Riadah Selasa

8 Ramadhan 1442 Hijrah. 

Hujan malam semalam. Sebab saya tengok, jalanraya basah pagi ni. Tapi tidor tak sedar diri, tak sedar pukul berapa hujan.


Saya jogging sejauh 9.44 km pagi ni. Langit cepat cerah. Saya dapati, pukul 8.30 pagi, matahari dah panas. Kena pakai topi esok lari.


Bersama sahabat lari saya, Ezan. 

Lepas lari, balik rumah. Rasa rindu nak jump rope. Jadi, saya lepas rindu sekejap.


10 minit pun jadi la. 

Alhamdulillah, dapat riadah. Rasa segar badan dan otak. 😊

Apa nak masak hari ni, ye? Saya dah bawa keluar ikan siakap dari freezer. Ingat nak goreng je, buat kuah sweet sour. 

Selamat menjalani ibadah puasa, semua. 

Jumpa lagi.

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

20 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Waaa, puasa-puasa pun semangat berlari n rope...
    apa tips nya? share sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam warahmatullah, Semut Senyum.
      Takde tips apa-apa. Saya tengah uzur. Balik rumah bole minum air. Hehe..

      Delete
  2. entah sampai sekarang saya belum pandai lagi main rope hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena praktis, encik. Mula-mula, try lompat 1 kali, bagi tali lepas. Lepas berjaya, try lompat 2 kali, bagi tali lepas untuk kedua-dua kali tu. Dan begitulah 3 kali, dan seterusnya. Untuk latih koordinasi tangan, kaki dan otak, gitulah, kena step by step. Insya-Allah, pasti boleh! :)

      Delete
  3. wow! lama tu joging. haah, td pkul9 dah panas macam tghari hehehe

    saya follow sis, salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Salam kenal juga untuk Shafyqah. :)

      Delete
  4. Wahhh 9.44 km pastu balik sambung main rope pulakkk. Cergas!
    Sedappp dah tuuu kalau buat kuah sweet sour hehehe

    ReplyDelete
  5. kekal cergas di bulan puasa..ikan siakap sedap masak sweet sour..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Betul, betul, memang sedap! :)

      Delete
  6. seronok lihat orang lain amalkan gaya hidup sihat. saya dulu pun begitu tapi sekarang dah ada baby sukar nak biat aktiviti luar. baby asyik menempel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Nak exercise, dalam rumah pun boleh. :)

      Delete
  7. Haha saya tidur lepas Subuh.
    Seronoknya bersemangat bersenam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Syoknya, boleh layan mata lepas subuh. :)

      Delete
  8. bestnya tengok sekitar rumah akak tu siap ada pokok kelapa lagi.. nampak mcm kebun kat kampung... hari kerja mmg terkejar, nak urus diri n anak ke sekolah, petang pulak nak layan jem baru sampai rumah utk masak kak... hari minggu je la baru dpt rilex2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok kelapa tu, tempat akak jogging. Sini memang banyak kelapa sawit, kawasan kebun.
      Ye la Dana, kerja kan. Berusaha! :)

      Delete
  9. bestnya joging lalu kawasan yang dipenuhi tumbuhan hijau. Segar dan nyaman udaranya. Menyihatkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu, Amie. Pagi memang udara segar. Lagi-lagi kalau lepas hujan, sejuk je. :)

      Delete
  10. Sekarang dah ada geng berlari. Taklah sunyi sorang-sorang kan. Masak apa berbuka pening nak fikir. Kadang masak apa yang ada je lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat kawan-kawan lari yang baik belaka.
      Betul cakap Fizah. Masak apa yang ada di rumah saja.

      Delete