Friday, 7 May 2021

Masak, lari, buat siput lagi

 25 Ramadhan 1442 Hijrah

Salam Jumaat pada pembaca blog saya, yang sangat saya hormati sekalian... 😁

Ayam masak lemak cili api

Semalam kan, saya masak ayam masak lemak cili api. Dalam gambar kat atas, nampak pucat pulak masak lemak saya, ye. Tapi rasanya, boleh tahan juga. Tinggal 2 ketul je ayam, lepas sahur pagi tadi. Saya rujuk resepi dari blog Amie, iaitu Ayam Masak Lemak Cili Api Suria Amanda. Saya adjust sikit la, macam jumlah serai saya kurangkan, dan saya tambah daun kunyit. Sebab saya suka bau daun kunyit. 😋

Pagi tadi, saya pergi jogging seperti biasa.

Dari kiri: Saya, Amy dan Ezan

Hari ni, lari sejauh 10.27 km. Alhamdulillah. Kebetulan, jarak dan kelajuan larian saya sama hari ni. Jarang-jarang terjadi. 

Bila balik rumah, suami cakap, tak payahlah masak hari ni. Nasi ada. Lauk, kita beli kat kedai. Jom kita buat siput second round. Saya on je. 😁 Kepala saya pulak tengah sakit. Rasa macam kurang air dalam badan je. Dah la setiap kali lari, berpeluh lenjun. 

Kuih siput yang belum digoreng

Tangan suami saya laju bab tenyeh siput ni. Jadi, cepat je siap.


Aha.. dah dapat 2 1/4 balang. Balang kiri sekali tu, ketot je. Yang tu, boleh makan. Lagi dua, saya nak simpan dalam almari, nanti habis, tak sempat raya. Hehe...

Sekolah pun last day hari ni. Lepas raya, PDPR pulak. Selamat la. Yang nak kena amik anak kat asrama, hati-hati di jalanraya. Semoga semua selamat.

Jumpa lagi, ye. 😊

19 comments:

  1. seronoknya dapat lari. i miss running

    ReplyDelete
  2. Sedappppp siput tuu, makan sambil tengok drama ke movie ke memang tak sedar hahahaha. Tahu tahu habis dahh.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. Wah,, saya memang favourite kuih siput ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam warahmatullah, semut senyum.
      Sama la kita, suka kuih siput juga. :)

      Delete
  4. Sedap kuih siput. Nampak ringkas pembuatannya, tapi sedap

    ReplyDelete
  5. Anak-anak Nur peminat kuih siput sebab itu cepat habis.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ayam lemak cili api tu Nur! Saya suka bubuh kuah banyak-banyak dalam nasi. Saya pun suka bau daun kunyit, menambah selera.
    Kuih siput Nur tu cantik betul walaupun belum digoreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mekasih pada Amie, yang share resepinya. Ye la kan, tambah kalau ada sambal belacan, peh... selera makan nasi. :D
      Mekasih, Amie. Tempat tenyeh siput tu pun, main peranan juga, kan. Dia yang bentuk siput jadi corak garis-garis tu.

      Delete
  7. tengok lauk ayam masak lemak cili api dah lama saya tak masak lauk tu. Saya pun suka daun kunyit tapi jarang letak bila masak ayam. suka letak bila masak ketam dan udang. Wahh menyiput lagi kak. kena sorok simpan raya tu kalau tak habis awal ye.

    ReplyDelete
  8. comel2 siput akak buat tu... dana buat 2kg aritu kak... puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, banyaknya Dana, sampai 2kg. 1 kilo pun dah lenguh pinggang dah Dana, nak buat. Hehe... gigihnya korang.. :)

      Delete