Friday, 23 April 2021

Resepi Muffin Pisang Sedap

 Saya dah beberapa kali buat muffin pisang. Bila pisang yang kita beli dah mulai hitam, kadang saya buat cokodok. Kadang, saya buat muffin. Biasanya, saya pakai pisang lestari. Untuk resepi ni, saya pakai pisang emas. Memang sedap. Suami puji, lain rasa banding muffin yang saya pernah buat selama ni. Jadi di sini, saya nak share la resepinya, ye. Saya pulak jenis yang malas timbang ikut mesin. Suka resepi guna sukatan cawan sahaja. Marilah kita...


Bahan-bahan:

6-7 biji pisang emas (lenyek-lenyek dan ketepikan)

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung naik sendiri

2 biji telor, dipukul

1 cawan brown sugar

1/2 cawan minyak masak bunga matahari atau jagung

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh baking powder

Secubit garam

Pisang, dihiris, sebagai hiasan atas muffin


Cara-cara:

1) Dalam bekas, ayakkan tepung gandum, tepung naik sendiri, baking powder, dan garam. 

2) Dalam mangkuk lain, masukkan telor yang telah dipukul dengan garfu, diikuti gula perang, esen vanilla,  dan minyak masak jagung. Kacau hingga sebati. Kemudian, masukkan pisang yang kita dah lenyek awal-awal tadi. Pisang yang kita dah lenyek lama, dia akan tukar color jadi lebih hitam. Takpe, tu buat color muffin lebih lawa. Hehe..

3) Sekarang, masukkan campuran tepung yang kita telah ayak awal tadi ke dalam mangkuk bahan basah kita, iaitu telor dan pisang tadi. Masukkan sikit-sikit je. Sambil kacau tangan je. 

4) Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius, selama 10 minit.

5) Masukkan adunan ke dalam cawan muffin. Isi sampai 3/4 penuh cawan muffin tu. Hias dengan pisang yang dihiris nipis.

6) Bakar pada suhu 170 darjah celcius, selama 20-25 minit, mengikut oven anda. Nak test muffin dah masak ke belum, cucuk dengan pencungkil gigi. Kalau bersih pencungkil gigi tu, tanpa ada apa-apa melekat, dah masak ler tu.

Selamat mencuba!

Resepi asal dari DariDapur. Tapi, saya guna bahan yang ada di rumah, tapi hasilnya masih sangat sedap muffin nya. 😊

20 comments:

  1. Bagus juga guna lebihan pisang yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA, sayang bila pisang hitam, anak-anak tak nak makan. Buat muffin baru dia orang suka. :)

      Delete
  2. Semerbak aromanya ketika dibakar! Kalau saya buat muffin pisang atau apa-apa jenis muffin, memang rasa tak sabar nak makan sebaik sahaja keluar dari oven.... hehehehe! Kena tunggu sejuk sekejap, takut mulut melocot kepanasan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Amie. Bau dia macam kek pisang. :D
      Hehe, memang, tergoda dengan bau dia.

      Delete
  3. Dah terbyg bau nya bila kuar dr oven... 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bau dia harum semerbak satu rumah, Ako. :)

      Delete
  4. Suka muffin, suka juga pisang, jadi ia suatu yang menyelerakan bagi saya. 😃

    ReplyDelete
  5. umi saya pulak ka nur, ada pokok pisang belakang rumah. selalu dikutip dan dibuat kek pisang. lepas tu jual. >_<

    adalah dapat pulangannya sikit. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow. Bagusnya, boleh tambah pendapatan. Mesti sedap kek pisang umi Alien Oren buat. :)

      Delete
  6. memang nampak sedap terlebih siang hari bulan puasa ni hehe

    ReplyDelete
  7. Buat kerepek pisang punn sedapp hehehe. Tapi biasanya lebihan pisang tu saya buat cekodok aje hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerepek pisang sedap kena guna pisang tanduk, atau pisang abu. Ha ah, memang buat cokodok paling senang kan, kalau ada pisang tak habis.

      Delete
  8. sy nda rajin kalau buat kuih2 ni semua

    masak lauk pauk yess rajin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok tu, Litah. Akak dulu masa bujang, langsung tak pandai masak lauk pauk pun. :D

      Delete
  9. Pisang ni kalau dah masak betul memang tak laku. kalau buat muffin ke kek ke cekodok ke laju je habis..cantik kejadian hasil muffin akak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fizah. Betul, pisang hitam takde sape nak makan. Bila buat muffin, laku keras. Hehe...

      Delete