Sunday, 16 May 2021

Half Marathon Mei

 Semalam saya tak pergi berlari pun.

Saya duduk rumah, menebas rumput. Tak tahan, tengok rumput panjang sangat. Jadi, sebelum pukul 7 pagi, saya dah duduk atas kerusi kecik menebas saya, dan menebas rumput. 

Tak mampu, wei. Tak mampu. Rumput tebal sangat. Nak tercabut tangan saya rasanya. Itupun anak sulung saya keluar tolong, dia guna mesin rumput manual. Jadi, saya buat di kawasan yang tak boleh dilalui mesin rumput tu. Suami saya pun keluar juga tolong, dia guna cangkul. 

Kami buat mana mampu je. Lepas tu, suami ajak beli mesin rumput baru, beli kat shopee. Mesin rumput elektrik. Harap dapat membantu. Peh, giler la. Tapi kami sempat clearkan kawasan laluan. Seperti laluan nak ke pokok serai, pokok limau, lepas tu saya sempat tanam beberapa pasu pokok lidah buaya. Sebab pokok lidah buaya (aloe vera) dah over-flow, yang kecik-kecik terkeluar dari pasu, saya cuba tarik perlahan dengan akarnya, dan tanam di pasu baru. 

Semenjak dua menjak ni, saya banyak guna aloe vera. Saya sental kat muka. Sebab muka saya banyak jerawat. Ok sangat hasilnya. Saya memang tak sesuai pakai produk yang jual di farmasi. Nak kena guna yang natural juga, dari pokok. Bagus tau. Dah la saya banyak berlari tengah panas, jadi, muka tu rasa ok sikit, sental dengan aloe vera. Tak caya, cer try. ๐Ÿ˜Š

Pagi tadi, saya jogging dengan kawan jogging saya, Kak Long. Kak Long berenti bila sampai km ke-8. Dia nak balik awal, sebab nak pi tapau makanan untuk family dia. Tapi, saya sambung lari. Cuaca pulak baik, jadi terus saya terlajak buat half marathon. Ramai juga runners buat half marathon hari ni. Sebab saya tegur la. Depa pun tegur saya juga. Tapi dia orang laju, pace 5, 2 jam dia orang dah habis. Saya, 3 jam baru siap. Hehe... tarappa... pace siput pun, asal bergerak ke hadapan.


Saya habiskan half marathon, iaitu 21 km, dalam masa 3 jam, 7 minit. Alhamdulillah. Giler mental tau, lari sorang-sorang. Dah la tak bawak headphone, kalu tak, boleh layan lagu. Takpe la, saya layan kaki je. Sambil senyum dengan orang, dan jawap salam orang. 
Balik rumah, potong tembikai pula, sejuk dari peti ais. Nikmat betul!!! Hehehe.... 

Saya berjaya perbaharui rekod peribadi saya untuk 10 km jugak.


Rekod lama 10 km: 1 jam 17 minit 38 saat
Rekod baru 10 km: 1 jam 17 minit 22 saat
Kikiki...
walaupun hanya beberapa saat, nak tepek sini jugak. Alhamdulillah. Tak sedor terlaju sikit. Lari suka-suka je.

Saya dah selesaikan cabaran 21 km dari aplikasi Strava.


Saya juga dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Sudah melebihi 300,000 langkah di bulan Mei. Alhamdulillah, atas nikmat sihat Allah bagi.

Korang buat apa tu, di hari minggu ni? Nak keluar, ramai orang kat shopping complex. Nak pergi melepak mengopi, tak boleh dine-in di kedai makan. Kita duduk rumah je la ye. Takut saya tengok kat Selangor, kes covid dah banyak sangat, kan. KKM pun dah tak larat nak hubungi contact rapat bagi orang yang positif covid. Huuu... jagalah diri masing-masing dan family kita. Take care ye, pada semua pembaca sekalian.

Jumpa lagi... ๐Ÿ˜Š

14 comments:

  1. Selamat hari raya Nur.
    Seronoknya dapat lebih 300,000 langkah.
    Saya pun risau keadaan di Selangor. Nampaknya terpaksa pasrah, tak dapat balik raya dan cuti penggal dua minggu nanti. Mudah-mudahan keluarga dan sanak saudara saya di Selangor baik-baik saja. Sudah 5 kali open tiket dari tahun lepas. Hanguslah semua tiket sebab tamat tempoh bulan Jun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Amie. :)
      Laaa, ye ke.. Sabar ye, Amie. Kena redha, ujian ni, tak dapat jumpa family.

      Delete
  2. Selalu tertanya-tanya apabila berlari muka tidak ditumbuhi jerawat ke? Terjawab rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya takde jerawat, NA. Cuma lepas pakai implanon ni, dia kacau hormon, terus keluar jerawat. Jerawat tu bukan sebab berlari, tau. Ramai je kawan-kawan lari saya kulit putih flawless je. Pemakanan pun main peranan juga. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah, berjaya capai half marathon..berlari 3jam..perghh..

    ReplyDelete
  4. Power.. ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak cuba, encik fairus. Alhamdulillah.

      Delete
  5. Wow... hebat tu, atee teman nie, seminggu nak layan 10KM pun sakit kaki, lutut bagai... now, dok layak ride basikal pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ride basikal pun bagus juga tu, AisNy. Kipidap ye!

      Delete
  6. kat shopee ada mesin rumput tangan wireless. macam mudah je nak guna. memang sakit tangan kalau menebas rumput tebal. saya pun suka guna aloe vera.sejuk and soothing. betul kak, duduk rumah je lah kita.sekarang variant baru bila check negative, seminggu lepas tu positive pulak. Pembawa senyap istilah dia. itu yang makin banyak kes baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wireless tu, akak baca review. Charge nya 3 jam, gunanya dapat 1 jam je. Huhu.. akak dah beli yang ada power cable. Selamat dah guna pagi tadi, Fizah.
      Takut akak dengar, Fizah, variant baru ni. Semoga kita semua selamat.

      Delete
  7. Huih jauh tu kak,apa pun tahniah atas kejayaan akak dpt habiskan 21km tu

    Dh ada mesin rumput baru laju habisla rumput2 tu , xdan panjang ..
    Kes covid kt selangor mmg menyeramkan, entahla org lain dana xtau tp dana memang tak berani nk kuar sewenang2nya... kalau keluar pun cuma ke pejabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Dana.
      Baguslah Dana, macam tu. Kalau takde tujuan penting, stay at home je.

      Delete