Saturday, 24 April 2021

Selamat hari Sabtu ^_^

12 Ramadhan 1442 Hijrah.

Hujan juga awal pagi tadi, waktu sahur. Alhamdulillah. Sejuk suasana. Masa saya jogging pun rasa sejuk. 


 Pagi tadi, saya sempat jogging sejauh 9.59 km, bersama sahabat lari, Ezan. Alhamdulillah. Santai-santai, pace 10.

Kalau slowjogging, memang kita boleh buat setiap hari. Tapi kalau lari laju, bagi sayalah, memang kena rehat, di bulan puasa ni. Saya pernah terlaju, sampai pace 6, esoknya, sakit kaki. Kena rehat. Slowjogging juga yang best. Heart rate pun dalam zone 2 atau 3. Badan rasa ringan dan mood pun happy. 😊

Semalam, saya buka posa dengan keepci. Meh kita tengok...


Saya order 15 ketul ayam, jadi memang tahan sampai sahur. Colonel rice satu, sebab anak bongsu memang kena ada nasi untuk berbuka. Ada cereal cheezy fries, sekotak. Rasa dia macam kari. Boleh tahan sedap. Selain tu, saya oder 2 ketul ayam zesty crunch combo. Combo, jadi ada regular coleslaw dan whipped potato tu. Turut kelihatan dalam gambar, saya singgah bakeri, beli tart telur, roti sosej dan mexican bun coklat. Alhamdulillah.

Tu makanan semalam. Hari ni, saya goreng nasi untuk berbuka. Gambar takde, telefon tengah caj. Untuk saya, saya buat overnight oat.

Satu untuk berbuka, satu untuk sahur

Hari ni, dapat istirehat lama. Lepas jogging, balik rumah dan mandi. Rasa ngantuk. Dari pukul 10 pagi sampai 1 tengahari saya tertidor. Tidor tak sedar diri. Macam tidor waktu malam. Saya jarang tidor siang. Tapi sesekali layan mata, hambik... Memang di bulan puasa ni, kita cuma tidor lebih kurang 5 jam sehari saja, kan. Bagi saya, lah. Hari sabtu atau ahad baru dapat cover tidor semula.
Ok lah. Selamat beristirehat di hujung minggu, semua.
Jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. memang banyak tu 15 keul kepci. Puas makan, berbaki lagi untuk sahur ye Nur.
    Wah! Seronok tengok Nur buat overnight oat. Pemakanan sihat sungguh ni.
    Bulan puasa ni saya belum pernah exercise heheeeee. Nak pinjam semangat Nur laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kena beli 15 ketul, Amie. Anak-anak suka KFC.
      Marilah bersenam. Di rumah pun boleh. :)

      Delete
  2. Anak bongsu kak nur sama macam saya, wajib ada nasi hehehe. Tak ada nasi, rasa tak lengkap. Lama tu tertidur hahahaha, tapi sekali sekala takpe kan kak nur :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Atiqah. Tu akak selalu ada nasi di rumah. Anak-anak sedang giat membesar. Hehe..

      Delete
  3. Lama itu tidur. Saya bulan puasa tidur di ruang tamu senang bangun.
    Oklah itu boleh lari hari-hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, tidor macam malam pula, siap mimpi, NA. Hehe..

      Delete
  4. Tadi duk rumah kemas² kawasan luar rumah dari lepas subuh hingga pukul 12 tengah hari. Kemudian tidur hingga tidak sedarkan diri. 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat yek, buat kerja. Bulan puasa memang letak kepala je, senang tidor.

      Delete
  5. Alhamdulillah rezeki. Anak-anak pun happy kan kak. :) Selamat berpuasa dan salam Ramadhan Kak Nur.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Hehe.. mekasih singgah sini, Litah. :)

      Delete
  7. jogging masa waktu sejuk memang best. Meriah berbuka dengan kepci. Bulan puasa ni mudah betul tertidur waktu siang. Takpelah,kira rehat lah tu :)

    ReplyDelete