. Masak pun guna bahan seadanya di dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie, anak sulung saya suka.
      Taman perumahan Amie kena PKPD kan? Semoga semuanya selamat ye, Amie. Saya check email alamat Amie, dan tengok telegram MKN. Baguslah Amie, guna bahan yang ada di rumah saja. Saya harap, semuanya selamat untuk Amie sekeluarga.

      Delete
  3. tak pegi bazaar pun....
    so far beli online je hahaha...

    ReplyDelete
  4. Tidak pernah pergi lagi pasar Ramadhan. Hehe. Ada pasar Ramadhan dekat Masjid MITC tapi sebab berbuka masjid takde singgah beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, NA berbuka di masjid. Lagi best. :)

      Delete
  5. bagus la kak sistem kt pasar ramadhan tempat akak, terjaga... idok la suka-suka masuk keluar... kalau kt sini kak pukul 3 dah mula jem, kami yang balik keje pukul 4 petang pun bercinta nak nyampaikan rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, lagi awal, pukul 3, dah sesak. Sabor je la yek, Dana.

      Delete
  6. Sedap lauk berbuka Kak Nur. Bulan puasa saya memang tak ke Bazaar. Ada anak-anak memang kena ikut selera mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal, Fizah. Upah dia orang berpuasa. Order itu ini, mak tukang beli. Huhu.. :D

      Delete
  7. Baru tadi berbuka siakap sweet sour..😋😋😋

    ReplyDelete