Friday, 14 May 2021

Larian semalam, harini, dan contest jumprope

 2 Syawal 1442 Hijrah.

Semalam, saya pergi lari waktu petang. Dah lama sangat saya tak lari petang. Dengan cuaca yang panasnya. 


Sempat buat 10 km petang semalam. Membakor segala nasi briyani, ketupat, lemang dan rendang. Sampai keras-keras perut berlari. Ada ketika, saya berenti berjalan. Padan muka, makan banyak sangat. Tak termasuk kueh raya dan kerepek lagi. 

Pagi ni, saya pergi lari lagi. 


Jenuh la, nak menghabiskan 10 km tu. Perut sakit lagi. Gambar raya semalam, bersama keluarga saya. Yang ni, dari handphone suami. 

Larian pagi tadi, saya dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Berlari sejauh 10 km dari tarikh 14 hingga 16 May. Yay!

Jump Rope Malaysia ada buat cabaran Raya di Rumah di Instagram.

Tajuk: Jump Rope Raya di Rumah Challenge

Butiran: Tunjukkan kreativiti anda dgn upload video jump rope berbaju raya/ lagu raya/ ucapan hari raya/ suasana hari raya/ sync/ duet / transition & sebagainya (sila patuh SOP ya)⁣

🔘 Period: 13 Mei - 17Mei⁣
🔘 Video guna Reels atau Feed⁣
🔘 Duration: 10 saat hingga 1 minit⁣
🔘 Profile perlu Public⁣
🔘 Unlimited entries⁣
Kami akan pilih 3 pemenang berdasarkan kreativiti bukan tricks level 😎⁣
Pemenang akan diumumkan pd 19 Mei di post feed kami. ⁣
Hadiah Raya:⁣
1st: Tali PVC Coach Chris⁣
2nd: Tali PVC Jumptera⁣
3rd: Tali PVC Decathlon⁣

Saya pun join sekaki. 
Berikut video saya.


Jenuh juga nak meng-edit video. Saya cuba. 

Baiklah. Jumpa lagi ye. 😊

18 comments:

  1. Saya kalau skipping macam tu dah mengah.. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, encik fairus. Takpe, buat basic bounce je, lama-lama badan kita bole tolerate, boleh upgrade buat footwork atau skill lain, seronok! :)

      Delete
  2. Tahniah
    Raya2 pun sempat beriadah

    ReplyDelete
  3. Haha skipping dengan baju kurung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itu ler pasal, tema hari raya contest-nya, NA.

      Delete
  4. Dengan baju kurung pun boleh tau. Selamat hari raya sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Ai. Maap zahir batin. :)

      Delete
  5. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Syaz. Maap zahir batin. :)

      Delete
  6. Fuhh lari tetap lari tu. Terbaik kak join cabaran tu. ape de hal pakai baju kurung pun..goodluck kak nur :)

    ReplyDelete
  7. Fuhh...pakai baju kurung pun rileks je Nur skipping ya. 👏🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. boleh la, Ujie. Saya cuba. Alhamdulillah.

      Delete
  8. Alhamdulillah. Orang kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tak kira bulan puasa atau hari raya, kesihatan tetap menjadi keutamaan. Saya belum bakar lemak lagi hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sila lah, Amie.
      Berusaha..! :)

      Delete
  9. Rareee skipping dengan baju kurung hahahaha.
    Saya biasa 5 minit skipping punn dah mengah, tak boleh buat banyak banyak dalam satu masa hahaha.
    Btw goodluck kak nur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Atiqah. Akak tak menang pun contest ni. Tapi seronok, dapat skipping pakai baju raya. :)

      Delete