Syukur dan Redha

 7 Ramadhan 1442 Hijrah.

Salam Isnin... 😊


Pagi tadi, saya sempat jogging 7.82 km. Saya datang lambat, kawan jogging saya dah mendahului 1 round. Lepas kawan saya balik, saya sambung jogging 1 round, lepas tu tiba-tiba rasa sakit perut, jadi balik la. 
Gambar bunga rumput liar, yang saya sempat ambil masa buat regangan lepas jogging. Yang kecik, color purple tu, cantik pulak saya tengok. 

Saya dah tak bercucuk tanam. Dah lama. Siram pokok pun tak. Sepanjang ketiadaan saya di blog ni, saya banyak buat kerja dalam rumah saja. Saya tak update blog selama sebulan, sebab saya tak nak tulis apa-apa yang tak elok kat sini. Jadi, saya pilih untuk berdiam diri. Tapi, satu hari tu, saya MELETUP, tau tak. Huhuhu... apa taknya, setelah sekian lama, semua kerja hempuk atas kepala saya, maka gunung berapi pun meletus la. Cuma saya tak bertukar hijau je, tapi suara tetap high pitch, sampai semua orang menikus. Anak-anak jarang dengar suara saya tinggi. Sekali mama dia orang meletup, hambik! Kejadian ni berlaku sebelum bulan puasa. 

Sekali-sekala, kena keluar juga, bagi semua orang tahu, yang sesungguhnya, kita bukan orang gaji kat rumah tu. Tapi selepas kejadian tu, anak pun dah pandai, bila tengok ada teko atau gelas belum dibasuh atas meja, dia pun basuh. Kalau tak, manjang mak je yang bersihkan. Saya cuma berharap anak-anak saya lebih berdikari. Saya dulu, sejak saya darjah 5, saya dah ke sekolah naik basikal. Tak susahkan mak bapak pun. Bila dah jadi surirumah ni, saya sakit pun boleh buat bodoh, demam pun takde terbaring, masih memasak dan jadi driver hantar dan ambil anak sekolah. Hari ni saya beranak, lusa saya dah mandikan baby. Dalam pantang pun, saya dah buat kerja jaga anak dan memasak. Sejak saya meletup tu, suami saya pun pergi fisio sendiri. Bila kita susah, dan kita takde pilihan, maka being strong adalah apa yang kita harus jadi. 

Sepanjang saya bertapa tu juga, saya banyak mengaji. Saya faham, yang apa terjadi, semua atas ketentuanNya. Saya mula terima seadanya dengan tenang. Bila saya free, saya teman suami fisio juga. Cuma saya memang kena berlari, sebab lari itu adalah terapi minda buat saya. Lari buat saya waras. "Bulan-bulan puasa pun lari, waktu pagi pulak tu, mesti tak puasa ni", mesti ada orang fikir macam tu. Sejujurnya, tak penting pun apa orang lain fikir pasal saya. Tapi apa yang penting, adalah apa yang Allah fikir pasal saya. 

Saya bersyukur atas segala nikmat yang Allah bagi. Dia bagi saya berlari, suami yang memahami, anak-anak yang bijak. Saya redha atas ujian yang diberi. Dia tak kan uji kita lebih dari apa yang kita mampu.


Gambar masa saya dan suami ambil angin sat, dekat tepi Esplanade Lumut, lama tak tengok laut. Kawasan ni, tempat riadah orang ramai, tapi kurang mesra OKU. Dekat pintu laluan masuk, diletak bar-bar besi, mungkin sebab tak nak bagi motor masuk kot. Tapi susah untuk orang pakai tongkat nak lalu. Tapi, exercise yang bagus la untuk suami saya hari tu. Kaki dia dah tak berbalut, tapi dia kena pakai knee brace, yang boleh dilaras. Mula-mula lurus je kaki dia. Tapi sedikit demi sedikit, bila pergi fisioterapi, orang tu adjust jadi ke 30, 60, dan kini, sudah 90 darjah boleh bengkok kakinya. Alhamdulillah. 

Bercakap dan berbincang itu perlu. Jangan simpan dalam hati. Saya cuma manusia biasa, yang cuba untuk jadi lebih baik dari sebelumnya. Kita selalu lupa. Redha tu, senang nak tulis, nak cakap, tapi redha dalam hati tu, susah nak buat sebenarnya. Berserah hanya pada Dia. Lepas susah, mesti ada senang. Insya-Allah. 

Kalau rasa kurang baik tu, tak perlulah ikut. Setiap orang punya pendapat masing-masing. Nama pun hidup, mesti ada naik turunnya. Kita je yang kenal diri kita. Pilihan di tangan kita. 

Ok la. Banyak pulak saya tulis hari ni. Jumpa lagi, ye. 😊

Nur

Terima kasih, kerana membaca.

14 comments:

  1. banyakkan bersabar kak, kalau ada yang terbuku dihati luahkan pada orang terdekat jangan simpan dalam hati, dana kalau marah atau tak puas hati denagan Edy, dana wassap je kak.. panjangggggg berjela, dana tak cakap terus sebab tahu kalau cakap nanti banyak yang kurang manis yang keluar bila hati tengah marah... heheheh

    apa pun moga baik-baik aja ye kak, stay strong stay happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. luah melalui penulisan bagus juga. Sebab boleh edit kalau ayat macam kasar ye, Dana.
      Baik, akak cuba. Insya-Allah. Terima kasih, Dana.

      Delete
  2. Semoga kak dikurniakan kesabaran yang tinggi, kena kuatkan semangat dan jangan putus asa. Betul, tak penting apa yang orang fikirkan tentang kita. Hidup bukan nak dengar kata orang semata mata. Kalau ada masalah, sharing dengan orang yang akak percaya. Semoga Allah permudahkan segala urusan akak dan keluarga :)

    ReplyDelete
  3. sesekali mak MELETOP, anak2 akan faham, bagus mereka bantu buat kerja rumah..dari kecil Nur dah berdikari..moga dipermudahkan urusan Nur sekeluarga..

    ReplyDelete
  4. Kita bukan malaikat. Kita manusia biasa. Ada kelemahan dan kekurangannya. Saya sendiri tak pandai urus perasaan. Sesekali meletup juga. Itu normal. Kalau disimpan terus takut jadi nanah yang memakan diri. Itulah puncanya stress dalam hidup.
    Syukur Alhamdulillah. Suami Nur semakin pulih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul apa Amie cakap. Alhamdulillah.. :)

      Delete
  5. Aduh saya pun kadang meletup dengan ibu bapa, lepas itu menyesal.
    Kena huat solat taubat banyak-banyak (ingatan untuk saya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan ibubapa, bahaya kalau meletup. Merajuk ye, sebab tak boleh melawan orang tua, kan. Ingatan untuk saya juga tu, NA. Terima kasih ye. :)

      Delete
  6. Mudah2an dah tak meletop dan bertapa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... baiklah, wak. Saya cuba. Insya-Allah.

      Delete
  7. Bila bahu tak mampu nak tanggung beban, itu yang buat meletus stress. Sabar ye kak, dugaan macam ni mengajar kita sesuatu yang mungkin mengingatkan kita supaya kita lebih bersabar.
    Lutut husband saya pun kejap kejap rasa sakit. doktor suggest pkai knee pad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah, memang kena sabor banyak-banyak.
      Harap suami Fizah pun makin baik keadaan lututnya.

      Delete