Semprit

 17 Ramadhan 1442 Hijrah.

Salam Nuzul Quran kepada semua pembaca yang saya hormati sekalian.

Pagi tadi, seperti biasa, saya keluar jogging.

Dari kiri: Saya, Amy, Zura dan Ezan

Sempat berlarian sejauh 7.72 km pagi tadi. Alhamdulillah. Puasa bukanlah penghalang untuk kita beriadah keluar peluh. Buat mana yang kita mampu. Gambar saya bersama kawan-kawan lari. 😊

Semalam saya ada beli barang buat kueh, jadi marilah kita buat kueh raya hari ni.


Saban tahun, kueh raya pertama saya selalu buat adalah semprit. Gambar adalah beberapa acuan semprit. Diwarisi dari arwah mak saya.


Suami tolong buat semprit. Semprit ke, semperit, ejaannya? Ntah lah.. Buat makan family kita je. Ada yang besor, ada yang kecik. Lain tangan buat, lain kejadian bunganya.


Bakar pada suhu 180 darjah celcius. Semprit ni, cepat masak. Teksture dia, melt in your mouth, gitew... Kena selalu check oven. Kalau leka, sat je semprit kita jadi hitam.


Ok ler tu. Rupa boleh dikatakan comei. Rasa tak tau lagi. Nanti berbuka bole test.


Dapat lebih kurang 3 1/2 balang semprit, hasil membaking hari ni. Yay! Alhamdulillah...

Bersama ni, saya sertakan sekali resepi kueh semprit, turun temurun dari buku resepi arwah mak saya, kot ada pembaca yang nak cuba buat.

Semprit

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

2 cawan tepung jagung

3 biji kuning telor (kuning saja ye, putih telor, simpan peti ais. Nanti sahur, buat telor dadar. Hehe)

1 cawan gula ising

1 ketul butter

Ceri merah sebagai hiasan. Potong kecik-kecik. Ikut suka hati. 


Cara membuat semprit:

1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dalam satu bekas. Ketepikan.

2. Pukul dengan mixer, butter bersama gula ising. Bila sudah mesra, campurkan kuning telor, sebiji demi sebiji. Bila dah sebati, boleh keluarkan dari mixer. 

3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi dalam campuran butter dan telor kita. Guna tangan je, gaul hingga doh kita tak lagi melekat pada tangan. Kat sini la kita kena adjust sendiri, kalau melekat, tambah la tepung gandum sikit. Kalau kering je adunan kita, tambah butter sikit. Tapi saya selalu buat, kena tambah tepung gandum sikit, baru cantik adunan tak melekat.

4. Guna acuan semprit, cubit sikit adunan doh kita, dan tekan ke dulang pembakar. Try and error. Pastikan sama tinggi. Kalau nipis, nipis la semua. Kalau buat berlayer-layer bunga, maka buatlah berlayer-layer semua, supaya bila kita bakor, takde yang hangus, sementara ada yang belum masak.

5. Letak ceri merah kat atas. Boleh lah masuk oven. Sebelum tu, panaskan dulu oven kita ye, dalam 10 minit.

6. Bila dah keluar oven, sejukkan dulu atas cooling tray, baru susun dalam balang kueh raya. Yay!

Selamat mencuba. 

Jumpa lagi ye. 😊

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

24 comments:

  1. Rajinnnnnnyaaaaaa buat kuih raya, kita kuih tunjuk tunjuk aje tapi semperit ni salah satu favorite! Wajib beli :D

    ReplyDelete
  2. wahhhh dah start buat kuih raya ye....

    ReplyDelete
  3. suka kuih semperit tp yg jenis 4 segi pjg tu..kalo yg ni kita panggil semperit dahlia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... gitu, mama tisya. Sama je rasanya kan, cuma semperit dahlia ni ada ceri merah, tu je. :)

      Delete
  4. Tak sabar nak beraya untuk merasa pelbagai kuih raya. 😋

    ReplyDelete
  5. Kuih semperit ni memang dari zaman dulu lagi sudah popular kan Nur. Ni biskut wajib time raya.

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa.. nak sebalang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh sini, meh. Kalau pos, serbuk je sampai, Nard. :)

      Delete
  7. Haha rumah kitorang takde buat biskut.
    Baguslah buat biskut, ada orang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Kat rumah kita ni, tiap tahun mesti ada kueh raya. :)

      Delete
  8. Fav kuih raya Ai! Rindunya tolong mak letak ceri atas semperit. Tapi ai panggil ni kuih dahlia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu. Sama peberet kueh kita, Ai. :)

      Delete
  9. Ramai geng larian akak hari ni. Bestnya tengok orang pandai buat kuih dan biskut raya ni. Saya masih failed buat kuih semperit. Entah bila ada kekuatan nak mencuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. akak dulu pun tak pandai buat juga, Fizah. Ikut je resepi, lama-lama menjadi. :)

      Delete
  10. bestnya tengok akak buat biskut tu, mesti bau harum semerbak masa bakar kan..
    dana buat biskut memang fail, entahla memang takde bakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Dana. Anak bongsu akak siap mintak nak buka posa, tak tahan bau semperit. Hehe.. Tapi Dana hebat buat roti! Akak fail buat roti. Hehe..

      Delete
  11. dah order kuih semprit pjg..feveret ni..

    ReplyDelete
  12. sedapp semper it nih.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Wak, sedap! Cair dalam mulut. Hehe..

      Delete