Thursday, 22 April 2021

Khamis yang mendung

 10 Ramadhan 1442 Hijrah.

Awal pagi hari ni, sekitar masa sahur, hujan turun. Alhamdulillah.

Tiba Subuh, hujan pun berhenti. Saya pun pergi jogging.


Saya jogging sejauh 8.01 km hari ni. Alhamdulillah.

Gambar di atas, saya teman suami pergi fisioterapi. Walaupun dia dah boleh pergi sendiri, tapi kalau saya ada, senang sikit. Boleh tolong bukak pintu. Hehe... settle billing, dan urus check-in dan buat appoinment seterusnya. 

Eh, lupa pulak. Larian pagi tadi, melayakkan saya dapat badge berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Sudah melepasi angka 300 ribu langkah di bulan April. Alhamdulillah, Allah bagi sihat untuk beriadah dan buat kerja.


Bila sampai di hospital, langit mendung. Masa tengok suami buat fisio, hujan renyai pun turun.

Semalam, saya buka posa dengan oat. Dah lama sangat saya tak makan oat. Saya ada buat overnight oat lebih awal. Saya letak 6 sudu besar rolled oat dengan susu tanpa laktosa dari farm fresh, sesudu greek yogurt perasa mulberry dan blackberry, saya potong kecik-kecik kurma sebiji, epal sebiji dan buah pear sebiji. 

Dulu, hari-hari saya makan overnight oat sebagai dinner. Sebab masa tu, suami saya ada program fitness, dan suami kena kurangkan berat badan. Lepas tu dah habis program, kami pun dah lama tak makan. Rasa rindu pulak. Tu yang saya beli oat semula hari tu.

Bukan nak kurus, sebab saya dah pun capai berat ideal saya. Tapi, saya cuma nak lebih eat clean. Pagi tadi, lega, dapat buang air besar dengan mudah. Saya sebenarnya, malas makan serat seperti buah-buahan dan sayur. Jadi, bila buat overnight oat, rasa best sikit. 

Dulu, saya siap letak chia seed, madu dan kismis. Tapi sekarang, saya guna saja apa yang ada di rumah. Kurma banyak, guna kurma saja lah. Hari ni, Insya-Allah, berbuka dengan oat juga. Cuma waktu sahur, saya makan nasi. Sebab saya lari kan. Kalau tak makan nasi, camana nak ada energy. Hehe..

Baiklah. Jumpa lagi ye. 😊   

20 comments:

  1. Tahniah dapat badge 👏🏽
    Saya dah cuba buat overnight oat, tapi tekak laki bini tak boleh telan...aduhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie.
      Oh, ye ke. Saya boleh telan juga la rolled oat ni. Kalau instant oat tu, saya pun kurang suka.

      Delete
  2. Wahhh dah capai 300k untuk bulan april. Tahniah kak Nur! Semoga sihat sihat selalu :)

    ReplyDelete
  3. Betul tu Nur. Karbohidrat jangan tinggal sebab nak guna tenaga.
    Kagum dengan Nur, bulan puasa dan bulan tak puasa pun masih steady lari berkilo2 meter jauhnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Amie.
      Dah memang suka lari, Amie. Bila lari, badan rasa ringan. Fikiran pun happy. ^_^

      Delete
  4. Bagi komitmen betul Nur. Bagus.

    ReplyDelete
  5. wah idola betul cara pemakanan kak nur. boleh dicontohi "D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la, Alien Oren. Kadang kelaut juga, teringin punya pasal. :D

      Delete
  6. Sejuk dan best sikit puasa bila cuaca sedang elok. Lagi lagi hujan. Betul tu kak Nur, ada kita teman suami senang lagi urusan tu. Bagusnya kak nur, masih lagi berlari. overnight oat saya suka makan bila sahur je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best makan oat untuk sahur kan, Fizah. Kenyang yang panjang. Hehe..

      Delete
  7. sekarang hampir tiap petang dan malam hujan, dana dah seminggu lebih tak jenguk pokok tepi rumah sebab hujan, tidak jugak siram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, Dana, sebab hujan. Tapi bila hujan, rumput pun cepat naik.

      Delete
  8. saya pun suka rolled oat drp instant oat..sedap, tambah mcm2..

    ReplyDelete
  9. Saya dah tak larat nak berlari.. Berbasikal pun dan stop bulan Ramadan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak mampu, jangan paksa. Solat terawikh tu pun dah kira macam exercise juga. :)

      Delete